Assalamualaikum, hei! Aku betul kecewa la, penat ja jaga muka elok.
Last sekali breakout semula. Dan kali ni, aku
breakout sebab serum Garnier Vitamin C tu. Maka harini, aku akan
bagi review berkenaan Garnier Vitamin C Serum. Aku beli serum ni dekat Shopee dengan harga RM24 plus minus [link Shopee].
Aku macam lega gila, nasib baik aku tak include serum ni dalam
blog post yang sebelum ni. Yang cerita pasal aku breakout then
muka elok balik sebab beberapa skincare tu. Boleh baca
SINI. Sebab time aku tuls blog post tu, aku baru try serum tu 2 hari.
Aku baca la jugak review sebelum ni pasal Garnier serum ni, tapi
semuanya bagi positif feedback. Jadi, aku rasa mungkin serum ni tak
sesuai digunakan untuk sesiapa yang ada kulit sensitif.
Garnier Vitamin C Serum Review
Bau dia wangi, standard macam bau barangan Garnier yang lain la. Sebab ni
bukan first time aku pakai Garnier. Sebelum ni, aku pernah pakai Garnier
compact powder dan Garnier BB Cream. Tapi dua-dua ni okay untuk muka
aku. Jadi, awalnya aku expect serum ni okay jugak la. Rupanya tak
okay. =.="
Oh diingatkan, serum ni claimed bahawa ianya berupaya
untuk cerahkan scar.
Pengalaman guna Garnier Vitamin C Serum
Aku agak letak high expectation tau. Bukan main konsisten aku pakai
setiap pagi dan malam. Dengan mengharapkan bekas-bekas jerawat aku cepat
pudar. Yelah, aku kan malas basuh muka (tambah-tambah time
work from home ni). Jadi, jerawat aku berparti dengan gembiranya
sejak tu. Maka, aku pun konsisten ikut rutin setiap hari. Tapi jadi
sebaliknya.
Kulit aku semakin berminyak, tapi tak lah ketara. Aku try masa 2/8/21, then
aku stop masa 25/8/21. Jadi ada masa dalam 3 minggu. Start minggu ke-2 baru
naik jerawat.
Dalam masa 3 minggu, jerawat aku beranak-pinak sebanyak 6 ketui. Padahal
sebelum ni memang dah clean, cuma tinggal parut ja. Dan yang paling
obvious tak sesuai, sebab jerawat naik bukan kat tempat selalu. T_T
Itulah pentingnya untuk pakai satu produk dalam satu masa; macam yang aku
tulis dalam post sebelum ni.
Jadi siapa lagi yang aku patut salahkan?
Of course la serum Garnier ni! Aku tak salahkan serum ni
penyebab aku breakout. Tapi aku just rasa, muka aku memang tak sesuai
dengan serum ni.
Jadi, aku pun stop pakai serum ni. Elok ja seminggu aku tak pakai,
jerawat aku semakin surut. Ni adalah pilihan bijak yang aku buat. HAHA
Kulit berminyak sesuai tak?
Aku macam tak sarankan oily skin untuk guna serum ni. Sebab
angah aku oily skin, dan jugak tak sesuai dengan kulit dia.
Dry skin sesuai? Maybe. Tapi aku harap yang ada skin problem dan
yang memang jenis tak sesuai dengan bermacam jenis produk untuk hati-hati bila
try serum ni.
Jadi siapa ja yang sesuai dengan serum ni?
Aku rasa, Garnier Serum Vitamin C ni sangat sesuai untuk dry skin atau
normal skin yang memang kurang meragam. Kaktin Nazira cakap, ekstrak
lemon memang kuat sikit. So tak sesuai la kalau jenis kulit kuat meragam tu.
So, aku harap post ni membantu. Try la, mana tau kutt serum ni sesuai untuk kulit korang. ^^
Artikel berkaitan: Cara Atasi Muka Breakout Disebabkan Skincare
Love, XOXO
20 Comments
Awal remaja saya pengguna set Garnier jg. Selapas pwnampakan jeragat n bekas jerawat sukar nak hilnah. Terua stop pakai set garnier ni. Set dr pancuci,serum,day n night cream. Tp kali ni mcm gatal nak try pakai Serum Vit C Booster ni lak. Mana tahu dpt hilangkan bekas jerawat n jeragat yg mula nak membiak ni. Ngisau..
ReplyDeleteNanti dah try, reply feedback terkini tauu. Teringin jugak nak tau serum ni sesuai dengan kulit awak atau tak sesuai jugak ^^
DeleteAwal remaja saya pengguna set Garnier jg. Selapas penampakkan jeragat n bekas jerawat sukar nak hilang. Terus stop pakai set garnier ni. Set dr pancuci,serum,day n night cream. Tp kali ni mcm gatal nak try pakai Serum Vit C Booster ni lak. Mana tahu dpt hilangkan bekas jerawat n jeragat yg mula nak membiak ni. Ngisau..
ReplyDeleteSaya pun baru pakai set serum boster vitamin c ni... Selepas 2 x sapu kat muka.. Terus muka jd bengkak dan merah.. Saya x pasti apa kandungannya yg menyebabkan alergik utk kulit muka saya.. Walhal klau. Pencuci. Ke Serum cream ganier pun ok je saya pakai.. Ini percubaan kali ke 2 saya cuba.. Tp x sesuai juga utk kulit saya akhirnya... Sekadar berkongsi.....
ReplyDeleteBetul. Tu macam amaze jugak buka ramai yang cakap okay dengan kulit. Maybe kulit kita jenis terpilih yang special 😅
DeleteHi, sy pun baru try serum ni. Ada allergic reaction. Bangun pagi muka merah,bengkak , area mata pun sama bengkak, pedih mcm kena cucuk2. Dua tiga hari juga amik masa nak hilang.
Deletesaya memang dah pakai garnier sejak darjah 6 sekarang dah 18 tahun so far semua okey je sebab dia just kena consistent that's why saya tak tukar produk lain sbb takut tak sesuai.ni baru saya nak try serum dia dah pakai okay jee muka shining and parut hilang!
ReplyDeleteBestnyaaa kalau kulit sesuai. Tak payah susah nak try brand lain dah
Deletesaya nak tanya kenapa serum yang awak beli like murah sangat ? sebab saya beli jugak serum ni and harga dia rm 50 something macamtu ? saya beli dekat Watson . no hate tapi yang awak beli original tak since kalau serum ni sesuai dengan muka saya ,, saya boleh beli guna link shopee awak ,,, seriously no hate , thank youu
ReplyDeleteHi sis, serum ni botol dia ada 2 size. 50ml dan 30ml. Kalau yang RM50 tu untuk 50ml. Kalau 30ml, boleh dapat around RM20+ je kalau kat Watsons, just kena beli time promo la tapi
Deletesaya baru beli minggu ni. 1st time pakai, esok muka mmg glowing. Ni dh masuk hari ke-3. everytime pakai rasa pedih sgt & gatal. sbb tu decide try baca feedback org lain. rasanya nk stop pakai dah. maybe kulit tk sesuai huhu.
ReplyDeleteBetul, seronok sangat bila tengok orang lain pakai. Tapi bila kita try, tak menjadi pulak untuk kulit kita
DeleteSaya beli di watson serum vit c 30x. area mata jadi bengkak dan alergik.. tak sesuai dgn saya agaknya. Seminggu juga nk surut bengkak ni. 🥹🥹
ReplyDeleteYa, mungkin tak sesuai tuu. Should be okay ja kalau sesuai dengan kulit
DeleteWaah, jadi ragu mau nerusin pake garnier nih...
ReplyDeleteBoleh try-try dulu HAHA
DeleteSebab geram sangat, kena juga bagi review!
ReplyDeletePenat jaga muka sampai muka selembut bayi! Tak de jerawat, takde menggerutu2 pun. Setakat ada pigmentation je. cuba guna garnier serum ni sebab katanya boleh pudarkan pigmentation (walaupun sebenarnya dah tahu yg garnier tak boleh pakai) tapi percaya gak sebab hype sgt. Minggu 1st pakai, dah start ada jerawat nasi yang sebelum ni tak ada pun sebab saya rajin basuh muka. Basuh muka pakai dua jenis pencuci muka pula tu! Satu pencuci biasa, satu lagi pencuci muka contain niacinamide! Muka memang auto selembut bayi! Nak kata sisa makeup tu, susah sgt nak ada sebab mmg tak ada pun whitehead / blackhead yg menapak dkt muka.
Mula minggu kedua (Hari ini), muka menggerutu sangat. Sampaikan masa cuci muka, dpt rasa seluruh muka menggerutu. Saya tak ada jerawat sebab penggunaan pencuci muka yg bagus sgt2. Boleh kata dah bertahun susah saya nak ada jerawat sebanyak ini! masa cuci muka, muka rasa pedih. Masuk bilik terus sembur sallicylic acid sebab terlalu pedih dengan harapan it will cure the burning sensation and at least stopwhat is happening inside my skin. Tepi hidung saya juga kemerahan dan pedih. Whitehead naik which is tak pernah naik dah lepas saya buat laser 3tahun lepas.
Dissappointed sgt2 sebab muka yang saya.konsisten jaga jadi macam ni.
Aduhai... Nak mula balik dari zero untuk sembuhkan kulit muka mungkin ambil masa lama dan duit yg banyak. 🤦🤦🤦🤦🤦
Hi awk semua..since korang da share pasal serum garnier ni... Sy nk share jg.
ReplyDeletePertama kali sy beli sbb terpengaruh dgn iklan jg...kata best. Masa tu sy tgh guna skincare lain .Mary kay. Memandangkn serum MK tgh guna da abis...sy trs continue rutin hari sy guna serum garnier tanpa rehatkn muka. Mula2 mmg rasa best glowing tp agak berminyak .sy rasa sbb pakai banyak. Oh ya muka sy combination skin . Tetapi slps 5minit rasa gatal2 sangat muka ..sy basuh muka trs. Tp masa tu masih teruskn jg guna dgn harapan pegang ayat perlu konsisten. Tapi penggunaan hari sy jarakkan ..tetap xjadi. Tetap pedih ..oh ya masa tu beli kat shopee.bila keadaan xok ..sy stop berbulan lamanya xguna apa2 serum. Sy just guna toner Artistry Amway .mmg best sbb muka segar dan lembap. Sehinggalah selepas 5 bulan ..muka sy tb2 ada jeragat sy xpernah ada jeragat..tp mgkin faktor usia sy dpt la setompok kecil jeragat ttpi sangat mengganggu krn xbole cover guna foundation . Then .sy g guardian .cari2 serum .last2 terambil juga la serum garnier ni ...alahai rasa menyesal jg lps tu sbb botol pertama xabis lg..dah beli lagi dan risau gatal lagi mcm dlu. Tp kali ni sy berhati2 .sy stop semua jenis skincare sy guna lbh dr 2minggu..just basuh guna air dan kdg2 saja pencuci garnier. Selepas 2mgu lbh .sy apply semula serum garnier ni .tp sangat2 nipis..ibarat 2 3 titik yg amat sedikit saja...utk permulaan dan elak muka terkejut sbb bahan dlm serum ni kuat..dan alhamdulillah...beri kesan baik .xgatal da. Since da xrasa gatal .sy beli mask malam garnier. Sy selang seli guna 2 3 kali smgu. Alhamdulillah ..jeragat tu pudar tau....dan muka saya semakin cerah..glowing dan lembap. Sy konsisten sehingga 2minggu..dan hasil semakin baik. Kemudian sy pelan2 tambah guna sunscreen..dan kulit semakin baik .
Di sini apa sy nak tambah..sy ambil serum sy beli d shopee muka gatal ..sy basuh. Dan sy guna serum beli dari guardian .muka sy ok. So sy xpasti samada d shopee tu ok ke x. Sbb bila guna mmg xok . Dan juga sy stop guna 2 mgu sbb kwn sy beritahu klu tukar skincare yg da lama kpd baru guna better stop lebih 2 mgu...dan bila guna just nice saja .jgn banyak..bila da serasi baru la tambah apa2 skincare yg biasa kt dah guna tu semula. Mmg benar petua kawan sy tu. So sy harap korang bole cuba ..skrg muka sy puas hati sgt..suka tgk glowing..
Mmg best serum ni. Oh ye muka sy kulit sensetif juga tau. So kena hati2 bila nk tukar produk..jgn bagi muka kita takazut sgt apatah lg produk tu ada bahan kuat. Dan kena sabar..trust da' process oke....bye korang...
kak, serumnya aman nggak ya buat ibu hamil?
ReplyDeleteSaya kira penggunaan serum ini sangat aman untuk ibu hamil,,,,terimakasih artikel yang sangat bermanfaat ini
ReplyDelete