Contoh Surat Rasmi Kepada Imigresen

 

Contoh Surat Rasmi Kepada Imigresen

Assalamualaikum.

Harini aku nak share contoh surat kepada imigresen. So kalau korang tengah cari contoh surat rasmi kepada imigresen, contoh surat rayuan imigresen; maka post ni agak relatable ni. Cuma perlu tukar sikit la ayat dia.

Ni sebab suami aku la ni, dasar kesayangan Kapten Ooi. Yelah, Kapten Ooi tu pun baik dengan dia so apa salahnya tolong menolong. Sebenarnya, ni surat untuk renew passport anak Kapten Ooi yang akan sambung study dekat China pada September ni tapi passport dia expired masa March 2023.

Contoh Surat Rasmi Kepada Imigresen


* * * * *



[Nama]
[Alamat]
[Negeri]                                                                                                                              29 Julai 2022

____________________________________________________________________________________________

Jabatan Imigresen Malaysia ,
No. 15, Tingkat 1-7,
Blok 2G4 (Menara & Podium),
Persiaran Perdana,
Presint 2,
62550 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malaysia

 

Tuan / Puan,

PERMOHONAN UNTUK MEMPERBAHARUI PASPORT UNTUK PENGAJIAN

Merujuk perkara di atas, saya [nama] ingin membuat permohonan untuk memperbaharui pasport untuk menyambung pengajian pada [tarikh].


2.       Hal ini demikian kerana saya dimaklumkan bahawa tempoh untuk memperbaharui pasport hendaklah 6 bulan dari tarikh sah pasport tersebut. Namun, saya ingin memperbaharui lebih awal disebabkan saya ingin menyambung pengajian pada tarikh yang disebutkan di atas.

3.       Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kelewatan jika ditangguhkan terlalu lama kerana pasport saya tamat tempoh pada [tarikh].

4.        Disini saya sertakan surat tawaran sambung belajar sebagai rujukan pihak Tuan / Puan. Jika terdapat sebarang persoalan, saya boleh dihubungi di talian [nombor telefon]. Saya berharap agar permohonan saya mendapat maklumbalas dari pihak Tuan / Puan.

Sekian, terima kasih.

 

[tandatangan]


Yang benar,
[Nama]


* * * * * 

Semoga dipermudahkan semua yang nak berurusan dengan pihak imigresen ataupun mana-mana kaunter kerajaan. Ya aku memang faham perasaan bila berurusan dengan kaunter kerajaan. Kalau ada yang efficient, memang best sangat. Tapi kalau dapat yang jenis lengai, memang stress.

Aku pernah ja berurusan dengan kaunter kerajaan dimana aku kena pi sana 3x hanya semata untuk hantar borang. Kisahnya hanya sebab kaunter tu terhilangkan borang, tapi kita yang disusahkan nak kena pi sana sini banyak kali.

Tapi apa boleh buat, siapalah kita dimata mereka (LOL).  Ada ja kaunter ada 5 tapi bukak 1 kaunter ja. Cuma tak semua la macam ni, ada ja kaunter kerajaan yang memang okay tiptop dalam buat kerja. Kudos kepada staff yang bertugas!


Love,
XOXO

Artikel Berkaitan: Cara Buat Aduan Lampu Jalan TNB Bila Terjadi Gangguan Elektrik

Post a Comment

0 Comments