Review WawaWax Hair Removal - Sugar Wax Terbaik

Assalamualaikum.

Review wawawax

Kalau korang ingat lagi, aku pernah tulis review pasal Veet Hair Removal Cream. Personal opinion aku, removal cream Veet ni sangatlah tak sesuai dengan kulit aku. Disebabkan itu, aku terus cari alternatif lain iaitu dengan waxing. Jadi kali ni, aku akan review WawaWax Hair Removal samada berbaloi beli atau tak. 

Pernah jugak aku nak try Sang Bulu. Tapi bila fikirkan balik, mekanisma Sang Bulu sama macam Veet ni sebab gunakan chemical.

Oleh itu, aku try untuk cari wax as alternatif. 

Pengalaman Guna WawaWax Hair Removal

Sebenarnya kalau kat Malaysia, ada dua brand wax yang betul dikenali which is Norah Wax (ada pilihan untuk hot wax atau cold wax) dan WawaWax. Tapi aku pilih untuk try WawaWax sebab dia memang dah tak perlu dipanaskan dah and just guna tiub.

Kiranya WawaWax ni gunakan kaedah cold waxing (tekan tiub and terus guna) instead of perlu panaskan dulu wax supaya cair.


Cara Waxing Ketiak - Cara Guna WawaWax Yang Betul

Sebelum tu, ni disclaimer yang aku bukanlah seller WawaWax ya. Tapi semua ni aku dapat dari Google ja.

Cara Guna WawaWax Hair Removal

Review WawaWax Hair Removal
[Kredit]

Walaupun dah pakai banyak kali, tapi still selalu confuse macam mana nak guna. So ni cara penggunaan WawaWax yang betul. 

Review WawaWax Hair Removal 

Jadi, ni review WawaWax Hair Removal dari aku yang dah guna selama 7 bulan.

So far, aku memang rasa puas hati dan berbaloi pakai WawaWax ni berbanding shaving ataupun guna cream. 

Sebab kenapa aku rasa WawaWax ni berbaloi untuk dibeli:

1. Bulu memang lambat tumbuh. Kalau tumbuh pun memang tak lebat and sangat lama untuk tumbuh. Kiranya aku guna sekali for 2 months.

2. Harga dia mampu milik (walaupun kalau nak dibandingkan agak mahal berbanding Veet, tapi serious berbaloi)

3. Aku beli tiub WawaWax kecik and guna dekat ketiak, still banyak lagi walaupun dah 7 bulan

4. Masa nak tarik strip WawaWax tu, agak menyakitkan untuk first timer. Tapi akan okay for next time, percaya la cakap aku.

Kedudukan item dia tak macam ni, aku ja susun semula tak elok

Dari segi kelemahan wax ni, nak tekan tiub tu sangat susah okay! Memang perlukan effort jugak la, maybe sebab cold waxing so faham ja kalau susah nak squeeze dari tiub tu.


Normal Tak Ketiak Berdarah Lepas Guna WawaWax?


Sangat normal untuk ketiak berdarah selepas waxing. Darah ni keluar lepas akar bulu di bawah permukaan kulit ni tertarik.

Tapi jangan risau, first time guna ja yang akan berdarah pun. Masuk 2nd time guna, darah akan makin sikit. Lepastu aku guna lagi, memang darah dah tak keluar and kulit dekat ketiak tu rasa sangat lembuttttt.

Kalau nak ikut sakit, first time guna ja rasa sakit. Lepastu memang dah tak rasa sakit pun. So chill kk! Paling satisfied bila kita tarik strip tu then nampak bulu semua tertinggal nampak akar macam rumput. Memang oddly satisfying!


Tips Untuk Guna WawaWax Hair Removal

Kalau korang perasan, dia memang tak bagi masa exactly berapa lama kena letak strip tu sebelum tarik. Jadi, ni ialah tips for beginner dari pengalaman aku:

1. Letak wax tu cukup untuk cover bahagian berbulu

2. Jangan turunkan tangan lepas sapu wax pada ketiak. Aku pernah turunkan tangan, then nak angkat balik tu bukan main siksa sakitnya

3. Tampal strip tu, then urut-urutkan. Kalau ikut guideline, memang dia tak cakap berapa lama masa kena tunggu sebelum tarik WawaWax strip tu. Jadi, korang make sure urutkan strip tu sampai nampak bayang wax pada strip. Tu maknanya wax tu dah betul lekat and kering.

4. Sebelum tarik strip, tarik nafas dalam-dalam then tarik dengan sekali tarikan ja

5. Sapu minyak zaitun / baby oil / Pure Beauty Oil pada ketiak. Memang lepastu rasa halussss ja kulit.

Aku memang approve sangat-sangat WawaWax Hair Removal ni. Memang lepasni akan repeat beli lagi. Btw, aku Beli dekat Shopee, boleh klik sini siap dapat Free Gift tau, http://bit.ly/3jKR4BL

Kalau korang tengah cari deodorant yang best, boleh baca review Vaseline Deodorant Dry Serum [Klik Sini]. Memang best guna and bawah ketiak pun makin cerah tau!


Artikel Berkaitan: Review Veet Hair Removal Cream Malaysia


 Love,

XOXO

Post a Comment

2 Comments

  1. sy pun baru beli... tadi masih confuse mcm mana nak pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, awal-awal tu memang confuse macam mana nak pakai. Memang berhati-hati sebab nak elak dari sakit ja

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)