Assalamualaikum,
Actually post pasal website baju nikah pengantin online Malaysia ni tak
pernah terlintas dalam otak aku pun untuk ditulis.
Tapi memandangkan aku dengan suami agak struggle untuk cari baju nikah online,
maka kali ni aku akan tolong listkan untuk korang. Sebenarnya, agak tough
jugak la kalau nak nikah masa PKP ni.
Dah la kedai banyak tutup, then cincin
pun tak boleh cari. Tadi pun baru ja beli cincin online XD Macam tak sangka,
segala benda beli online. (perenggan ni ditulis around bulan Ogos 2021)
Awal tu aku pun rasa nak sewa baju nikah jugak. Sekali aku tanya kat satu
butik tu, dia cakap set lelaki + perempuan RM1,800. Terus aku dengan Jon plan
nak beli online jelah.
Mak aku macam bising jugak la. Dah la nikah ni sekali, main taram ja beli baju
online. Tapi bagi aku pulak, aku jenis malas nak jalan sini-sana survey baju.
Kalau kat online ni, boleh tengok lebih banyak pilihan. Plus harga dia lebih
rendah berbanding dekat butik. Nak pakai sekali ja pun...
Website Baju Nikah Pengantin Online Malaysia
So, kali ini ialah posting berkenaan baju nikah online yang ready made / ready
to wear (RTW).
Jujur, memang siap search brides series baju pengantin la, baju pengantin
online, baju nikah online, baju nikah siap pasang semata-mata nak cari yang
berkenan dimana.
So senarai ni bukanlah bermaksud ranking atau rating.
Pilihan pertama sebenarnya nak beli dekat
Minimalace. Sadly, banyak sold out la pulak. Just ada baju lelaki ja, tu pun ada satu
pilihan (time tu).
Dekat website ni, ada jual sekali dengan baju pengantin lelaki, veil, crown.
So sangat senang kalau jenis yang nak beli dekat satu tempat ja tanpa nak
tengok-tengok pilihan dekat website lain.
Pilihan kedua masa tu dekat
Hijabistahub. Cumanya, banyak pilihan dress ja. Aku pulak jenis yang nak baju kebaya
moden takpun peplum labuh.
Antara sebab dress bukanlah jadi pilihan untuk pakai masa akad - aku rasa
macam over sangat dia punya flowy yang akan menampakkan badan aku lebih besar
dan gelebeh.
Tapi tengok orang lain pakai cantik ja terletak elok. Jadi aku conclude bahawa
tak sesuai dengan aku sebabnya tinggi tapi badan kecik jenis keding. Sebab tu
nampak tak elok. =.="
Website ni pun ada jual baju lelaki, crown, heels dan veil.
Then aku pun jumpak baju ni cantik jugak, tapi labuh dia baju kurung
Pahang and warna dia pure white.
Cuma tu lah, baju kurung Pahang ni tak sesuai sangat untuk orang yang
kurus tinggi macam aku. So agak reject jugak la, sebab dia macam kembang
kat tepi macam tu and tak berapa labuh.
Tapi dekat
Syima Boutique
ni ada lebih banyak pilihan warna berbanding website baju pengantin lain
yang lebih utamakan akad series warna pure white ataupun off white.
Wanzar
pun antara pilihan pertama aku untuk beli baju nikah. Cuma tu lah, time
haritu memang banyak betul yang dah sold out.
Sebenarnya tau pasal brand ni sebab Farah Hannan kahwin pakai baju dari
Wanzar. Memang nampak simple tapi sangat
sweet and nice ja.
Sejujurnya aku cakap, baju nikah kat sini sangat nampak simple tapi nice.
Harga pun range dalam RM350 ke bawah macam tu.
Last sekali, aku beli baju nikah dekat sini. Memang rasa bertuah betui
jumpak website
Dreamyza
ni. Memang betul fit dengan aku punya taste.
Baju nikah dia mostly warna off-white, fit dan labuh. Sebab tu la angah
aku pun beli dari website ni jugak.
Aku beli size S sebab time tu dah memang stok nyawa ikan dah. Tanpa
berfikir panjang ya gais, then baru sedar yang model ni pun pakai size
XS.
Jadi seminggu sebelum nikah, aku pi alter baju nikah ni.
Aku beli yang ni:
On me
Untuk yang cari baju pengantin jenis kebarung, boleh try cari dekat
website
Myravallyn. Tapi kat sini tak ada terlalu banyak pilihan dan design dia boleh
kata agak simple.
Cuma tu lah, tak kena dengan taste aku since aku cari yang jenis
simple ada lace sikit-sikit ja.
Sejujurnya, aku tak jumpak website ni masa cari baju nikah haritu.
Tapi tadi cari, nampak ada website baru la.
Aku boleh describe baju kahwin kat sini lebih kepada dress yang VIP
pi makan-makan tapi plain. But still sesuai untuk buat jadi baju
nikah.
Aku memang cari website Rico Rinaldi sebab nampak dia aktif dengan
Tiktok and Twitter. Design baju nikah pun simple, tapi tu lah.
Budget lari sangat-sangat dah ni.
Menangis tengok harga dia (setidaknya untuk marhaen macam aku) T_T
Baju dekat
ICAHFA ni lebih
kepada baju kurung moden sebenarnya. Tapi nampak juga ada yang buat
untuk jadi baju tunang atau baju nikah.
Cumanya, dekat ICAHFA ni sangat senang sold out tambah-tambah kalau
dia punya bride series. Walaupun nampak simple ja baju dia, tapi
harga boleh tahan ya.
Gambar kahwin Tinsyaz x Jon
Baju pengantin perempuan: Dreamyza Premier [
Link]
Baju pengantin lelaki & sampin: Songket Dunia [
Link Shopee]
Bunga Tangan:
buat sendiri, bunga beli dekat Rainbow Hantaran
All the best and semoga dipermudahkan urusan untuk semua yang
bakal berkahwin!
4 Comments
Hi sis nak tanya, baju nikah lelaki dgn perempuan tu kan sis beli brand lain lain kan. Warna off white nya sama je kan tak lari?
ReplyDeleteHi sis, warna agak beza jugak tu. Tapi kalau lighting okay, memang nampak matching. Baju lelaki agak nak ke putih sikit, tapi baju perempuan nak ke cream.
DeleteGreat readiing this
ReplyDeleteBaju Kurung Murah, Baju Kurung Fashion, Malay Traditional Dresses, Murah Baju, Sale Now, Offer – The Baju Kurung Kedah is a charming traditional Malay outfit that stands out for its simplicity and comfort. Originating from the Kedah region, this style features a shorter, boxy top with three-quarter sleeves and is paired with a long skirt, usually in a sarong style. Ideal for hot weather, the Baju Kurung Kedah is perfect for both casual and formal occasions. With its relaxed fit and timeless look, it’s an essential part of Malay heritage, now available at affordable prices for those seeking both tradition and style.
ReplyDelete