Assalamualaikum.
Di pagi yang indah ni, rasa terbuka hati nak terangkan tentang skop kerja
digital marketing yang ramai salah faham terutama sekali oleh orang sekeliling
dan majikan. Kalau nak ikut skop kerja digital marketing kat Malaysia ni,
memang penat! Sebab majikan sendiri tak pasti apa sebenarnya skop kerja dan
masukkan semua kerja terus atas bahu digital marketer.
Skop Kerja dan Tugas Digital Marketing
Pertama sekali, nak highlightkan yang 3 tugas di bawah ini antara tugas
utama digital marketer. Tapi banyak company yang asingkan semua tugas ni
supaya setiap pekerja dapat handle tugas masing-masing dengan lebih
effective.
1. Social Media Coordinator
Yang ni role paling umum untuk sesiapa ja yang ada dalam digital marketing. Lebih umum dikenali sebagai Social Media Manager. Tapi nama ja social media manager. Bukanlah bermaksud dia level manager dalam
company tu pun.
(Pernah terbaca kat Twitter claim umur 22 tahun dah jadi manager.
Rupanya...)
Tugas utama social media manager / coordinator ni ialah untuk uruskan segala medium social
media yang ada. Paling umum, Facebook & Instagram. Cara nak uruskan ialah
dengan buat posting di media social atau reply segala komen dan mesej yang ada
di page.
Sebab tu kadang-kadang ada ja company yang nakkan role ni setidaknya ada skill
untuk menulis, design takpun boleh edit video sikit-sikit.
Nama lain: community manager, multimedia communication specialist
2. Performance Marketer
Untuk performance marketer pulak, tugasnya lebih kepada uruskan kempen di
social media. Antara kempen yang dimaksudkan tu macam Facebook Ads, Google Ads
dan apa ja yang libatkan duit.
Bagi performance marketer, Facebook Ads ni kira memang makanan harian dia
la. Segala teknik AIDA, SSS, funnel bulding, A/B testing etc semua ni memang
level kacang ja. Untuk performance marketer, nampak ja senang tapi banyak yang
nak kena dikaji sebelum buat apa-apa ads.
Sebagai contoh, kena kaji jenis kempen apa nak buat, siapa target market,
copywriting macam mana yang berkesan etc. Berbeza dengan social media manager,
kebanyakannya memang lebih kepada penghasilan content (yang kadang-kadang nak
buat brand awareness ataupun penghasilan general content yang tak perlukan
research yang lebih mendalam, lebih kepada social media management).
Bagi performance marketer, setiap langkah yang dia buat akan bagi effect
kepada duit. Silap sikit, duit jadi taruhan. Cuba imagine, satu ayat atas di
ads ja dapat pengharuhi samada customer akan klik atau skip ads tu.
Selain tu, performance marketer ni juga yang akan setting GTM dan tools untuk
track segala activity yang berlaku yang boleh menjurus kepada sale. Ni antara
sebab performce marketer at least kena tau cara untuk setting di website.
Then, performance marketer jugak boleh jadi in charge untuk lead generation.
Lead generation ni apa saja yang libatkan penggunaan detail customer macam
untuk SMS blasting, email marketing, re-targeting.
Jadi, ni antara sebab kenapa gaji performance marketer agak tinggi.
Nama lain: Digital marketing strategist, digital marketing specialist
3. SEO / SEM & Copywriter
Untuk SEO / SEM pulak lebih kepada penghasilan content. Copywriter tu ialah
orang yang menulis content. Kadang-kadang, ada juga company yang gunakan orang
yang sama untuk tulis semua content yang ada di semua media sosial.
Sebab tu cakap, 3 role utama ni selalunya akan mix ja sebab kerjanya nampak
lebih kurang sama (padahal hanya digital marketer ja yang tau).
Jadi pertama sekali, kena tau dulu apa itu
SEO dan SEM?
SEO ialah Search Engine Optimisation. SEM ialah Search Engine Monitisation.
Selalunya orang yang sama akan handle SEO dan SEM ni sebab tujuan dia sama
cuma caranya berbeza. SEO lebih kepada long term investment dan SEM ni short
term investment.
SEO
Search Engine Optimisation ni ialah cara untuk kita optimakan website kita
supaya dapat muncul di halaman pertama Google secara organik (tanpa gunakan
duit). Halaman pertama Google juga turut dikenali sebagai search engine
ranking page (SERP).
Antara skop kerja umum SEO yang orang tahu:
- Tulis content yang dapat buatkan orang klik artikel tu
- Optimize the content
- Keyword research
- Link bulding
- Content planning
- White hat / black hat strategy
Tapi ni tak bermaksud kerja dia sekadar buat content. Site speed, domain
authority pun akan pengaruhi cepat atau lambat website nak rank, juga
beberapa teknikal isu yang lain. Jadi person-in-charge SEO ni lah yang akan
adjust semua error yang berlaku seperti redirection, link
broken dan sebagainya.
Selain itu, untuk website yang baru juga ada macam-macam setting yang nak kena
dibuat untuk monitor content performance. Jadi yang uruskan SEO ni yang akan
buat semua setting dan update tools yang berkaitan untuk pastikan website
boleh monitor dan rank dengan lebih cepat.
Ada yang tanya, kenapa SEO selalunya dibayar dengan harga tinggi sama macam
performance marketer?
Jawapan dia ialah sebab satu artikel yang dihasilkan tu boleh bertahan lama di
sesebuah website dan boleh generate sale hanya dengan satu artikel tu saja.
Cuba bayangkan, artikel yang aku tulis 9 tahun lepas masih ada di page pertama
Google dan konsisten sejak tahun pertama (2013). Dan aku tak gunakan 1 sen pun
untuk buatkan artikel tu berada di page pertama. Setakat ni dah 73K pembaca yang
rujuk artikel yang dimaksudkan.
Ni pulak ialah hasil yang dapat setelah aku buat SEO di website tempat
kerja. Memang start from scratch sejak Covid-19 strike:
Data dari GSC
Data dari SEMrush
Itulah sebab kenapa SEO ni dipanggil sebagai long term investment. Cuma tu
lah, tak ramai yang dapat sabar untuk tengok hasil. Untuk SEO, hasilnya akan nampak at least selepas 6
bulan.
SEM
Search Engine Monitisation pula ialah cara ranking di SERP dengan cara
berbayar. Iaitu dengan guna Goolge Ads.
Contoh Google Ads. Dia ada tulis Ad kat tepi kiri tu
Ni la sebab kenapa brand selalunya letakkan keyword brand sendiri. Kita
search Oxwhite, tapi ada website lain nak sailang gunakan keyword brand tu.
Untuk SEM, banyak kena tau dan faham pasal keyword research dan
teknik-teknik untuk buat ads tu sendiri. Sebabnya, sangat senang nak
habiskan duit guna Google Ads. Silap keyword sikit, dah boleh telan duit.
Bayangkan, kita boleh habiskan RM100 dalam masa 1 jam dengan Google Ads.
Jadi sangat bahaya kalau silap teknik.
Sebagai contoh, nak search pasal motor (motosikal). Tapi yang keluar ads nanti pasal
website yang
jual motor dalam komponen enjin tu.
Kalau orang klik kat ads tu maka tak
pasal-pasal dah habis duit padahal niat nak cari motosikal. Ni salah satu akibat bila tak guna teknik yang betul untuk letakkan keyword; terlalu general.
Kenapa Penting Untuk Buat SEO / SEM?
Selalunya,
netizen (tanpa knowledge IT / Website) akan terus klik apa saja carian yang
akan keluar di atas sekali.
Tu la sebab pentingnya untuk buat SEO dan SEM. Cuma, SEM ni strategi jangka
pendek dengan cara lagi cepat untuk ada di atas sekali halaman pertama
Google.
Fun fact: Google tak ada buat servis berbayar untuk bagi website berada SERP.
Apapun cara, kena bersabar guna SEO atau belanjakan duit guna SEM ja.
Nama lain: SEO strategist, SEO content writer, SEO blogger, SEM specialist
Combine 3 kerja untuk satu tugas?
Selalunya combine 2 kerja. Antara no 1 dan 2 atau 1 dan 3. Kalau company
kecik, maybe semua tu 1 orang ja yang buat.
Kalau setakat setting then monitor tu, boleh la combine job no 2 dan 3. Tapi
kalau no 1 pun kena handle, memang sakit jugak la. Tambah kalau kerja yang
dekat bawah ni pun tiba-tiba jadi part of skop kerja.
Salah Faham Terhadap Kerja Digital Marketing
Macam tajuk kat atas, ramai yang still ada salah faham dengan jobscope
digital marketing. Sebab kerja ni nampaknya sangat general dan buatkan orang
tak dapat nak bezakan.
Ni yang jadi penyebab kenapa role digital marketing ni akan terpaksa
buat banyak kerja dalam 1 masa. Tapi still, dibayar dengan gaji yang
sama walaupun merangkumi lebih banyak skop kerja dari yang
sepatutnya.
Customer Service
Kan digital marketing pun buat social media manager. Which is perlu reply
komen dan mesej customer. Tapi kalau ikutnya, tu hanya untuk customer di
media sosial saja.
Cuma, ada majikan yang ambil kesempatan untuk buatkan korang perlu reply
WhatsApp, jawab call dan terima aduan pelanggan. Dimana, ianya turut menjadikan korang sebagai customer service.
Graphic Designer
Seperti perenggan awal tadi, majikan akan nak social media manager yang
boleh design. Pada awalnnya, korang mungkin design untuk posting social
media dan apa-apa design digital untuk website.
Tapi lama kelamaan, korang akan diberi tugas tambahan sebagai graphic
designer. Tugas korang bukan setakat design graphic di sosial media, tapi korang jugak
boleh ja diminta untuk design flyer, bunting, banner, streamer dan macam-macam
lagi yang libatkan design.
Videographer
Ingat tak perenggan atas sekali pasal edit video tu? Ya, asalnya mungkin
korang cuma perlu edit video biasa-biasa yang berkaitan.
Tapi lama-kelamaan, korang secara tiba-tiba akan jadi videographer dan kena
pi event untuk rekod live. Padahal secara logiknya, live tu boleh ja orang
lain rekodkan pun. *sigh
Ataupun mungkin jugak, korang perlu tiba-tiba buat video Tiktok disebabkan
company lain dah mula untuk famous di Tiktok.
E-commerce (Urus Shopee, Lazada)
Selain tu, ni salah faham yang paling famous untuk golongan digital marketing. Katanya
kerjanya ialah dengan handle produk di Shopee, Lazada atau di marketplace
lain.
Kalau nasib tak baik, korang jugak yang in-charge untuk packing dan hantar
semua parcel tu sendiri tanpa diberi sebarang komisyen.
Nampak kan berapa banyak role yang akhirnya pass ke digital marketing walaupun
sebenarnya semua kerja tu adalah jobscope position lain.
Tu baru yang nampak dan dapat classify. Tak termasuk lagi tugas-tugas lain
yang department lain pun pernah kena buat (tugas general).
Berapa Gaji Digital Marketing di Malaysia?
Current rate untuk gaji digital marketing di Malaysia buat masa sekarang
RM2,700 untuk starting. Tapi kalau company besar, at least starting around
RM3,000 - RM5,000 jugak. Ni gaji kalau betul la company tu hire position
marketing tau, bukan yang e-commerce tu.
Kadang-kadang sedih sebenarnya bila tengok position digital marketing tapi
bayar rate RM1,800. Then bila semak skop kerja, rupanya position tu sepatutnya
bukan diletakkan nama digital marketing pun.
Key Takeaways
Sebenarnya, orang yang buat semua kerja ni akan dapat lebih banyak pengalaman.
Tapi ingat, biar berbaloi dengan apa yang dibayar. Kadang-kadang korang
mungkin rasa yang korang power SEO, rupanya bila try then baru korang realised yang lagi hebat
sebagai performance marketer.
Tapi kena ingat, kebanyakan tempat hanya akan squeeze skill yang korang ada
selagi boleh. Benda ni normal kalau untuk company kecik. Cuma kalau company
besar pun buat macam ni, ternyata korang dah dipergunakan.
Setakat ni ja rant berkenaan skop kerja dan tugas digital marketing. Kalau ada
yang nak share pengalaman, nak tambah atau nak tanya apa-apa, feel free to comment okayy!
XOXO
8 Comments
nak tanya, saya tgh nk hire digital marketing , position tu blmpernah ada dlm company, still nk bg basic mcm u nyatakan tu k? kalau dia tak berikan goodperformance mcmana , n how long nk blh tgk dia punya prestasi ok?
ReplyDeleteYang ni berdasarkan pengalaman saya. Selalunya kalau belum pernah ada position tu, boleh ja start dengan hire social media manager untuk buat marketing biasa ja dulu (yang nombor 1). Rate lebih rendah, around RM1,500 - RM2,000 macam tu. Dari situ, boleh tengok dia pandai buat apa macam pandai setting website tak, html macam mana. Slow-slow boleh naikkan gaji ikut market rate kalau dia start buat ads untuk company, buat SEO. Sebab dia dah buat lebih dari yang sepatutnya untuk skop kerja basic. Performance boleh tengok berdasarkan like di FB macam mana, ramai komen tak, bisnes ada impak tak sejak ambil dia bekerja. Dalam masa 3 bulan boleh tengok dah sebenarnya.
DeleteKalau ambil yang dah ada experience, boleh tengok performance dia sebelum ni. Mesti akan tunjuk portfolio and Cik Puan boleh naikkan gaji berdasarkan gaji yang lepas.
nak tanya, untuk SEO tu macam mana nak buat ye?
ReplyDeleteUntuk SEO, cara paling senang nak buat dengan cara tulis artikel. Tapi sebelum nak tulis tu, kena la buat survey dulu artikel macam mana yang orang akan baca, berbaloi tak tulis pasal tu. Dari segi teknikal pulak, lebih kepada lakukan website, decide pasal structure website, dapatkan link dari website lain
DeleteGood write up Tinsyaz! Digital marketing mmg penting, walaupun mgkn lmbt sikit baru nmpk hasil/ROI. Biasanya kalau bisnes kecik2, owner la yg handle bab ni, kan.... tpaksa multi-skilled, hihihi.
ReplyDeleteBetul tu, cuma untuk company kecik, nak nampakkan role ni penting memang cukup susah. Sebab ramai majikan yang nak all rounder person tapi bayar untuk satu kerja je. 😅
Deleteadakah betul kite sebagai perkerja kena buat semua itu seorang diri ?
ReplyDeleteKalau untuk company kecik atau startup, sangat normal untuk buat sorang diri. Tapi bergantung kepada awak punya job description masa sign agreement kerja samada dah specify semua kerja tu ataupun tak.
DeleteCuma cons dia ialah awak akan buat semua kerja dan tak boleh fokus untuk grow sampai betul pro.