Malaysia Heritage Studios Reviews - Is it worth it?

Assalamualaikum.

Malaysia Heritage House Review

Baru-baru ni around 3 hari lepas, kami sefamily berkesempatan melawat Melaka. Percutian cuma 2 hari 1 semalam, cukup la buat short retreat macam tu.

Malaysia Heritage Studios Review

Tempat pertama yang kami melawat ialah Malaysia Heritage House di Melaka. Kalau korang jenis memang suka tengok ukiran rumah & culture masa zaman dulu, memang sangat digalakkan untuk melawat tempat ni.

 

Apa yang Ada dekat Malaysia Heritage Studios?

Sebenarnya dalam ni Ada banyak jenis rumah Yang wujud di Malaysia. Antaranya rumah Kedah, Rumah Perlis, Rumah Negeri Sembilan. Yang penting walaupun rumah kayu, kebanyakan rumah tu memang ada aircond.

Kita boleh masuk ke dalam setiap rumah yang ada. Cuma macam leceh sikit sebab kena buang kasut untuk masuk ke dalam setiap rumah. Kalau ada anak kecik, better bagi pakai slip-on shoes ja supaya korang tak perlu susah payah tolong pakaikan kasut.

 


Masa masuk rumah pertama, Amir siap takmau masuk lepastu cakap "takmauuu, jangan masukk!". Lepastu husbaby dukung Amir masuk rumah first. Memang quite scary sebab gelap, lepastu ada patung menari dalam tu. Time tu memang rasa worst decision ever sebab melawat sini.

Tapi selepas tu, kami berjaya buat Amir rasa nak explore sendiri setiap rumah. And surprisingly, rumah-rumah lain quiet okay I can say.

Apa yang Ada Dalam Rumah Di Malaysia Heritage Studios?

Dalam setiap rumah tu, ada Instagram-worthy scene antaranya padi yang bersinar, suasana rumah zaman dulu yang siap ada Telefon lama etc. Boleh refer more pictures dekat bawah.

In case korang jenis yang tak suka berjalan tengok suasana masa zaman dulu, better tak payah melawat sini. Sebab vibe sini memang dia recreate untuk tunjuk barang-barang lama.

 

 

Kat sini memang kena berjalan dari satu rumah ke satu rumah, elok sikit kalau sampai time pagi since ada pertunjukan tarian macam tu. Kami pun tak sempat rasa sebab sampai situ around pukul 12 lebih. 


Malaysia Heritage Studios, Worth it or not?

To be honest, nak kata berbaloi dengan harga tu mungkin ya sebab I truly enjoyed it. Mula-mula rasa tak berbaloi, tapi lepas recap tengok gambar kat sana, RM45 untuk experience yang one in a lifetime nak rasa memang agak reasonable. Repeat, maybe tak.

 But overall memang enjoy snap gambar dan reminiscing memories zaman dulu-dulu.

Artikel Berkaitan: Is Langkawi Worth Visiting? Me as Local Said No

Post a Comment

0 Comments