Aktiviti Menarik Boleh Dibuat Semasa PKP & Ramadhan

Assalamualaikum.


Well, aku bet hampa pun macam takdak arah jugak time PKP / MCO ni kan. Dia bukan macam takdak arah, tapi lebih kepada masa tu ada banyak tapi taktau nak buat apa selain dok dengan handphone then scroll Twitter, scroll IG, tengok movie, tengok TV, main game etc. Yang at the end of the day, rasa tu hilang tapi diganti dengan perasaan menyesal sebab tak manfaatkan masa betul-betul.

Masa awal PKP haritu, aku adalah antara orang yang paling takdak arah. Aku quite hilang arah sebab terlalu banyak masa yang ada - yang aku pun taktau nak buat apa then bazirkan macam tu saja. Lepastu menyesal. Aku paling tak suka perasaan ni... Kita enjoy dulu, tapi di hujungnya menyesal. :(

Jadi, ni adalah perkara-perkara yang mungkin aku dan hampa boleh try buat:
  1. Solat awal waktu - aku struggle jugak but aku try. Kalau dapat solat Zohor pukul 2 petang tu, aku dah more than happy dah

  2. Tagging Quran - actually aku ada beli Quran baru sebab haritu aku down then tak bersemangat. Quran tu ada, tapi malas macam mana tah. So aku beli Quran colourful siap tagging. Tapi ada yang aku tagging sendiri jugak la. Cantikkkk!! Nama al-Quran Humaira, harga boleh tahan la (sobss!). 
  3. Macam ni ya... Kalau plain takdak tag, RM45. Kalau Quran biasa, boleh dapat bawah RM20.
  4. Baca buku - buku yang bermanfaat contohnya. Apapun, sekarang aku tengah habiskan Twilight and Jaddid Hayatak

  5. Belajar memasak - sekarang ramai orang dok masak belajar dari TikTok. Aku legend, jadi aku belajar dari IG Khairulaming ja gais..

  6. Declutter barang-barang - yang ni antara yang first aku buat after PKP. Aku kemas balik semua benda, buang apa yang tak guna dah. Actually banyak ja barang tak guna, tapi sayang so kita simpan sampai berabuk then dah nampak buruk, barulah boleh buang. =.="

  7. Buat YouTube channel - actually, aku teringin nak ada Youtube channel ni sejak 2010 lagi masa zaman Mat Luftfi dengan Anwar Hadi. Tapi aku takut... Ni channel YouTube aku , subscribe la and give likesss sekali tau. Niat aku dari dulu, nak buat channel tapi taktau apa purpose. Then, aku letak video yang aku nak delete dari phone ke YouTube tu. Tapi time PKP, aku saja jela buat social responsibility sikit dengan ajar basic Photoshop dalam Bahasa Melayu (read: Bahasa Kedah). Many more to comes, inshaAllah. Manatau kutt nanti boleh buat duit dari YouTube hshshshskshskshsksksk


  8. Belajar design and editing - time banyak masa terluang la sesuai nak belajar skill baru tau. Hang ingat senang ka nak ada cuti bukan main punya lama siap dapat internet free 1GB setiap hari (walaupun line internet aku makin slow ja after redeem free internet).

  9. Main gitar - haaa ni akulah ni. Aku belajar sekerat lepastu stop. Nanti tiba-tiba minat mai semula, belajar lagi. Payah betul nak perabih satu lagu punnnn.

  10. Belajar new languange - kalau nak ikut ni, aku belajar Mandarin sendiri dari 2017. Aku pakai apps Hello Chinese untuk belajar Mandarin sendiri.Tapi stuck kat tempat yang sama ja. Sebab apa ya kawan-kawan? Sebab aku dok procrastinate. Sat belajar, lepastu stop. Nanti mai minat nak belajar semula, maka aku akan mula dari awal balik. Ya, ulang sampai mampos!

  11. Journaling - aku suka menulis tapi bukan die hard fan journaling yang macam dalam IG, Tumblr siap letak washi tape tu. Aku pure punya journaling... Tulis buruk pun takpa asalkan aku faham (_ _")

  12. Tulis planner - sebelum tidoq tiap malam, tulis planner. Plan benda apa nak buat esok. Then pikiaq balik benda apa yang nak diperbaiki harini, apa yang silap buat harini and nak improve next time. Benda ni membantu gilaaaaaaa, aku pun tak sangka. Kalau tak tulis, kita tak nampak benda apa yang kita buat. Actually masa minggu kedua PKP, aku lost gila. Aku taktau langsung benda apa aku buat then habis masa macam tu ja. Sibbaik bersambung lagi, so takdak la banyak penyesalan sangat since aku boleh cover masa next phasa PKP.


  13. Hafal Quran dan maksud - yang ni aku nak buat tapi tak terbuat-buat dari dulu. Sentiasa ada dalam wishlist aku. I mean, aku maksudkan surah-surah pendek la. Boring gila tiap hari 3 Qul, al-Asr, al-Qadr lepastu ulang balik. Takdak variasi langsung!

  14. Cat bilik - yang ni aku wish boleh buat tapi tak boleh. Sebab nak renovate nanti, so kalau cat pun buang masa plus buang duit ja

  15. Belajar video editing - btw, benda ni boleh belajar through YouTube ataupun try ja epxlore sendiri. It's nice yknow, kalau hampa minat, belajar la.. Manatau kutt jadi added value one day. Who knows, right?

  16. Start your own blog - actually blog ni bukan sesuatu yang hype dah. Blog ni hype around 2007 sampai 2012 macam tu ja. Zaman blog yang still ada Justkhai, Theotherkhairul, HoneyKoyuki (now FL dah ada anak 2 orang tauuu), HamisJalikha (Hanis Zalikha pun ada anak 2 orang dah and siap bertudung dah). Zaman tu blog tahap best sangat. But still, untuk orang macam aku - aku still suka blog. Sebab aku boleh baca semula banyak benda pasal diri aku. Just sebab aku tak suka type di Facebook and semua kawan-kawan aku baca. 

  17. Melukis and mewarna - ni pun sesuatu yang aku suka. Cuma... Aku enjoy the results. Aku sangat suka tengok painting dan potret yang jadi lawa. Or else, aku akan fedup. That's why aku dah lama tak buat any arts.

  18. Tulis personal notes - aku la manusia yang suka buat benda ni. Aku suka ayat-ayat motivasi yang soothing. And aku suka tips-tips yang contoh "How to love yourself" gittewww, then dia baru point 1 sampai 10. Haaa, aku manusia yang jenis tulis semula and compile dalam satu buku. Then next time aku perlukan any motivations, aku tau dimana aku boleh cari ya. Mudah bukan?
  19. Buat bisnes - musim PKP ni maybe la ramai akan cakap sapa nak beli, semua pakat nak simpan duit. Tapi... Hampa pikiaq semula, berapa banyak courier service yang mai singgah hantar  barang kat rumah semenjak PKP ni? Hampa maybe boleh start dengan dropship. Aku bet, ramai ja supplier yang perlukan dropship nowadays (still valid yaaa..)

Okay tu jelah yang aku boleh list setakat ni. Maybe suggestions aku hambar. Tapi aku memang cute dan hambar sikit pun. If you girls ada idea menarik lain, feel free to comment below ya!

Love,
XOXO <3

Post a Comment

0 Comments