Awak, awak dan awak. Aku dah nak sambung degree dah kat Unikl. Setiap student memang WAJIB buat karangan perihal diri, perancangan pengajian dan kerja untuk mohon loan MARA. And, kalau nak apply loan MARA, kena buat karangan. THIS MINE. :)
* * * * *
Saya Fatin Syazwani binti Abd Rahim. Dilahirkan pada 8 Ogos 1994 dan sekarang berumur 19 tahun. Saya ialah anak bongsu dari 3 adik beradik. Ibu saya merupakan seorang pesara guru.
Mengenai latar belakang pendidikan, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Langkasuka dan memperoleh keputusan UPSR yang cemerlang. Setelah itu, saya menyambung pengajian saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Yan. Setelah 3 tahun berada di sekolah tersebut, saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian saya di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena bagi aliran sains tulen. Saya memperoleh keputusan SPM yang agak baik. Kemudian, saya meneruskan pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Kedah selama setahun dalam aliran sains modul I yakni bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik. Setelah setahun berada di matrikulasi, akhirnya saya telah menamatkan program matrikulasi dengan jayanya.
Sekarang, saya akan melanjutkan pembelajaran saya di Unikl yang bertempat di Johor iaitu Malaysian Institute of Industrial Technology (MITEC) bagi program Bachelor of Industrial Logistics (Honours) selama 4 tahun dari bulan September 2013 hingga Jun 2017.
Saya memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang ini kerana saya dapat melihat bahawa bidang ini mempunyai potensi yang amat besar dengan pasaran kerja yang sangat luas. Bersesuaian dengan penubuhannya di hub perindustrian Iskandar Malaysia, pastinya Unikl MITEC dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang strategik.
Di samping itu saya terdorong untuk mempelajari bidang ini di Unikl MITEC kerana ia sekali gus memperkukuhkan usaha menjadikan Johor sebagai ‘Kota Ilmu Selatan’. Tambahan pula, kedudukannya sangat strategik kerana lebih 400 buah industri tempatan dan antarabangsa seperti Sime Darby, Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE), Panasonic serta pelbagai organisasi dengan reputasi besar turut beroperasi di sini.
Apabila saya telah menamatkan pengajian saya dengan baik, saya akan mencari kerjaya yang sesuai dengan bidang saya pada masa akan datang demi meningkatkan lagi taraf ekonomi negara Malaysia sejajar dengan seruan Malaysia Maju 2020 serta dapat memperkukuhkan industri tenaga kerja mahir dalam bidang strategik.
Saya juga bercita-cita untuk menaburkan bakti sebagai seorang pensyarah bagi membantu anak bangsa demi agama, bangsa dan negara. Sekian sahaja mengenai perihal diri saya, rancangan pengajian dan kerjaya yang akan saya ceburi. Terima kasih.
#usaha gila cari detail. pheww
In case kalau korang nak tau lebih lanjut pasal UniKL MITEC, boleh klik SINI. It is all about orientation, study, persekitaran and many more :)
Aku ada explain berkenaan subjek yang akan belajar untuk Industrial Logistic dan FAQ di SINI.
And just in case hampa nak tau apa dah jadi kat aku after grad, boleh baca SINI.
Aku ada explain berkenaan subjek yang akan belajar untuk Industrial Logistic dan FAQ di SINI.
And just in case hampa nak tau apa dah jadi kat aku after grad, boleh baca SINI.
Artikel Berkaitan: Review on UniKL MITEC, Johor. Industrial Logistics.
63 Comments
tahniah! aku pn smbg blajar kt unikl mitec jgak, bru jumpa sorg membe intake sama :-)..
ReplyDeletetahniah jugak :) haha, nanti buleh balik kedah sama2.. yey, ada geng. xD
DeleteAng dh byaq yuran pngajian kn, ang daftar online x lg? Aku nk daftar xbleh, dia habaq aku xjelaskn pembayaran lg, pdhal duit rm250 n yuran pngajian aku dh byaq dh..
ReplyDeleteaq bayaq dah tw dak, lepaihtu time nk dftr online, dy habaq kata xbayaq lg.. sentap2, aq snd emel truih la kt admistration depa.. depa rply emel aku, depa kta kalau xbayaq lg, kna bayaq dlu hat rm1300 tu.. ni dok tggu depa rply sbb aq attach trus slip hat aq bank in tu
DeleteSama
ReplyDeletetunggu pi la sat, depi bizi kutt. kutt
DeleteDeorang dah balas emel ko
ReplyDeletediorang rply, ckp kena bayaq dlu rm1300 bru boleh register. then aku send terus slip bank tu, nak tggu diorang nk rply apa pulak
Deletelepas tu yng 250 ringgit tu untuk apa ekk...kite kene buat pendaaftaran dulu ke utk mengesahkan yg kite masuk unikl atau kite daftar time 1sept ni ..boleh bg fb ko kat ku x.
ReplyDeleteyg rm250 tu utk nk konfemkan kita betul nak masuk situ tak. after rm250 dah settle, smua dokumen dah send smpai diorg ckp semua dokumen complete, bru la bayar rm1300 tu utk sahkan yuran pndaftaran.
Deleteni fb aq https://www.facebook.com/fatinsyaz
Kalu kite dh bayar duit pendaftaran yg 1300 tu..boleh ambil balik ke kalu kite nk pindah u lain
ReplyDeletexbleh dh,, sbb dlm surat pjanjian tu dh tulis
Deletewe ak msok gak unikl.. tpi ak x pham la bla kna bayaq 1.3k.. ak dah sttle rm250.. bole bagi fb ang dak?
ReplyDeleteatau email ak liarliar_ryl @yahoo.com dalam fb/ym..
aq cri fb hg tp xjumpak. fb aq facebook.com/fatinsyaz
Deletemitec jugak . baru nak buat surat perihal diri . haha . agak lewat nie
ReplyDeletehahaa, time ni baru semua pakat kalut nak buat karangan.. no doubt :)
Deletenak tanya, surat ni kena pengesahan ke tak?
ReplyDeleteKena sahkan jugak :)
Deletelaaa. kmk ka. skali ngn hani?
ReplyDeleteyep, kmk. skali dgn hani :)
Deletei copy :P
ReplyDeleteAs Salam, auntie nak tanya yea....anak auntie nak sangat belajar di unikl tapi tak tahu bidang apa nak pilih....dia perempuan...,setakat pengetahuan adik la yea... 1) graduan industrial logistik ni yang lepas2 mudah ke dapat kerja lebih2 lagi perempuan? 2) peluang nak sambung belajar ke luar negara macamana yea?
ReplyDeletewassalam. kalau anak auntie tak tahu, bidang logistik ada sangat banyak peluang pekerjaan buat masa ni sebab bidang industri baru nak meningkat di Malaysia. By the times anak autie dah habis study, memang bidang ni yang akan popular pada masa tu. inshaAllah senang dapat kerja kalau pointer lebih dari 2.5.
Deletekalau luar negara, boleh sambung master atau time degree. boleh masuk asasi dulu, then pointer cantik boleh terus apply mara untuk sambung ke luar negara bagi degree. kalau nak sambung master, make sure pointer 3.75 and inshaAllah akan dapat sambung master bawah tajaan mara
Tk atas feedback yea...
DeleteDrp browsing auntie tengok bidang ni lebih kpd kerja di kilang@pelabuhan dan tough jugak utk perempuan.....takut keutamaan lebih kpd graduan lelaki sahaja dak kpd perempuan.....boleh adik komen....maaf sbb auntie byk tanya.....tk.
takpa2, masa awal dulu pun, mak saya risau jugak pasal bias laki perempuan ni. sebenarnya , sekarang, syarikat2 besar pun memang ada department sendiri untuk logistik. jadi, boleh pilih samada nak bekerja di seaport, airport, nak buat syarikat logistik sendiri ataupun jadi pekerja yang berada di dalam office. macam roomate saya, sebelum ni dia praktikal di syarikat honda selepas diploma (dalam office) dan dia terus ditawarkan kerja disitu. :)
DeleteThank you ....
ReplyDeleteSalam akak. Saya ingin brtanya, essay mara kena buat dlm bahasa melayu ke? atau english? sy bakal masuk unikl mitec. saya brharap akak dapat balas prtanyaan saya. salam.
ReplyDeleteGuna bm pun boleh,sy dapat mitec jugk,awk intake bulan berapa?
Deletewassalam. pakai bm je..
DeleteAssalamualaikum kak , minta ceduk sikit ye idea .. hehehe ,, terima kasih ..
ReplyDeletewassalam. orite2. haha
Deletesenang sikit keje.takpayah pecah pala pikir ayat.otak pon dah berhabuk dah ni dah lama tak guna,Thanks kak haha xD
ReplyDeletehaha, welcome junior xD
DeleteNak cedok idea sikit bley?
ReplyDeletehaha, silakan :D
DeleteBoleh type or kena tulis tangan?
ReplyDeleteBetter type..
DeleteThank u..snang skit keje...sy pn ambk industrial logistics kt unikl mitec :)
ReplyDeletekarangan ni mmg kna cop jgk ke?
ReplyDeletesebenarnya tak perlu cop pun takpe,
Deletetime orientasi dan minggu induksi mara sama x?
ReplyDeleterasanya sama ja. sebab kat mitec pun kami panggil MSR ; minggu silaturrahim
Deletethanks dik..da lama dah tak buat karangan ni..ada idea sikit nak mengarang ni..:)
ReplyDeletenak tanya sikit,mara minimum pointer untuk pinjam mara berape?
ReplyDeleteminimum 2.5 untuk student biasa, 2.0 untuk student yang sebelum ni anak mara macam mrsm, poli, kolej mara.
Deletethanks
ReplyDeletethank u oc tinsyaz... senang sikit nak buat karangan niee.....
ReplyDeletekarangan mara boleh type ke? atau guna tulisan tangan?
ReplyDeletekaragan dia dlm bi ke melayu sis ??
ReplyDeletenk tnye.. borang bahagian c untuk pendaftaran pelajar baru.. ade kene pegi persuruhjaya sumpah ke?
ReplyDeleteTak payah, selalunya procedure sekarang kita boleh buat time orientation week, akan collect duit. Tapi kalau nak buat awal pun boleh jugak
Deleteassalam,so maknanya tk payah pergi persuruhjaya sumpah lah kn then bhgian tu kita boleh tingglkn kosng eh sis?
Deletewowwwww sama la kita masuk Unikl MITEC jgk , intake sept 2017 ni ... hehehehe baru je masuk... duk uruskan dokumen untuk loan MARA
ReplyDeletethank you for sharing....
ReplyDeletewe are Unikl
boek ah mmg terbaik
ReplyDeletethanks for sharing this idea sis ! baru nak buat karangan untuk pinjaman mara , saya masuk unikl miat , jauh beza sikit hahaha , mohon ceduk idea sikit ye :) baru nak buat diploma ..
ReplyDeleteThanks for this info! Saya ni dah lama tak guna otak since habis spm ni.Karangan memang kelaut kalau nak buat sendiri. Harini baru sedar kena buat karangan 300 pp if nak apply loan mara.Thank you very much sis. Btw,saya dapat UniKL MIIT :D
ReplyDeleteTulahh saye baru nk masuk
ReplyDeleteTima kasi sebb share information nii
ReplyDeletethank you atas share ini, sy baru nk masuk mitec bulan september bulan ni nanti lagi dua minggu. doakan sy berjaya terima kasih
ReplyDeleteHi, all the best ya. Study elok-elok! Time PKP ni la baru nak reply komen pun :D
DeleteSalam.. apa pendapat Sis jika ambil foundation buss unikl dan terus apply degree logistic berbanding ambil diploma kpm logistic dan further study. Deg mitec
ReplyDeleteWassalam, boleh ja. cuma nanti tak sure berapa banyak boleh transfer kredit kalau ambil foundation yang tak sama course. Kalau ambil diploma logistics, nanti masuk degree boleh buat transfer kredit dan boleh jimat almost setahun sebab dah belajar masa diploma
Delete