Pengalaman Naik Flight Bawa Anak Kecil

Assalamualaikum.

Pengalaman Naik Flight Bawa Anak Kecil

Harini nak share Pengalaman Naik Flight Bawa Anak Kecil. First time bawak Amir naik flight masa Amir berumur 2 tahun 7 hari. Awal tu macam cuak jugak kutt meragam ka apa. Alhamdulillah hasil pernah baca kat Twitter tips bawa baby naik flight, Amir berjaya melalui experience pertama dengan jayanya!

Unplanned Trip

Actually ni memang unplanned trip sebab mak macam stress nowadays so kami come out dengan idea mak pi healing kat rumah cik & abang. Tapi nak pi macam mana? Disebabkan aku ni kerja remote, so senang la boleh temankan mak. Awalnya mak ajak naik ETS. Kita pun ONZ! Tapi pikiaq balik, Amir ni macam mana kalau naik ETS.

So selepas cek harga ETS then compare dengan harga tiket flight, kami decide untuk naik flight ja sebab beza harga RM3 untuk first trip.

Pengalaman Naik Flight Bawa Anak Kecil

Sebenarnya ada tips bila naik flight bawa anak kecil. Tips yang paling berguna ialah masa dalam flight sebelum nak terbang tu iaitu dengan bagi anak minum susu elok sebelum nak terbang.

Amir makan cekodok maktok buat

Kesalahan parents ialah sebab bagi susu terlalu awal sebab silap timing. Elok ja masuk flight, korang relax ja dulu. Then flight akan start jalan, sampai at point bila pilot announce yang flight akan start terbang. Then tu ialah THE RIGHT TIMING untuk bagi anak minum susu.

Aku pun macam gelabah time bila nak bagi ni, terbagi Amir susu awal jugak. Tapi lega sebab masa tengah naik tu, Amir still minum susu lagi so telinga dia jadi tak bingit sangat.

Boleh Tak Bawa Susu Formula Naik Flight?

Ya boleh, tapi disarankan bawa cukup-cukup untuk penerbangan tu sahaja. Aku sebagai first time mom pun macam nervous jugak macam mana cara nak buat susu dalam flight.

Actually kita boleh bawak air panas + air sejuk dalam thermos tau. And aku sendiri pi tanya dekat orang yang jaga bahagian luggage. Dia cakap untuk penerbangan domestik ni bab cecair tak strict sangat. Kalau penerbangan international yang akan cek pasal botol susu, air, thermos semua ni.

Part tu dah lega. Then masuk dalam flight, memang aku bancuh sendiri susu guna air panas yang bawak dalam thermos. Tapi kalau nak lagi senang, korang boleh directly mintak air panas dari stewardess.

Keadaan Anak Dalam Kapal Terbang

Amir okay dan steady. Sibbaik terpikiaq time malam tu pasal barang Amir. Awalnya memang dah fikir 2 beg; beg belakang + beg susu. Then kemas semua barang, baru teringat giraffe Amir tak boleh nak masuk beg. 


Amir bersama maktok dan giraffe (dalam beg oren)

Tiba-tiba baru terlintas yang Amir dah bayar tiket sebagai orang dewasa so dia pun boleh ada 2 beg, HAHA. Dari situ munculnya idea Amir bawak beg galas dalam tu ada giraffe + buku dia. 

So dalam flight memang kita belek jela majalah dalam flight tu sampailah Amir terlena sendiri. Yang bestnya, time flight gegar-gegar pun dia still boleh lena dengan aman. 


Lena masa pi


Lena masa balik

Ayah dia cakap, nanti balik dah boleh pi trip naik flight la :D Cuma ibu Amir ja tak okay time balik Kedah sebab flight time pagi so maybe sinus ada blockage. Memang first time rasa bengang yang sakit rahang sangat-sangat masa naik flight.

Perjalanan di KLIA2

Seriously jauh gilaaaaaaa nak sampai gate K time nak balik Kedah. Jauh yang sangat jauh! Masa first time sampai KLIA2 pun nak cari tempat departure pun jauh, ni lagii jauh sebab kena kejar masa. Mak confirm menyesal sebab buat-buat larat masa buggy lalu, then takmau naik buggy. Kita pun lupa yang Amir ni budak kecik, maybe tak larat berjalan.

Apapun kudos dekat Amir sebab memang dia sangat permudahkan urusan ibu. Masa pi, 100m dekat nak sampai tempat menunggu tu dia dah start duduk sebab tak larat jalan. So ibu la kena dukung Amir 9.8kg dengan beg belakang taktau berapa kg plus beg susu.

Time nak balik, memang Amir berjalan sendiri sampai gate K. Memang jauh, so prepare mental siap-siap!

Wrapped Up

So conclusion dia, Amir dah boleh naik flight lepas ni! HAHA memang tak pernah terlintas langsung nak naik flight sebab ayah dia kan takdak kat Malaysia masa tu. So kita pun memang tak terpikiaq nak pi mana pun berdua dengan Amir.

Untuk yang nak bawa anak kecil naik flight, korang kena buat relax ja tak payah gelabah sangat. Sebab budak ni usually dia akan mimic apa yang kita rasa.

Post a Comment

0 Comments