Ini 2015 : Keep Holding On

Assalamualaikum.



Hai semua, well kali ni aku takdak nak cerita macam timeline macam entri tahun lepas. Kali ni aku nak summarize ja pembelajaran apa yang aku dapat dalam tahun ni. And yes, for sure sangat-sangat berharga walaupun ada manis, pahit, kelat, payau etc etc. Entri ni sumpah panjang, jadi sila pastikan baca dengan kesabaran tanpa ada rasa tak puas hati dan mencari salah si penulis.



AWAL TAHUN


Ar-rijal qowwamuna a'lannisa'

Maksudnya, lelaki itu pembimbing kepada kaum perempuan. Tapi diterima pakai dalam institusi kekeluargaan ja since kalau based on ketua, perempuan pun boleh jadi ketua asalkan dia betul-betul seorang yang berkelayakan berbanding lelaki. (sumber: talk time kat UTM itu hari). Well, awal tahun itu hari sepatutnya aku balik dengan sorang laki ni. Nak jadi cerita, bas yang aku sepatutnya naik tak lalu kat kawasan Guar. Jadi, aku ambik bas lain untuk balik Johor. Dan ya, bagi aku dari situ aku belajar pasal maksud bertanggungjawab. Beb, dia call aku hampir setiap sejam, nak pastikan aku ada mana supaya boleh meet at a point and balik Johor sama-sama. Ceritanya, kagum tu ada la. Serious, aku recite semua papan tanda kat jalan tau. Then aku relate, besarnya tanggungjawab laki. Mungkin dia buat macam tu atas dasar bersalah, mungkin la kutt.. Tapi bagi aku, aku belajar sesuatu.


JPM

Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa. Sepatutnya aku nak try time semester 4, tapi ter-awal la pulak. Tapi JPM mengajar aku satu perkara, banyak sebenarnya. Sekarang kau di atas, jangan sombong, jangan riak, tajdid niat kenapa jadi JPM. Secara am-nya, aku tak rasa apa pun jadi JPM ni, selain daripada ada kerja lebih dari orang lain, faham makna tanggungjawab dan yang paling penting, aku tau masalah dalaman apa yang jadi dekat universiti aku. For your information, JPM takdak elaun khas macam yang ramai fikirkan. Walaupun banyak ja masalah bila student biasa komen itu ini, (cakap JPM tak buat kerja terutamanya), tapi depa taktau pun bahawa kami suarakan perkara tu sejak awal lagi (beberapa bulan lebih awal) kepada pihak atasan tapi ditolak atas faktor kewangan. Dari situ aku belajar untuk berdiam diri bila disapa 'keyboard warrior'. Cakap la apapun, berhujah la dengan hujah apa sekalipun; tapi kalau pihak terlibat takmau terima dan tetap berpegang dengan prinsip 'aku sentiasa betul', jadi sangat useless kalaupun aku bersuara untuk jelaskan keadaan sebenar. Yang akhirnya, kelembutan itu takkan pernah kalah dengan kekasaran.


Kehilangan

Kehilangan arwahyarhamah Nur Azua atau lebih dikenali dengan nama Kak Juwa. Tipu sangat kalau aku cakap aku tak rasa apa. Sebab aku kenal arwah time start training OC, dan sebenarnya aku interview OC sama-sama dengan arwah (2 orang sekali interview), sebilik dengan arwah time Minggu MSR, duduk sebelah katil arwah time kat tempat training, dua-dua orang kulit sensitif, memang tipu kalau cakap aku tak rasa apa. Time dapat mesej cakap arwah accident, aku tengah tidoq. Aku gelak ja, sebab aku rasa macam 'tipu'. Then aku scroll wassap JPM, Kameyl wassap cakap dia accident and on the way pi hospital, dan arwah tak sedarkan diri. Time tu, memang aku harap sangat arwah sedar, sebab dah seminggu aku nak jumpak arwah tapi tak tercapai; sebab bila aku nampak arwah then aku pi situ, arwah dah pi tempat lain. Last aku jumpak dia, aku cakap "bukan senang nak jumpak Kak Juwa, entah-entah tak jumpak dah". Time tu kat kedai burger, then arwah senyum ja sambil yakinkan aku yang akan jumpak lagi nanti, rupanya memang tu la kali last aku jumpak arwah.



Cubaan Pakai Tudung Labuh

Aku start try pakai masa bulan 3, time malam dinner tu. Sebenarnya aku pakai, bersebab. Aku mimpi sesuatu pasal seorang perempuan yang guide aku, sambil dia pesan untuk baca surah al-Kahfi. Bangun dari tu, aku termenung sorang-sorang. Terus aku rasa nak pakai tudung labuh and aku bagitau kat angah, angah cakap go on ja. Kiranya dari sini sebenarnya start aku rasa, aku belajar sesuatu. Jujur, langkah aku memang tempang lagi. Ya. Time tu ada yang menguatkan, ada yang send gambaq, cakap kalau nak redha manusia; memang sampai bila pun takkan dapat. Memang yang tu la antara yang membuatkan aku kuat untuk pakai tudung labuh. (start pakai stoking and handsock sejak tingkatan 4).


Indian Muslim Story

Yang ni aku jumpak dia atas bas. Nama dia Syafiq, kerja kat Singapore. Dia yang duduk sebelah aku time dapat double seat. Memang time tu, mak aku dah cuak tengok India dok sebelah aku; laki, giant, muka bruttle habis. Jujur cakap, aku memang cuak habis. Tapi nasib baik dok sebelah tingkap tau. Tapi nak tau dak, dia duduk sebelah aku lepastu dia ubah seat dia kebelakang dari tempat asal supaya aku dengan dia tak bersentuh, then dia pakai headphone. Memang lega time tu. Pastu time pagi, dia dengan hepinya, "selamat pagi!!!". Ok time tu baru aku baru tau yang dia baru masuk Islam dan takdak ramai kawan. Dia ada la cerita pasal life dia, kawan-kawan dia kaki clubbing, kaki perempuan. Tapi lepas dia masuk Islam, dia takdak kawan Islam lagi. (aku taktau nak percaya ka dak, tapi aku ia-kan jela). Then, dia bagi nombor telefon. Dia cakap nanti kalau pi Singapore, contact la dia; boleh dia bawak jalan-jalan. Sampai sekarang nombor tu tak terusik. Moral: jangan pandang orang sebelah mata, then judge gitu ja.



TENGAH TAHUN


Percaya

Yang ni aku pun taktau nak cakap apa, tapi time ni perasaan aku masih berbelah bahagi. Ada sahabat ni cakap, "pilihan ada dua, Islam atau sebaliknya; takdak main tengah-tengah". Yang tu aku boleh relate al-Baqarah, masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh. Ok the rest is history, aku takmau ulas lanjut.


Isu Tudung Labuh

Sebenarnya, mak aku kurang suka aku pakai tudung labuh. Yela, sebab aku bukan sekolah agama pun, lagipun aku ni kecik ja, memang nampak macam 'sesuatu' la. Bukan mak aku tak bagi aku menutup aurat, cuma mak aku awkward. Tapi aku diam ja. Diam. Aku ada misi sendiri, sabar mak, sabar. Rupanya dengan pemakaian tudung labuh tu buat aku faham, makna 'menghukum'. Dua'h la qudah, yang bermaksud kita pendakwah bukan penghukum. Tunggu cerita bawah satgi.. 




HUJUNG TAHUN


Si Kopiah Tinggi

Ok ceritanya dia ni sepatutnya duduk sebelah Hana kat seat double time kat atas bas, tapi memandangkan sapa entah dia ni, before dia mai aku dah duduk double-seat dengan Hana. Dia lelaki, berjubah lusuh, berkopiah tinggi macam Abang Wan Syahieran pakai. Ok aku cuak dengan laki berjubah sebenarnya. Then, dia panggil aku, katanya nak pinjam fon untuk call mak. Memang aku pun bagi jela kan, kesian pulak sebab katanya takdak kredit. Keesokan harinya, nombor asing masuk kat wassap. Ok dia cakap terima kasih sebab pinjamkan fon semalam. Pastu dia cerita, dia belajar kat Pattani. Then terhenti sampai takat tu ja, then tak reply apa dah.  Tengahari dia wassap, malam dia wassap, esoknya pun dia wassap lagi. Aku bagitau mak aku, then mak cakap, tak payah layan. Last dia wassap aku 3 hari lepas tu, time dah ada kat Mitec. Ayat dia bunyi lebih kurang macam dia mimpi, aku mintak dia call aku. Ok time tu memang aku rimas, terus reply, jangan wassap aku dah, delete nombor fon aku. Disitu aku nampak, yang sebenarnya jangan kita cepat judge orang berdasarkan apa yang dia pakai. Dan ya, mungkin tu first time dia buat perangai macam tu tanpa sengaja, jadi jangan cepat menghukum sebab mungkin sekarang dia dah sedar dimana silap dia.


Training OC Yang Havoc

Time ni, memang emosi rabak. Aku belajar sesuatu yang baru. Ayatnya simple, ayat coach Ejul, "kalau kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita". Sampai sekarang aku ingat ayat tu, dan cuba apply. Kalau sebelum ni, nak bagi nota kat orang punyalah payah. Yela, penat search berapa hari info-info tambahan (dari buku, internet), pastu senang-senang ja nak passing kat orang lain. Yes, sikap penting diri sendiri tu tetap ada. Tapi, mengingatkan kata Coach Ejul, note aku memang aku snap, send kat orang lain. Supaya nanti, Allah akan datangkan orang lain untuk mudahkan kerja aku di lain masa. Ayat tu memang bagi impact, sangat. Cerita ni bukan nak menunjuk tau, tapi aku harap orang lain pun boleh pakai prinsip yang sama.





Kisah Buruk Musim September

Yang ni memang buat aku tertekan, time intake September. Sangat tertekan, sangat. Ada 'salah' yang aku buat, tapi generally tak melibatkan depa pun. Depa punya cerita, laju mengalahkan TV. Even dah dijelaskan Abang Wan, tapi cerita tu tetap jadi isu. Sebab tu aku paling tak suka bila kenalan, atau orang yang kenal aku masuk tempat study yang sama macam aku. Dan macam-macam lagi perencah yang ditambah, sampai buatkan aku senyum sorang-sorang, senyum tekanan. Even lalu kat koridor, geng tu balik dari surau, siap terserempak sambil troll, "astaghfirullahala'zim", banyak-banyak kali. Terasa. Disebabkan aku kaki rebel sejak dulu, semester ni paling aku berani. Sebab? Sebab aku jalan in public tanpa pakai earfon. Kalau sebelum ni rasa tak konfiden bila jalan sorang tak pakai MP3, tapi aku cuba belajar untuk konfiden dan abaikan kata-kata depa. And yes, berkesan. Sampai sekarang bila pi mana sekalipun, aku memang dah tak pakai earfon. Orang nak kata apa sekalipun, hadap ja. Adakah dengan bercerita pasal orang lain meninggikan lagi maruah kamu? Tidak bukan? :D


Nasihat JPM

Masa malam yang berjumpak team Abstract tu, aku bagitau kat JPM, apa yang aku kena - ditimbang tanpa neraca di awal usia, dihukum masuk neraka oleh manusia. Dan, aku ragu-ragu untuk turun Abstract Fest since salah seorang budak intake September cakap 'budak macam aku' tak boleh turun tempat macam tu. Then, Arep (Prez JPM) cakap, lebih kurang macam ni ayat dia, "kalau orang tu betul-betul baik, dia takkan mudah nak judge orang. Kalau hati dia memang baik, dia akan cuba bersangka baik, Rasulullah tak ajaq macam tu". Serious, ayat tu yang aku pegang. Ayat tu yang menyedarkan aku. Ayat tu... Then aku tanya mak, boleh tak aku nak turun Abstract Fest, mak cakap as long as tak buat benda salah, abaikan ja orang nak cakap apa pun. Mak aku siap cakap, "kalau adik tengok yang program 'Islamik' dalam TV tu, ya Allah lagi teruk bercampur laki perempuan, (duduk bercampur tanpa penghadang), tapi tak jadi isu sebab apa?; sebab namanya program Islamik". Sedangkan Abstract Fest (program uni) tu bukan campur duduk laki perempuan pun, lalu pastu beli buku, merchandise, then balik la bilik; tu ja pun.



CONCLUSION

Ayat prez, merupakan ayat yang buat aku refleks hidup aku selama ni. Semua yang kat bahagian conclusion ni adalah beberapa yang 'terchange' secara tak sengaja, bila remind diri sendiri dengan ayat tu. Mungkin kalau prez tau ni, dia pun tak sangka betapa besaqnya effect ayat tu pada diri aku..  Terima kasih prez. Terima kasih Allah.

Jujur, ada jugak rasa 'aku lebih baik', bila tengok orang lain. Ada jugak rasa 'dah la pakai purdah, lepastu upload kat Facebook'. Ada. Jujur. Dengan ayat prez tu, aku cuba koreksi diri aku. Kalau betul aku ni baik, aku takkan sewenangnya nak judge orang lain, aku takkan sesenangnya nak hentam geng-geng tutup aurat upload gambar sendiri kat Facebook dengan caption 'islamic' tulang rusukku, imamku. Tu urusan depa dengan Allah, dan aku tak perlu masuk campur. Dan kalau hati aku betul baik, aku takkan mudah bersangka buruk dengan orang, mencari-cari salah orang lain. Betapa kotornya hati aku. Hm. Sampai aku sedar, masa aku 'teruk' dulu, aku tak judge pun orang yang macam tu, sebab aku kagum depa pakai labuh-labuh and aku sendiri try nak jadi macam tu. Fatinsyazwani 20 tahun yang perasan baik, teruk betul!




Aku jugak belajaq, dalam hidup ni, kita perlukan redha mak ayah. Redha Allah letaknya pada redha ibu bapa. Aku bukan baik pun, kadang tu melawan jugak. Tapi lepas prez bagi ayat tu time bulan 10, serious aku cuba jaga tiap kata, tiap tweet walaupun kadang tu selalu merapu. Aku realize, ramai dari kita yang ada dalam usrah ni kemain layan anak usrah, belanja makan, bawak jalan-jalan; tapi berapa ramai buat benda yang sama kat parents? Selain dari time pi shopping, rombongan; beli souvenir. Tapi kan, event belanja makan-makan dalam family aku memang common, sapa ada elaun banyak; akan belanja satu rumah. Untuk pengetahun, aku apply kat mak aku yang bab hadiah; tapi versi berbeza dari aku dengan angah dok buat sebelum ni. Aku belikan sesuatu pada hari biasa, dan aku balut pakai wrapper kaler-kaler. Last aku wrap hadiah untuk mak aku, time Form 3. Frankly speaking, aku nampak mata mak aku berair, dan mak tetiba bukak cerita kenangan masa kecik-kecik bila Hari Ibu, Hari Lahir, Hari Guru, selalu bagi kad buatan sendiri. Beb, kau tak rasa macam terharu? Ok, kau bukan ada kat tempat aku pun... Kadang, kita terlalu nak jaga hubungan kita dengan orang lain, tapi benda yang sama tak reti pulak nak apply kat parents. Sebab? Malu, segan sebab dah besaq? Entah, tanya dan jawab sendiri.

Ayat prez jugak buat aku setting niat seharian. Even nampak paper kawan jatuh kat lantai sekalipun, cepat-cepat niat "Ya Allah, aku angkat paper ni kerana Allah". Nampak dak, benda basic ja buleh dapat pahala sebab niat kerana Allah. 

Selain tu, kalau sebelum ni dok baca Quran time gap Maghrib Isya' jela, after subuh baca surah-surah femes, hari Jumaat baca al-Kahfi, Khamis malam baca surah Yasin, after Isya' baca al-Mulk. Takdak peningkatan lansung sejak tingkatan 4. Jadi aku ingatkan, kalau boleh tu sapa yang memang dah terbiasa rutin macam ni, boleh slow-slow kutt baca Quran tiap kali habis solat, 1 muka surat depan belakang pun cukup la. Cakap suka bulan Ramadhan sebab rasa tranquil, dahtu kenapa tak teruskan ja rutin bulan Ramadhan time bulan lain? Ayuh DDBQ (duduk-duduk-baca-Quran). Lagipun al-Maududi ada sebut, cuba set 1 jam ja paling minima tiap hari untuk belajar agama. Eleh aku faham, mesti time nak bukak Quran tu rasa macam 'berat'; kononnya nak guna masa tu untuk study. Padahal bukan study pun, melagha ja lebih kat Facebook, lepas tu menyesal. Esok buat lagi. Ala tak payah nak tipu la, jerat syaitan tu sangat licik tahu? Kau rasa, kalau tak ubah perangai tu, sampai bila dia akan berubah haa?



Lagi, kalau sebelum ni aku memaknakan Muslim yang baik tu sebagai tahu itu ini. Tahu pelbagai benda tak cukup. Tahu dan faham tu berbeza. Sangat berbeza. Ramai orang tau aurat tu dari mana sampai mana, tapi kalau dia faham itu ada WAJIB; kenapa still rasa 'berat'? Sedangkan kalau assignment kat outline markah cakap 2 markah untuk frontpage- buat takpa tak buat pun takpa; kemain berusaha buat muka depan sebab nak dapat markah lebih. Tapi suruhan Allah yang wajib ni takmau jugak nak buat, sedangkan dah tau-tau hukum tu. Baik tu punya luas definasi, sangat luas. Dan tak baik judge orang, sebab tiap orang ada dia punya ujian yang sendiri. And yes, tiap orang struggle untuk benda yang berbeza. Mungkin aku senang sikit since family aku memang menitikberatkan penjagaan solat sejak kecik, yang melencong sikit-sikit tu sebab salah sendiri. Tapi macam mana dengan orang yang family tak kisah pun, main lepas tanggungjawab sebab anak dah besar? Think! Dan tugas yang FAHAM ni la perlu sedarkan dan tunjuk contoh walaupun secara indirect.

Kau pernah rasa perasaan ni; kau ada kawan yang baik, ada group usrah kat wassap, persekitaran yang agak 'Islamik', tapi tak lut dengan diri sendiri? Mula-mula tu memang la rasa macam 'okay, aku dah beriman sikit dah ni kalau banding dengan dulu', tapi lama-kelamaan, kau akan hanyut. Kau akan take semua tu as granted. Aku dah rasa. Yes memang aku tutup aurat, memang kawan-kawan aku baik, persekitaran pun okay, baca Quran dengan translation, tapi ada kurang sesuatu. Dan alhamdulillah aku dapat kenali apa yang aku 'hilang'. Keberkatan waktu. Aku tekankan kat sini, solat pada awal waktu; make sure solat yang berkualiti- awal waktu, faham makna bacaan. Kalau dulu tu, aku ertikan 'baik' tu dengan amalan-amalan sunat macam Tahajjud, solat hajat; tapi kenapa dalam masa yang sama tak reti nak tingkatkan kualiti solat yang wajib dengan solat pada awal waktu? THIS!

Sahabat, aku tekankan kat sini, benda yang Allah judge bukan pakaian, bukan famous atau tak, tapi hati. HATI. Jadi, jaga hati tu. Aku quoting ayat seorang sahabat kat sini, sebab aku rasa ayat tu sangat menarik. Sangat,


"Kadang diri yang merasa sedang berada di jalan Tuhan, yang merasakan diri sedang berada di jalan yang penuh cahaya suka menghukum mereka yang sedang berada di jalan gelap gelita. Sedangkan adatnya, seseorang yang sedang berada di dalam cahaya tak kan pernah nampak dengan jelas apa yang sedang ada di dalam kawasan gelap gelita. Jadi bagaimana kita menghukum sedang kita tidak nampak? Muhasabah. Benarkah kita di jalan Tuhan. Atau sebenarnya sedang berada di jalan gelap gelita yang sememangnya mampu nampak apa yg ada dalam kawasan becahaya."


Kau faham tak, contoh; kau tak dapat bersangka baik dekat sorang ni. Then kau cakap dalam hati, 'alaaaa, aku baik lagi kutt dari dia. Aku tutup aurat- mesti Allah tak kisah la aku kutuk dia sebab dia tu tak tutup aurat'. Kau faham tak, kalau kau rasa dosa kau kecik ja jadi tak mohon ampun kat Allah pun takpa, tu maknanya dosa tu besar disisi Allah. Dan kalau kau rasa dosa kau sangat besar sampai Allah tak ampunkan, tu lah dosa yang kecik disisi Allah. Kenapa macam tu? Sebab dosa kau yang kecik tu buatkan kau rasa tak berdosa. Tu jawapannya. 




2014 menyaksikan mak aku yang aku sayang rajin bersosial pi baca Yasin time hari minggu, rajin tengok kuliah agama, baca Quran siap belajar basic tajwid, tarannum sikit-sikit, baca translation juga al-Kahfi. Sungguh aku kagum. Ya, jangan buat spekulasi bukan-bukan. Mak aku seorang ibu tunggal, menyara 3 orang anaknya yang berada di menara gading; serta menyara dua orang ibu bapanya di rumah. Kau rasa berat atau tak tugas tu? Punya banyak masa terluang sebab dah pencen."Adik jangan kol mak Khamis malam, mak nak tengok forum perdana ni, ustaz kazim yang dok rakam tu".  Seronok tengok mak sekarang ni, sebab dah ada 'life' sendiri. :) 

2014 menyaksikan kawan-kawan yang aku sayang makin cuba melabuhkan tudung, start pakai stoking, pakai handsock. Jangan sebab aku tak tegur, kau cakap aku tak nampak. Sebab time awal aku pakai handsock dulu, aku berharap sangat takdak sapa yang tegur. Segan okay!!

2014, sorang ni masuk usrah dan berubah pandangan dia terhadap budak tudung labuh disebabkan 'kesalahan' yang aku buat masa MSR. Dia cakap, "first time nampak budak tudung labuh macam tu, walaupun bertudung labuh still tak jadi barrier untuk buat apa yang dia suka". Budak semester 1, yang kini antara kawan baikku dari batch September 2014.


2014, no more topik kahwin all time kat Twitter. Banyak lagi yang belum selesai sebab Islam ni, bila kita belajar satu ni, mesti akan ada ja lagi yang kita boleh belajar. Ilmu Allah sangat luas, subhanAllah. Ceritanya, kawan serta junior aku dah ramai kahwin; dan dengan tengok gambaq depa, buatkan aku rasa takut untuk kahwin. Banyak lagi yang aku patut buat sebenarnya, terlalu banyak.

Yang ni junior aku pesan, dalam Quran jangan highlight; sebab Quran tu kitab suci dan kita taktau kandungan apa yang ada dalam highlight tu; jadi sila guna stiker index. Lagi, untuk Quran cetakan al-Hidayah House tu, kalau surah as-Sajdah dengan surah ar-Rahman ada ayat Allah 'bersemayam'. Perkataan sebenar ialah mungkin berkuasa, menguasai. Sebab Allah berada tidak bertempat. Thanks junior! :D

2014, no more 'buat muka comel', dah belajar kawal dah. Thanks!

InshaAllah 2015 yang lebih baik.

:)

Post a Comment

7 Comments

  1. asalamualaikum,

    hai tinsyaz, saya hajar, i'm really excited to read your post, sbb masa search mitec dekat google dulu jumpa blog tinsyaz,

    hihi, we had a conversation on twitter regards logistics.. remembered?

    saya suka baca post tinsyaz, dalam dunia kan tak semua orang suka apa yg kita buat, dorang berhak judge, tp dorang juga berhak untuk kenal kita, keep strong tinsyaz in whatever you do,, good luck on JPM, KEEP UP YOUR GOOD WORK!

    Hope got to talk with you one day , have a nice day budak korea! Ehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. elele kak hajar, kalaupun tak bagitau pasal logistic tu, memang tinsyaz kenal la.. sapa ja yang pakai nama hfver$^# apa ntah tu kat twitter dengan instagram xD

      terimakasih kak hajar, moga terus sukses inshaAllah :)

      Delete
  2. Ttibe tringt n rindu arwah azua..akk bru knal arwah masa tu n bnyak kongsi pasl task exco yg die pegang..time dye xcident tu pg bru jumpe bg ole2 dr indo..
    Mlm tu dpt brite n pkul 3pg opi kol tanya btol ke crita tu..memg tduduk n menangis sbb mcm x sangka arwah da xde..smoga dye mndpt syurga y diimpikn semua org..aminn

    ReplyDelete
  3. Banyak input yang saya dapat lepas baca entri awak nii. Thanx sangat3 ! ♥

    ReplyDelete
  4. Hey Tinsyaz .

    Long journey nampak tahun 2014 . hheee

    Well , you did learn well on your 20 y/o


    Keep it up !

    Sokong apa pres kata ; Kalau iman tinggi mana pun , tapi masih lagi judge org . Tinggi ke iman tu ?

    ReplyDelete
  5. hebat..coretan kenangan yang mengusik jiwa

    ReplyDelete
  6. pengalaman mendewasakan kita.. ;)

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)