Review Matrik Kedah :)

Assalamualaikum.


Hello gegirl and boboy yg sesat kt blog iolls.. Iolls terharu sangat dengan uolls ok.. Well, actually aku just nak letak gambaq banyak-banyak ja harini. Sebab before aku masuk matrik Changlun dulu, aku sangat teringin nak tengok suasana bilik, kemudahan dalam bilik so that aku tau apa yang aku perlu bawak.. Samada aku perlu bawak lampu meja untuk stay up ataupun disediakan.

Aku jugak nak tau suasana  dalam bilik KMK, and sekarang baru la aku buleh cerita kat adik-adik yang baru nak masuk ni.. Jenuh aku Google "suasana bilik di KMK" masa dulu.. Pathetic.

Ok guys, aku just nak bagitau, penyapu, penyodok, tong sampah kecik semua kena bawak sendiri. Lets indulge :)

Time ni masa minggu orientasi,.. Depa pakat malu, Sima, Anis and Me :) Best roomate ever, memang sekepala.

Ni jadual aku time sem 2.. Memang agak pack jugak la compare dengan time sem 1.

Well, kena bawak Quran jugak. Nanti nak pi usrah takkan nak pakai Quran masjid then highlight, ye dak? Jadi panduan untuk diri sendiri jugak..

Ni tikus aku, tapi time aku dengan Azma operate, tikus tu dah tak bernyawa lagi, pity him.... Aku yang korek geledah tu, padahal masa awal nak ja bagi azma buat semua. Well yeah, time ni kami campur kelas dengan boys sebab lecturer lab aku ambik cuti.

Ok, ni adalah iklan. Korang memang kena alert dengan iklan and memo ok ?

Ni akaun bank rakyat. Elaun dah masuk perabih dah :)

Yang ni gambaq time senamrobik 1Malaysia time sem 1. Nadia, Tinsyaz and Azma. Azma dua-dua sem sekelas dengan aku. By the way, setiap sem memang akan tukaq kelas.

Ni la Azma. Time ni baru genap sebulan kat KMK. Aku, Azma dengan TinSquare merantau tengok KMK masa ni.


Time sem 1, HAHA. Hidup tak teratuq lagi..

Aku berdendam dengan signboard ni. Time study week PSPM1, aku terlanggaq benda ni, habeh luka mata aku, nasib parut hilang. Tapi study week time tu sangat best, berjimba dari pagi sampai malam dengan schoolmates.

Time sem 2. Selalu bajet macam kami ni hot. Macam dalam sinetron indon tu, bila jalan ja mesti sederet macam jalan tu kami turap sendiri  xD

Kat KMK, disediakan rak buku, serta lampu study. Kiranya kita akan dapat sorang satu suis lampu persendirian. Aku bawak extension jugak even takleh guna bimbang nanti trip..

Time  sem 2, dah kemas dah tempat aku.. Pandai urus diri dah :) yang oren tu lampu charge, memang bawak sendiri.

Kesibukan!! Well yeah, kita ada dashboard sendiri kat kiri tu, hook nak sangkut cardigan kena bawak sendiri, Cermin besaq pun disediakan, tapi aku bawak cermin persendirian la.. Stiker katun-katun tu tak disediakan ok, yang tu aku tempek sendiri, budak-budak :)

Kat matrik ni, artis akan mai tau, tu pun kalau dijemput la.. Kehkehkeh, time ni Heliza mai.. Syiok!! Comel sangat-sangat.. Tu tiket time Malam Gala Biologi.

Yang ni time hari belajaq, akan ada macam -macam jualan. Tu tudung berpenuh-penuh. Kadang-kadang ada jual novel.

Yang ni time kempen derma darah setiap Rabu, Khamis hujung bulan. Tapi aku straight takleh derma.. *sigh

Basikal juga disediakan. Kena bayaq 20 sen. Kalau lewat 10 minit, denda 10 sen. Ni, kalau joging, laki dengan perempuan kena bertentangan arah. Laki ikut clockwise, perempuan ikut anti-clockwise. Kiranya takleh joging beriringan la..

Ni banquet. Tempat derma darah.

Ni suasana luaq banquet, memang ada jualan macam-macam la..

And this is my cube.. Taddaaaa!! Meja kecik bawah tu memang aku bawak sendiri.
Oh ya, sneakers tak dibenarkan pakai time kelas tapi aku redah ja pakai sebab time zaman pendaftaran pun memang aku pakai sneakers wif kurung. No doubt, sebab aku tak penah patuh rule yang tu ja,.


Time ni aku snap kat tingkat atas Dewan kuliah besar. Syukur sebab sem 2 aku stay kat Dewan kuliah kecil kat bawah tu, meriah!!

Yang ni masa majlis berbuka puasa perdana.

Time awai-awai masuk lab bio. Ada ujian microscope. I got 100%, ciss..

Kekreatifan student KMK yang tiada tandingan :)

Bangunan kuning tu library.

Indulge. Chemistry. Tiramisu. Vochelle.

Bekas ayaq mata time nangis lepas dapat result PSPM1.. HAHA. Habeh sepet mata..

Time study week. Wani, Raisha, Tinnini, Tinsyaz :)



Lupa nak bagitau, time sem 2 kami separate kelas laki pompuan. So guys, KMK tak life untuk geng sosial tapi siriyesli rasa terjaga bila dok sini, wif segregation of boys and girls :)


"Formal education will make you a living. Self education will make you a fortune." - Jim Rohn



#Lagi dua bulan tempoh untuk wujud lagi kat KMK.

Post a Comment

51 Comments

  1. saye dapat matrik Kedah. Cam best jew ! muehehe :3

    ReplyDelete
  2. memang btol2 azab eh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdak la azab sgt.. tp klau bdk2 sosial msuk situ, mmg kira azab la.. sbb nma mtrik kedah ni a.k.a matrikulasi islam agama kedah

      Delete
  3. hai akak ^%^ kite sama batch la :P
    hehe dlu satu sklh ke ngn tinnini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haihai.. sama batch?? hahaha, dlu satu sekolah dengan tinnini :)

      Delete
  4. Sis, nak tanya. Satu bilik dduk berapa org and dia akn tetapkan utk kita ke ?

    ReplyDelete
  5. Salam kak xD Nak tnya.. Ksut yg kena pkai kat sna jenis apa eh? waktu kuliah kasut apa? And waktu sukan kasut ape? Klu pkai sneaker ja x pa kan? Warna pa2 pon x pa ka? xD #saya masih konfius dgn kasut nie# Harap kak dpt jelaskan. Hihihi >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. time kelas pakai ladies shoes. time sukan, nak pakai heels pun boleh. ikut kesesuaian. hee~

      Delete
  6. Hai kak! Barang2 dlm bilik tu akak bwa sendiri ka?

    ReplyDelete
  7. Hai kak! Barang2 dlm bilik tu akak bwa sendiri ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, barang2 memang bawa sendiri kecuali lampu meja bawah rak buku, rak buku kayu, cork board atas katil

      Delete
  8. Assalamualaikum Kak. Rasa reassured bila baca post kak ni. tq banyak2 Kak. Saya nak refer kpd gmbaq kak dk belajaq Chemistry tu. Nota Chemi tu kak dapat or kena beli sendiri or buat sendiri? Sbb sya nak prepare awal2 before masuk matrik kedah ni... hihii tq in advance..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,sy pun dapat matrik kedah kat changlun....huhu..xsabar nk gi..daftar 4/6 ni...nak tanya,kalau sy bleh aliran sains tapi nak tukar aliran akaun bleh ke??ada ke akaun dekat matrik changlun ni...hrap akak dpat balas...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Wassalam.. Tahniah dapat sana!! :D , ya ada. boleh tukar aliran akaun. akan dapat tempoh percubaan seminggu - 2 minggu macam tu untuk try aliran lain sebelum buat keputusan. [fatinsyaz0711]

      Delete
  10. assalam kak nak tanya akak basuh baju handwash or dobi n kalau dobi berapa kena bayar. n one more extension tak boleh bawak ke thanks kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, depends on situation, kalau tak busy cuci pakai tangan je.. if not mistaken dobi rm3-rm4 dunno the rate sekarang sebab dah lama dah.. and extension boleh bawak kutt, bawak ja.. if tak boleh, nanti takyah guna :D

      Delete
  11. Assalam akak.. nk tnya,, takpe ke pakai kasut kulit warna coklat sbb saya takde warna hitam???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. rasanya boleh ja, asalkan bertutup

      Delete
    2. Ohh tq akak .. btw bleh tak bawa kopiah instead of songkok?? brdasarkn pngalaman akak la

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. boleh ja.. budak kelantan selalu pakai kopiah kat surau. cuma kalau majlis rasmi, kena pakai songkok -fatinsyaz0711

      Delete
    5. Ooo tq2 ...sampin mmg kene pakai ekk? kalau brbaju melayu

      Delete
    6. kalau ikutkan, takdak la pun majlis rasmi yang perlu pakai baju melayu. baju melayu guna untuk pi surau ja

      start kat surau, segalanya bebas. cuma kalau pi kelas nak pakai songkok, songkok ja yang boleh pakai, kopiah tak boleh. -fatinsyaz0711

      Delete
    7. Ooo tq byk² akak.. maaf byk tnye hehe

      Delete
  12. Assalam..akak...pegi kuliah tdung ada wrna yg ditetapkan ke?mcm pemakaian semua..ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tudung tak tetapkan warna, kasut bertutup, baju kurung. tak boleh pakai jubah

      Delete
  13. Assalamualaikum. Nak tanya sikit kak. Kalau nak naik ets untuk balik kampung, mana train station yang terdekat dengan kolej eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. paling dekat, kodiang. 16km -fatinsyaz0711

      Delete
  14. assalam akak��
    nak tnya kalau kita pakai blouse and kain boleh x?
    saya dapat tarikh daftar 23/5..masuk terus ka 23 tu?��
    tq for replies��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, kenottt! Kena pakai baju kurung ja.. tarikh daftar terus masuk, bawak semua barang siap-siap 😄

      Delete
  15. eh..sama la..awak dpt aliran apa?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..akakk..nk tnya ni..slalunya kita akan dpt roomates yg sama course ke kak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. tak, roommate dapat random selalunya

      Delete
  17. Assalam kak WAHHH bestnya baca pasal experience akak kt KMK. Buat saya tk sabar lak nk daftar hujung bulam ni XD . Em saya nak tanya, toilet kira cmne ye?�� satu bilik satu toilet or else?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, toilet ada di setiap blok ikut susur. 1 Blok = 4 susur = 2 toilet

      Delete
  18. Assalamualaikum kak. Saye nak tnya setiap bilik dibekalkan satu meja study utk setiap seorang atau share keempat empat orang sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam., Setiap pelajar dibekalkan meja, cork board, lampu study, shelves & locker

      Delete
  19. Assalamualaikum, sy dapat pst sains,kak rasa berbanding SPM aliran sains pelajaran di matriks sangat lebih susah? Contohnya banding addmaths dan math di matriks,terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Addmath di spm sama level dengan math matrik. Tapi math di matrik 3x ganda lebih susah berbanding addmath (personal opinions)

      Delete
    2. Btw diorang akan ajar with expectation yang kita ingat semua topic time skolah or diorang akan ajar dari step 1? Sbb topic skolah ada yg lupa...thanks

      Delete
    3. Depends on lecturer. Ada yang ajar semula, and ada yang tak ajar dah. Tapi yang betul basic, memang dah tak ajar

      Delete
  20. Salam nk tanya kita kena bawak baju putih berkolar dan seluar slack x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, seingatnya t-shirt putih berkolar tu tak perlu. Tapi seluar track wajib bawak. T-shirt berkolar (berwarna) perlu time orientasi, untuk student lelaki

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)