Cara Atasi Muka Breakout Disebabkan Skincare

 Assalamualaikum.

Aku terdetik nak tulis pengalaman aku sebab dah lama struggle. Aku struggle dengan muka breakout sejak 2018 sampai 2020. Muka elok dah sikit, then jadi teruk balik. Aku memang takdak idea kat mana salahnya masa tu. Ternyata, banyak yang tak kena selama ni. Alhamdulillah, sekarang muka aku dah okay. 

Pengalaman muka breakout

Sebenarnya, aku jenis tak perasan muka aku breakout teruk; sebab aku selalu rasa bahawa aku sentiasa cantik. Yang ni betul. Sampai la satu masa, member aku yang lama tak jumpak ada tegur "eh Fatin, dulu muka cantik. Pasepa jadi macam ni?". Aku tak terasa langsung. In fact, time tu baru aku perasan yang aku patut buat something. Nampak macam biaq-betui-budak-ni kan? Tapi betul, time tu baru aku sedar. Muka aku ni jenis yang macam tak berapa nampak breakout teruk, tapi teruk jugak la sebenarnya.



Ni muka aku. Nampak takdak la macam merah teruk. Tapi tengok yang next punya gambar.

Cerita bermula bila aku start tukar skincare aku. Kononnya masa 2018 tu, aku nak try local skincare la. Little did I know, banyak ja ingredients yang tak sesuai dengan muka aku. Then aku tukar-tukar bermacam-macam skincare, tapi jadi lebih teruk. Apapun, aku bagitau dulu yang aku memang tak pakai make-up. Kutt nanti ada orang cakap aku cuci make-up tak bersih.

Untuk yang curious, muka aku ni bukan yang jenis naik jerawat banyak tau. Dia jenis jerawat dalam kulit, yang bila sentuh tu akan rasa sakit sangat. And bila picit, jerawat tu akan keluar darah pekat warna merah hitam macam tu. Jerawat aku ni jenis macam bisul, besar and sakit. 

And kalau picit sebelum 'masak', memang akan terpantul dekat cermin dia punya warna putih yang clogged pores tu (force kuat sangat!). For your info, jerawat jenis ni memang akan ambil masa untuk betul 'masak' dan makan masa berbulan-bulan. Tapi tu lah, aku pulak jenis tak sabar. Tu yang tukar banyak skincare tu. Disebabkan aku takmau orang lain ulang perkara yang sama macam ni, sebab tu aku tulis blog pasal cara atasi muka breakout disebabkan skincare.

Bahasa mudah, aku tak bagi definitely skincare apa yang korang patut pakai. Tapi lebih kepada guideline.



Ni muka aku. Memang jenis jerawat yang keluar darah punya.


Cara picit jerawat dengan betul

Sebagai seorang yang ada banyak experience bab picit jerawat  (HAHAHAHAHA), kat sini aku bagi tips yang boleh digunapakai la. Atau boleh tengok Dr Inkin punya Instagram, tips lebih kurang sama.

Untuk jerawat, ada macam-macam jenis. Tapi ni tips untuk semua jenis selain jerawat batu:
  1. Jangan sentuh langsung
  2. Sapu ubat jerawat (aku tak sapu apa)
  3. Tunggu sampai 'mata' dia keluar (yang warna kuning tu)
  4. Cucuk pakai jarum
  5. Picit pakai cotton buds a.k.a pengorek telinga, picit sampai darah tak keluar dah
  6. Lap and cepat-cepat sapu toner then basuh
  7. Letak 'acne patch' (pilihan)
Cara picit jerawat batu:
  1. Jerawat ni memang sakit, so tunggu ja sampai dia start jadi bumpy dan lembut
  2. Kadang-kadang keluar 'mata' (warna kuning)
  3. Kalau tak keluar mata, tekan samada rasa lembut atau tak lembut. Selalunya time ni warna bumpy tu merah gelap
  4. Kalau dah lembut, tu maksudnya ada darah la tu so cucuk
  5. Picit pakai cotton buds a.k.a pengorek telinga, picit sampai darah tak keluar dah. Make sure yang keluar lepas tu memang air yang warna jernih ja then baru berhenti. In case still keluar darah, teruskan picit (HAHA!)
  6. Lap and cepat-cepat sapu toner then basuh
  7. Letak 'acne patch' (pilihan)


    cara atasi muka breakout disebabkan skincare
    Contoh acne patch (link Shopee)
Ni tips berdasarkan pengalaman aku cara untuk rawat jerawat batu. Alhamdulillah, memang tak nampak parut. Akan lekat parut, tapi inshaAllah akan okay semula. Kalau orang tengok gambar-gambar aku, memang tak percaya bahawa sebenarnya muka aku jenis keluar jerawat batu.


Cara atasi muka breakout disebabkan skincare

Ni ialah kesalahan aku yang paling susah aku nak terima. Aku ni dah la tamak, then tak pandai bersabar pulak tu. Semua nak instant result lepastu cuba segala mak-nenek skincare.
  1. Tukar satu produk dalam satu masa

    Kenapa? Sebab kalau korang pi tukar cleanser, toner, moisturiser dalam satu masa; akan susah nak bezakan apa yang sebabkan kulit korang problem.

    Contoh, kulit korang tak sesuai dengan toner. Tapi korang taktau, sebab semua ni tukar sekaligus padahal cleanser dengan moisturiser okay ja pun. Ni atas nasihat angah aku la, sebab dia selalu tengok aku tukar segala benda dalam satu masa.

  2. Kenalpasti jenis kulit



    Aku ni jenis main pakai ja segala skincare. Memang tak pernah tau pun, setiap jenis cleanser tu ada fungsi untuk lain jenis muka. Serious aku tak pernah tau. Selama ni, aku beli cleanser based on apa yang aku rasa macam best nak feeling-feeling macam dalam TV. =.="

    So disebabkan aku baik hati dan cantik, aku akan list jenis cleanser sesuai dengan skin yang macam mana.

    Jenis cleanser dan jenis kulit (sumber):

    Gel cleanser - untuk deep cleansing dan sesuai untuk jenis kulit berjerawat dan berminyak
    Cream cleanser - lebih gentle dan sesuai untuk kulit yang sensitif dan kering
    Foam cleanser - untuk combination skin / kulit kombinasi
    Oil cleanser - untuk nak buang make-up dan unclog pores
    Clay cleanser - untuk kulit berminyak dan combination skin
    Cleansing bar / sabun muka - untuk kulit kering


  3. Kenalpasti ingredients yang tak sesuai dengan kulit

    Frankly speaking, sampai sekarang aku tak sure kulit aku tak sesuai dengan apa. Tapi yang aku pasti, skin aku sangat tak sesuai dengan chemical. Mula-mula tu, ingat skin aku tak sesuai dengan alcohol ja. Tapi ceritanya, skincare takdak alcohol pun still buatkan muka aku breakout jugak.

    Jadi, setiap kali cuba skincare baru; try untuk kenalpasti adakah kulit ni sensitif dengan apa-apa ingredients atau dak. Tapi disebabkan aku tak sure ingredients apa yang aku sensitif, makanya aku akan cek dekat CosDNA . Cuma masukkan ja skincare apa kita pakai. Then dia akan tunjuk ingredients dalam tu.

    Jadi CosDNA ni akan list setiap ingredients tu selamat atau dak. Dari skala 1 - 10. Kalau warna hijau tu maksudnya selamat. Kalau start warna kuning, still selamat, tapi start warna merah tu maksudnya ingredients tu bahaya. Sekarang, aku memang dah start tak guna any skincare yang ada warna merah disebabkan muka aku tak boleh tolerate chemical. Website ni juga ada list either ingredients tu boleh menyebabkan jerawat atau buat kulit jadi sakit (irritant).

    cara atasi muka breakout disebabkan skincare
    Contoh CosDNA untuk Sukin Cream Cleanser

  4. Tunggu 1-2 miggu untuk hasil

    Sebelum ni, aku jenis okay kena habiskan la satu botol ni walaupun still nampak skin takdak perubahan atau breakout. Sebab aku dok cakap maybe sebab hormone time period, atau maybe purging.

    Apa beza purging dengan breakout?

    Purging ni bila ada jerawat dekat tempat yang memang pernah ada jerawat. Sebab dia akan cuci dalam kulit. Tapi breakout ni jadi bila ada jerawat dekat kawasan muka yang tak pernah-pernah naik jerawat pun.

    Aku pulak dok melengah "oh purging kutt ni" (punya la positif), dan sampai kesudah kulit aku jadi lagi teruk. Minimum bagi masa seminggu, tengok kulit okay tak. Tengok perubahan kulit, kalau tiba-tiba dari kering then jadi berminyak teruk tiba-tiba, tu maksudnya kulit korang tak sesuai dengan skincare tu.

    Ataupun ada tanda-tanda lain macam gatal-gatal muka. Maksudnya memang tak sesuai. So dah tak payah nak tunggu lagi. Just stop guna sebelum jadi lagi teruk.


  5. Guna basic skincare routine ja dulu

    Bila aku cakap basic, maknanya cleanser, toner, moisturiser, sunscreen. Bila kulit memang dah elok, baru add-on skincare lain.

    Kenapa?

    Yelah, basic pun terkapai-kapai then nak tambah AHA, BHA, hyaluronic acid lagi. Memang bahaya. Sebab kalau basic tak strong, bila tambah chemical memang akan lagi problem la kulit tu.


  6. Extra: Jaga skincare routine

    Make sure sebelum tidur, basuh muka and buat skincare routine. Aku pemalas, jadi aku selalu skip tak basuh muka. Then tak habis-habis salahkan "ooo breakout ni sebab tak basuh muka la ni" padahal yang penyebabnya adalah skincare aku yang tak sesuai. 

    Bawah ni aku share skincare routine / skicncare flow / skincare order dari Cuura.






  7. Info tambahan: asingkan tuala mandi dengan tuala muka

    Jangan pernah sekalikan tuala muka dengan tuala mandi. Muka kita sangat lembut, then nanti mix dengan tuala mandi yang penuh dengan bakteria akan jadi lebih teruk.

    Lap muka pun jangan terus lap macam lap badan. Just dab-dab macam tu ja.

Skincare yang aku pakai sekarang?


cara atasi muka breakout disebabkan skincare
Muka sekarang. Tak la perfect, tapi still breakout kalau aku tak cuci muka. Ni memang tanpa make-up dan tak pakai filter.


Ramai jugak tanya, aku pakai skincare apa sekarang. Disclaimer, aku tak jual semua ni. Boleh ja cari dekat Shopee atau dekat any drugstore. Aku nak cerita macam mana aku boleh kenal semua skincare ni, tapi nanti jadi meleret pulak.

Aku tak lah kata semua ni sesuai untuk semua orang. Tapi mungkin ada yang akan tertanya-tanya, apa yang aku pakai sekarang. Nanti aku akan review jela setiap satu, disebabkan aku suka bercerita. HAHA! Ni list skincare yang aku pakai sekarang. Siap link Shopee untuk mudahkan korang in case nak try:

Masa awal tu, aku stop semua skincare yang aku pakai masa tu. And aku beli set Moogoo dekat Shopee dan pakai sekali dengan Sukin toner + Cuura Beauty Oil. Then aku rasa macam aku tak berapa suka dia punya cleanser. Lepastu, aku start pakai Sukin Cream Cleanser. Aku try Sukin cleanser disebabkan toner dia sesuai dengan muka aku. Dan ya, memang aku rasa macam takkan tukar dah cleanser ni. Sangat calming and gentle. Cuma tu lah, dia takdak buih la.

Nota:
-Sukin Cream Cleanser untuk kulit normal ke dry skin. Untuk skincare brand Sukin, memang dia ada tulis siap-siap dekat packaging, cleanser jenis tu sesuai untuk skin type apa.

-Moogoo MSM Moisturiser untuk kulit yang ada eczema (aku takdak eczema), tapi aku pakai sebab dia sangat rich texture,tak melekit dan takdak harmful ingredients.

Fun fact: aku jumpak jenama Moogoo masa dekat Watsons tahun 2014. Time tu still ada jual kat Watsons. Now, dah kena cari dekat farmasi. So sekarang memang aku beli online jela. Time tu, muka aku problem sebab skincare jugak. Muka aku jadi panas, merah dan mengelupas macam terbakar.

Okay tu ja aku nak share. Kalau ada nak tanya apa-apa, feel free untuk komen okay?

Love, XOXO

Post a Comment

0 Comments