Cakna, Tahu, Faham.

Assalamualaikum.


Jyeahh!! Hai semua, ok aku tau mesti aku ja yang overdose happy bila bukak blog ni. Sebagai adik, aku kecewa. Aku dapat berita ni pagi tadi, sampai sekarang aku tak dapat kaitkan apa yang lead kepada permasalahan ni. Adakah sebab aku yang tak reti jaga dia, atau dia rasa terabai, atau dia nak hidup dia fun. Mungkin dia sekadar perlu peringatan, teguran. Manusia mudah lupa. Aku tak terkecuali.

Ingat ja satu ni, al-Baqarah ayat 208:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu  yang nyata.

Maksud dia kat sini, kalau hang nak buat satu benda, jangan sekadar ambik apa yang hang nak buat, tinggai apa yang hang takmau buat. Contoh, hang tutup aurat, elok. Dari tangan, kaki, bawah dagu, tudung labuh, semua ok. Tapi satu ja, ikhtilat pi entah ke mana. Kira macam mana tu? Haa, sama la macam ni. 

Ok, aku beletiaq pulak. Maafin. =="

Cakna, tahu, faham. Banyak beza. Ada orang yang dia buat yang ni, buat yang nu, pakai ikut orang. Tapi as long it is good, well it is ok! Sebenarnya, dengan umur kita yang menjangkau angkau 20-an atau 19, 18, seharusnya kita perlu cakna dengan isu ummah,  isu masyarakat. Jangan hanya ambil ringan. Kita nak keseimbangan dalam semua bidang, means duniawi serta ukhrawi. Got that?

Tahu dan faham, banyak beza. Ingat tak, zaman kita kecik-kecik dulu, wan mak tok selalu ajar baca doa. Doa makan, doa masuk toilet, doa time nak basuh after u-uhhh (=,=") , doa tidur, doa bangun tidur, doa time nak start mandi. Ingat tak? Dah berapa lama kita amalkan? Kalau still amalkan sampai besar, alhamdulillah. Kira buleh terima la konsep meluntur buluh daripada rebungnya. Kalau tak amalkan, cuba untuk start balik amalkan. Rugi tau, sebab kita memang dah ada ilmu pasal tu tapi tak amalkan.

Kalau faham? Well yeah, yang ni yang nak ditekankan sebenarnya.. Solat, doa, yang basic-basic ja. Setiap hari kita berdoa, setiap hari kita bersolat. Tapi faham atau tak makna solat tu sendiri? Seriously, tanya diri sendiri. Faham tak maksud duduk antara dua sujud? Faham tak apa yang kita baca time tahiyat? Bukan setakat faham, kalau boleh buat la sikit research. Since matrik, baru tau sebenarnya bacaan time tahiyat adalah conversation antara Nabi Muhammad dengan Allah masa peristiwa isra' dan mikraj. Cuba untuk cakna please. Memang time tu rasa teruja, rasa kurangnya ilmu, rasa macam-macam perasaan bercampur baur.

Memang masa awal-awal rasa macam, "dah kenapa, semua orang tau kutt, kita kena tau maksud bacaan solat", tapi atas dasar berkongsi ilmu, dituliskan entri ni. Mungkin ada yang sekadar tak terasa nak ambik tau, secara tiba-tiba terbukak hati untuk ambik tau, who knows right?


# jangan persoalkan di akhirat kelak, bahawa aku tidak menyeru kalian.


Post a Comment

2 Comments

  1. seperti angah yang bermasalah.... huh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan. bukanlah... kelas adik, 3 orang ja budak baya adik, hat len semua kak-kak. haihhh =='

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)