Assalamualaikum.
Sebelum berhenti kerja, aku start aim untuk buat freelance di platform freelancer macam Swifty, Fiverr, Freelancer. Cuma kali ni aku akan cerita pengalaman buat freelance di Swifty Malaysia.
Untuk baca Pengalaman Freelance yang lebih general, boleh baca DISINI. Dalam ni ada tips sekali, macam mana nak start kerja freelance.
Ada beberapa sebab yang buatkan aku fokus freelance di platform ni berbanding platform lain lepas berhenti kerja. (P/s: Tapi perancangan Allah tu yang terbaik. Aku apply as freelancer dekat company marketing time masih kerja full time. Tapi management nak aku masuk as part time lepas small talk while aku masih kerja full time. Then once aku dah confirm berhenti, depa hire aku as permanent staff 100% remote working).
Kalau nak diikutkan rate harga freelancer Di Swifty, memang agak rendah sebab
kita main rate MYR. Tapi the other side of it ialah competition kita kurang
berbanding di platform lain.
Pengalaman Buat Freelance di Swifty Malaysia - Freelance App Malaysia
Sebenarnya, aku tau pasal platform ni bermula di Twitter. Memang Swifty Malaysia ni diciptakan untuk membantu sesiapa yang terkesan masa pandemik untuk advertise dia punya servis disini.
Kalau di Shopee, orang jual barang. Tapi di Swifty, orang jual servis. Macam-macam servis yang boleh cari macam design, content writing, servis influencer. Kena pandai cari ja.
Di Swifty, aku tawarkan servis design, copywriting, tulis artikel SEO dan feature artikel / produk di website. Korang boleh view aku punya profile kat sini, Tinsyaz Design | Artikel SEO
Macam Mana Bayaran Sebagai Freelancer
First job yang aku dapat di Swifty ialah untuk copywriting. Masa tu, nak letak harga pun rasa serba-salah jugak la sebab aku memang taktau market rate copywriting lagi. Tapi korang boleh ja survey semua servis provider yang lain ATAU korang boleh letak rate based on korang punya experience.
Berapa Lama Nak Siapkan Kerja?
Sebagai contoh; bila ada orang nak gunakan servis kita, kita boleh setkan bila masa projek tu akan siap and letak sekali harga. Bila bakal client tu setuju dengan rate yang kita letak, barulah kita start siapkan projek tu.
Yang bestnya, sebagai freelancer korang boleh letak samada client tak perlu bayar lagi, bayar deposit atau terus bayar full payment.
So kat sini memang rasa 'selamat' sebab semua detail yang dipersetujui tu kita boleh nampak. (In case ada penyelewengan tiba-tiba tak jadi nak proceed).
Macam Mana Nak Submit Kerja Sebagai Freelancer
Aku lebih selesa akan submit kerja samada di Google Sheet ataupun di Notion. Antara sebabnya ialah aku boleh separate semua client aku di satu tempat supaya senang nak cari folder yang lepas-lepas.
Plus, lagi senang nak cek samada aku dah submit kerja atau belum sebab semuanya boleh cek through emel ja.
Macam Mana Kalau Client Tak Bayar Servis Kita?
Macam kes aku as first timer, client aku delay buat payment almost seminggu. Mula-mula kami deal di chatbox Swifty, then kami move ke WhatsApp.
Aku dah ingatkan untuk bayar tapi sampai seminggu dah deliver kerja pun still tak bayar.
Jadi, aku chat dengan customer service di Swifty. And kes aku berjaya diselesaikan dalam masa 36 jam. Then terus dapat dah payment.
Yang menarik di Swifty ni ialah semua orang yang join perlu berikan IC / kad pengenalan. Masa awal tu, aku pun tutup jugak no IC. After tu, customer service dia chat cakap memang WAJIB letak IC supaya tak ada penyelewengan berlaku.
Jadi memang selamat la pakai apps Swifty ni. So korang tak payah bimbang.
Cara Buat Freelance di Swifty Malaysia
Korang boleh je terus search dekat Playstore. Cari apps nama Swifty.
Dia ada 2 jenis apps which is Swifty dan Swifty Pro. Kalau korang ialah client / orang yang mencari servis, korang cuma perlu download apps Swifty.
Kalau korang ialah freelancer / service provider, maka perlu download apps Swifty Pro.
Referral Code Swifty Pro Apps
Kalau korang register sebagai Swifty Pro, boleh pakai referral code ni: UbpjTu8A0g
Once korang siapkan job yang pertama, korang akan dapat extra RM10 cash
Referral Code Swifty Apps
Kalau korang register sebagai Swifty, boleh pakai referral code ni: 77QULL5eXJ
Bila korang masukkan referral code ni, boleh dapat voucher sehingga RM150 untuk hire freelancer.
Sangat rugi kalau korang tak letak referral code Swifty ni.
So selamat ber-freelance untuk semua yang nak try untuk buat freelance di Swifty Malaysia!
Artikel Berkaitan: Top Affiliate Marketing Programs in Malaysia 2022 That You Can Make Money
Love,
XOXO
10 Comments
Alaa kenapa tutup income dari swifty tu hehe baru nak busy body ha3
ReplyDeleteHAHA alaa biasa-biasa ja, jadi kena tutup
DeleteMenarik platform ni bagi siapa yang ingin bermula.. copywriting kalu power betoi dekat platform Upwork klien mau bayar per hour, 50usd / hour tu biasa..paling tinggi pernah nampak 100usd / hour tapi English kena mantap betul la hehe
ReplyDeleteBetul, freelance ni agak berisiko tapi masyuk kalau dapat client luar negara
Deletememang kena bayar ke untuk join swifty pro ni
ReplyDeleteMasa awal dulu tak kena, akan caj setiap kali dapat job macam processing fee tu. Tapi start Ogos, perlu bayar untuk jadi Swifty Pro. Dan ada jaminan untuk dapat claim in case tak dapat job for certain amount
DeleteSalam singgah sini, mcm best jer app ni, kalo penulisan untuk artikel SEO tu mudah x dapat ?
ReplyDeleteWassalam, setakat ni saya pernah dapat :D :D Tapi susah atau tak tu, tak sure la macam mana
DeleteSalam, terima kasih atas artikel ni. Memang berminat nak join swifty cuma nak tahu pengalaman freelancer sendiri kat platform ni. Mengenai SEO tu kan, your advice untuk freelancer kena amik paid SEO course dulu sebelum start atau terus buat portfolio guna sample sendiri sbb tak ada experience?
ReplyDeleteWassalam, maaf lambat reply. Saya tak rasa perlu ambil paid course. Cukup dengan sekadar dah ada experience dan results buat SEO walaupun yang sample sendiri. So that orang percaya dengan capability kita to deliver.
Delete