Assalamualaikum.
Nak naikkan followers Instagram ni bukan mudah. Memang perlukan usaha dan masa
untuk dapatkan follower yang berkualiti. Nak membina trust untuk nampak
dipercayai tu memang memakan masa. Sebab itu pada kali ni, kami akan kongsi 7
Cara Naikkan Followers Instagram di Malaysia dengan mudah.
Cara Naikkan Followers Instagram di Malaysia
Pertama sekali, anda kena tahu dulu siapa target audiens yang membeli di Instagram. Selalunya, pembeli Instagram berada dalam lingkungan umur 18-30. Senang kata, kebanyakan golongan muda lebih suka membeli di Instagram.
Jadi, teknik yang perlu digunakan untuk menarik golongan muda sedikit berbeza berbanding teknik yang dapat digunakan di platform social media yang lain.
1. Optimumkan penggunaan akaun Instagram anda
Sebagai permulaan, optimumkan akaun Instagram anda. Sebagai contoh, boleh isi
semua maklumat yang ada di profile berkenaan diri atau bisnes anda.
[Kredit]
Pastikan anda masukkan maklumat di bio, caption setiap gambar, guanakn
username yang berkaitan dan profile image yang melambangkan siapa anda atau
apa bisnes yang anda buat.
Dengan cara ini, anda dapat membina brand identity yang dapat membuatkan
audience tahu profile Instagram ni digunakan untuk apa. Jika anda ada website,
masukkan link website supaya anda boleh dapat traffic ke website melalui
Instagram.
2. Gunakan Instagram for Business
[Kredit]
Kalau ada yang belum tahu, sebenarnya Instagram mempunyai 2 jenis akaun iaitu
akaun biasa dan akaun bisnes.
Bagi mereka yang nak naikkan followers di Instagram, lebih digalakkan untuk
pilih akaun bisnes supaya dapat lihat tab 'insight' di dashboard Instagram.
Dari tab insight ni, anda akan dapat lihat statistik dan graf performance
akaun bisnes selama ni. Dari situ, anda boleh kenalpasti post atau story macam
mana yang ramai audience suka. So, korang boleh la buat content yang lebih
kurang sama macam tu.
3. Gunakan Booster Like Follower Social Media dari DZStore.my
Jika anda mahu cara paling mudah untuk dapatkan followers, anda boleh gunakan
servis booster like follower dari DZStore.my.
Kadangkala, anda tak ada masa yang banyak untuk naikkan organic followers.
Jadi, ini langkah paling mudah dan cepat untuk anda bina trust dari bakal
pelanggan anda.
[Kredit]
Selalunya, servis booster like ni sangat diperlukan oleh student bila
melibatkan assignment yang diberi markah berdasarkan bilangan like. Tapi, itu
tak bermaksud bisnes biasa tak perlukan servis ni.
Jika dari sudut ROI, booster like mungkin kelihatan tak mendatangkan followers
yang benar-benar berkualiti. Tapi dari sudut jangka masa panjang, bilangan
followers sangat penting bagi membina trust sesebuah brand.
Letak sahaja diri anda di tempat pelanggan. Jika anda lihat profile Instagram
yang cuma ada berpuluh atau beratus followers, anda rasa ragu-ragu tak untuk
beli dari situ? Tambahan lagi kalau testimoni customer pun tak ada.
Mesti rasa macam, "tak trusted la account ni, scammer agaknya".
Disinilah fungsi booster like follower dari DZstore.my. Jika anda perlukan
info lanjut, anda boleh terus ke website
www.dzstoremy.com atau
Instagram untuk lihat testimoni customer yang telah menggunakan servis mereka. Anda juga boleh terus create account disini.
4. Konsisten untuk post di Instagram
"Followers ramai, tapi post ada 3 je. Dah la tu, recent post pun masa
2021."
Mesti masih rasa ragu-ragu nak beli dari Instagram macam tu.
Sebab itu, pastikan anda sentiasa konsisten untuk post di Instagram. Lebih
mudah jika anda ada content calendar iaitu kalendar yang dapat berikan anda
idea atau tips mudah untuk post setiap hari secara konsisten. Anda boleh
dapatkan di Shopee, siap
ada template lagi tau!
Contoh social media content calendar
Dengan adanya
content calendar, anda
akan sentiasa ada idea untuk post setiap hari.
Tapi tak cukup dengan hanya sekadar ada content.
Anda kena tahu juga masa terbaik untuk post di Instagram. Untuk memudahkan
anda, kami sertakan sekali masa terbaik untuk post di Instagram.
[Kredit]
Dengan gunakan carta engagement di atas, anda boleh plan masa yang sesuai
dimana kebanyakan followers menggunakan Instagram.
Bila profile anda sentiasa ada update dan latest post, maka lebih ramai yang
akan follow anda disebabkan anda aktif dan ingin ikuti perkembangan bisnes
anda.
5. Gunakan Servis Influencer
Di samping itu, anda juga boleh gunakan servis influencer. Pertama sekali,
anda perlu kenalpasti betul-betul niche bisnes anda ataupun siapa bakal
pelanggan anda.
Seterusnya, barulah anda cari influencer yang mempunyai followers seakan
sama dengan bakal pelanggan anda.
Jika anda mempunyai bajet yang kecil, boleh mulakan dengan menggunakan
servis nano-influencer.
[Kredit]
Apa itu nano-influencer?
Nano-influencer ialah mereka yang mempunyai followers sekitar 1K-10K. Walaupun
nano-influencer senang untuk dicari, ada tips yang anda perlu ketahui; iaitu
lihat pada engagement rate followers mereka.
Walaupun mereka mempunyai followers sekitar 2,000 orang, tapi jika engagement
(like, komen) bagi setiap post sekitar 1,200 orang; ini bermaksud lebih 50%
followers yang engage dengan setiap content.
Oleh sebab itu pastikan anda cari nano-influencer yang benar-benar menepati
kriteria target audience anda. Dari situ, anda dapat menggunakan kos yang agak
rendah tapi masih boleh mendapat audience yang berkualiti.
6. Masukkan Hashtag yang Berkaitan di Dalam Posting
Tahukah anda, hashtag yang berkualiti boleh meningkatkan exposure anda di
Instagram? Anda boleh berada di tab explore dengan hanya menggunakan hashtag
yang betul.
Tapi, tak semua hashtag mampu memberikan impak yang bagus.
Jadi, macam mana cara pemilihan hashtag yang betul?
Anda boleh cuba berada di tempat bakal pelanggan. Seterusnya anda cari
perkataan apa yang terlintas di fikiran anda berkenaan produk tersebut.
Sebagai contoh, anda sedang cari makanan organik. Jadi hashtag yang sesuai
dicari oleh bakal pelanggan ialah seperti #makananorganik #makananorganic
#makananorganikmalaysia . Dengan tambahkan Malaysia di belakang, ia dapat
mengecilkan skop #makananorganik yang boleh juga digunakan oleh bisnes di
Indonesia.
7. Giveaway!
Siapa je yang tak sukakan hadiah? Semua orang suka barang free!
Anda boleh anjurkan contest atau giveaway untuk menarik bakal pelanggan supaya
follow akaun anda di Instagram.
Caranya mudah, anda boleh letakkan syarat minimum supaya komen dan follow
Instagram anda. Dari giveaway macam ni, anda akan dapatkan followers dengan
cara yang mudah.
****
Semoga tips di atas dapat membantu anda untuk tambah followers dalam masa yang
singkat. Macam yang kita ulang dari awal tadi, awalnya memang susah. Tapi jika
anda konsisten, mesti anda akan dapat naikkan followers anda secara
konsisten.
Artikel Berkaitan: Cara Buat Duit Online Dari Rumah
Artikel Berkaitan: Cara Buat Duit Online Dari Rumah
XOXO
4 Comments
Info menarik, nanti boleh cuba ni...
ReplyDeleteKannn, nanti boleh try
Deletetq for sharing. ig mama ramai follower tapi engagement mmg kelaut haha
ReplyDeleteHaha sama la mama, susah betul nak maintain engagement tinggi
Delete