Honest Review BookXcess RexKL

Assalamualaikum.

Review BookXcess RexKL

Harini saja nak share, honest review berkenaan BookXcess RexKL. Last week husband dah berjaya cross wishlist tempat yang wife dia nak sangat pi sejak dulu which is BookXcess. Sebelum ni pun memang selalu beli online takpun pi Big Bad Wolf, jadi memang rasa teringinnnnnn sangat nak pi BookXcess.

Sebenarnya tak kisah pun nak pi mana-mana branch, tapi branch RexKL ni katanya yang paling mesmerize sebab dalam dia bentuk maze.

Honest Review BookXcess RexKL

Susunan rak dalam BookXcess ni memang bentuk maze. Frankly speaking, BookXcess RexKL ni more macam tempat Instagram-worthy instead of cosy bookshop.


Actually ada perasaan yang bercampur-baur bila nampak bangunan ni dari luar masa dalam kereta. First impression, "usangnya... serious la ni bangunan ni?". Then parking pun memang dah jauh, kena menapak jugak la untuk nak sampai ke BookXcess. Dah la kami parking tingkat 2 di BANGUNAN LAIN, so kena turun tangga pulak dengan angkut stroller.


Cuba bayangkan tau, first time masuk kedai buku yang kita macam nak tengok buku pun kena pusing kiri-kanan. Sebab sana-sini orang masuk untuk snap photo semata-mata (me being TERPALING BUKU). 

Faham takkkk, macam nak melintas tengok buku kat sebelah then tiba-tiba kena berhenti sebab orang nak snap gambar. FAHAM TAK?

Dan bookshop ni senang kata tak sesuai untuk certain people. Kalau setakat masuk nak rasa pengalaman dekat bookshop ni, then go. Tapi untuk nak repeat, maybe tak.

Ada beberapa sebab yang buatkan bookshop ni tak berapa nak friendly untuk kebanyakan orang. While the vibe quite okay, but still tak selesa (?)

@tinsyaz At BookXcess RexKL. Sesuai untuk yang nak vibe-vibe ancient macam tu. Tapi kalau ada anak kecik, better tak payah pi sini sebab memang kedudukan tak buku macam maze. So susah nak cari, boleh sesat. Tak stroller friendly, banyak tangga. Harga kedai sama dengan online. Kalau nak lagi murmur, kena tunggu Big Bad Wolf #bookxcess #bookxcessrexkl #booktok #buku ♬ Wildest Dreams - Duomo

Pro and Cons at BookXcess RexKL

Ni based on personal experience di BookXcess RexKL

Pro(s):

  • Ada ancient + ambient vibe, quite cantik and ada konsep tersendiri (Read: instagram-worthy) Siap ada sound background dalam tu bunyi macam historical punya dokumentari)
  • Buku semua menghadap ke depan, so senang nak baca title instead of kena teleng kepala baca di book spine

Con(s):

  • Not stroller-friendly and not wheelchair-friendly (Tingkat 2, so kena naik tangga sebelum nak sampai kedai
  • Dalam bookshop pun bertangga-tangga. Setiap tempat bertangga macam stage
  • Bentuk maze, tak sesuai untuk budak kecik sebab boleh hilang dalam tu. Plus akan jadi problem kalau anak jenis mengempeng nak nampak muka setiap masa
  • Nampak usang dan creepy, maybe ada yang tak suka konsep bookshop ni
  • Ramai orang nak snap gambar dalam tu. So macam susah kalau nak belek buku sebab kena aware dengan keadaan sekeliling
  • Panas. Yes panas! Rasa macam takdak aircond pun dalam tu
  • Laluan maze sangat kecik, nak jalan pun berhimpit



Is It Worth It?

Yes, BookXcess RexKL still worth it! Cuma kalau nak repeat tu maybe tak. Mungkin prefer pi BookXcess lain yang lebih cozy. 

https://vt.tiktok.com/ZS6gAEuFH/

Dari segi harga, harga BookXcess di kedai memang sama dengan harga beli secara online. Kalau nak lebih murah, memang kena beli masa Big Bad Wolf.

Cuba imagine, buku Bing ni dapat harga RM14 while kat Kinokuniya harga RM45. Yang Magic Words pulak dapat harga RM39.90, kat Kinokuniya RM160. Tudiaaaa jimat banyak kkk! Padahal defect dia cuma ada line pendek dekat tepi buku ja.

Apapun worth it la dah kalau namanya BookXcess.

Artikel Berkaitan: Malaysia Heritage Studios Reviews - Is it worth it?


Post a Comment

0 Comments