5 Sebab Anda Perlu Guna Face Oil

perlu guna face oil


Assalamualaikum.

Harini Tinsyaz.Com akan bercerita berkenaan face oil dan sebab kenapa korang perlu guna face oil dalam skin routine setiap hari.

First time gunakan face oil around 3 tahun yang lalu. Brand pertama face oil yang digunakan adalah dari jenama Cuura. Memang best produk-produk Cuura, inshaAllah next time akan tulis review berkenaan skincare Cuura.

Kenapa Anda Perlu Guna Face Oil?

perlu guna face oil


Sebelum tu, jom kita kenal apa itu face oil. Face oil ialah minyak yang dicipta khas untuk bagi moisture atau kelembapan pada kulit dan untuk lock hydration. Selalunya, face oil ni dicipta dengan campuran beberapa minyak dari tumbuhan seperti Virgin Coconut Oil, Moringa Oil, Black Seed Oil, Jojoba Oil, serta lain-lain oil lagi. Fungsi semua minyak di dalam face oil ni adalah untuk melembutkan kulit, nourist kita punya kulit serta buatkan kulit kita nampak sihat.


Selalu jugak orang beranggapan bahawa orang yang ada kulit berminyak dan berjerawat ni tak sesuai pakai face oil. Tapi sebenarnya face oil ni bukan hanya diciptakan untuk kulit yang kering. Jadi maknanya, semua jenis kulit sesuai untuk pakai face oil dalam rutin harian.

6 Sebab Anda Perlu Guna Face Oil

Disini Tinsyaz.Com akan senaraikan sebab kenapa anda perlu masukkan face oil ke dalam skin routine.

1. Face oil mampu seals moisture dan tambahkan khasiat tambahan untuk kulit.

use face oil


Semua jenis kulit boleh gunakan face oil, tambah-tambah untuk yang ada kulit kering atau dry skin. Face oil jugak dapat boost kulit punya kelembapan dan hydrate kulit supaya nampak lebih sihat.

Macam mana cara pakai face oil?

Caranya senang ja. Selalunya kita akan pakai face oil lepas pakai moisturizer supaya dapat seal semua skincare yang kita pakai awal tu. Kiranya ni step terakhir untuk skincare routine.


Untuk yang ada dry skin, boleh pakai face oil time pagi dan malam. Tapi in case ada oily skin atau kulit berminyak, anda boleh try pakai masa malam ja. Yang ni bergantung dekat diri sendiri. Macam saya sendiri, kalau rasa kulit kering tu, memang akan pakai 2x sehari la.

2. Dapat buatkan kulit glowing. 

cara buat kulit glowing

Yang bestnya, face oil pun dapat buat kulit muka glowing. Selalunya ramai sangat yang nak tau cara untuk buat kulit muka glowing. Tapi glowing guna face oil ni bukan glowing yang bagi cerah sampai nampak putih merah then nampak urat kat muka tu. Yang tu scary sangat.

Face oil dapat buat kulit muka glowing dengan buatkan kulit nampak lebih sihat dan bermaya. Kadang-kadang kulit akan nampak kusam bila semakin bertambah umur. Situasi ni terjadi sebab semakin bertambah usia, kulit akan makin kurang produce natural oil. 


Selain tu, kulit kusam ni terjadi bila kulit tak cukup air (dehydrated), tak cukup tidur dan bila kita tak selalu exfoliate muka kita (aku la tu yang malas nak exfoliate tu).

So bila pakai face oil ni, dia akan buat kulit kita cepat glowing tanpa perlu pakai highlight pun.

3. Bantu untuk mudahkan sapuan foundation.

Yang ni tau masa tengok Tiktok dulu. Baru tau yang kita boleh add-on face oil dalam foundation supaya lebih senang nak sapu pada muka.

Caranya ialah pakai face oil sebelum pakai concealer atau liquid foundation. Tips ni sesuai untuk sesiapa yang ada kulit yang kering dan flaky skin, then susah nak pakai makeup. So bila add-on facial oil, akan jadi lebih senang untuk buatkan muka nampak flawless dan kurang bercapuk.

Yang ni pernah try sendiri masa bertunang dulu. But then, memang terus mix facial oil ni dengan foundation. Seriously akan nampak foundation tu lebih cantik and berkilat yang nampak neutral. Bila apply kat muka, rasa konfius pulak ni bidadari mana.

4. Face oil dapat lindungi kulit kita
Selain tu, face oil dapat protect kita punya skin. Bila kita apply dalam step terakhir skincare routine masa pagi, ianya akan jadi barrier untuk kulit kita.

5. Ada anti-oxidant properties.

antioxidant


Yang ni bergantung kepada face oil apa yang korang pilih la. Setiap face oil ni ingredient dia lain, so depends kepada jenis oil apa yang ada dalam face oil tu. 

Face oil ni juga baik untuk anti-aging. Menurut Loreal Paris USA, face oil dapat protect kulit kita dari free radical effect seperti kehilangan elasticity kulit dan photoaging.

P/s: Yang ni scary k, memang rasa pilihan bijak la pakai face oil. Patut la orang nampak iolls muda macam umur 21.


Extra

Untuk yang takut sangat face oil ni dapat buatkan clog pores, jangan risau. Kalau ikutnya, right amount face oil takkan buatkan kulit clogging.

In case risau jugak, boleh cari non-comedogenic face oil untuk elakkan clog pores.

So kalau berminat nak cari face oil, recomended sangat Cuura Pure Beauty Oil ni. Boleh klik sini untuk link Shopee, http://bit.ly/3RQr6sZ. Atau boleh baca review disini, https://www.tinsyaz.com/2022/02/review-cuura-pure-beauty-oil.html

Artikel berkaitan: Review Cuura Pure Beauty Oil



Love, XOXO



Post a Comment

0 Comments