Apa Sebenarnya Maksud Crush atau Maksud Crush On You

Assalamualaikum.

Maksud Crush on you

Hi semua! Bila dah semakin besar ni, mesti selalu jugak la kita dengar pasal crush dekat member, crush dekat artis-artis. Tapi apa sebenarnya maksud crush? Crush tu sama atau beza dengan cinta? Kalau orang confess cakap dia crush pada kita, tu maksudnya apa?

Apa Sebenarnya Maksud Crush

Crush (dibaca sebagai krash, bukan kresh) ni bermaksud minat dalam diam. Atau senang cerita macam kita suka orang tu yang suka saja-saja tanpa sebab. Tapi tak semestinya orang yang kita crush tu tau pun. 

Dan bila kita crush pada seseorang, mungkin perasaan tu sekadar suka yang tak ada perasaan apa. Mungkin kita hanya suka tengok dia. Atau mungkin juga kita hanya suka gaya dia senyum.

Untuk ibu bapa kat luar sana, tak perlu terlalu ambil serious kalau anak cakap ada crush pada artis. Sebab of course la artis tu 99% tak kenal pun siapa anak anda. 

Maksud Crush On You

Maksud crush
Tiba-tiba menyelit gambar Zoë & Senne. Haha


Untuk nak gunakan perkataan crush dengan betul; iaitu sebagai 'suka' - korang perlu guna ayat crush on you. Kiranya maksud crush on you ni dalam kata lain juga bermaksud sebagai:
  • interested in you
  • fall in love with you
  • love you
Cuma ingat! Pastikan kalau ada sesiapa yang luahkan yang dia crush pada korang; korang kenalpasti dan tanya lebih mendalam apa maksud crush yang dia maksudkan.

Jangan pulak macam kita nampak over excited bila tau yang dia crush pada kita, padahal dia mungkin sebenarnya crush yang hanya suka macam tu ja. Bukan suka yang lebih-lebih untuk bawa kepada perhubungan yang lebih serious.

Sebagai perempuan, pastikan kita tak kelihatan macam terhegeh-hegeh atau over excited bab crush ni. Selagi kita tak kenalpasti konteks ayat dengan betul, tak ada salahnya kalau tanya lebih lanjut maksud yang cuba disampaikan oleh seseorang tu.

Beza Crush Dan Cinta

[Kredit]


Semestinya ada beza antara crush dan cinta. Kalau mengikut logik remaja zaman sekarang, crush lebih kepada suka. Sekadar suka yang kita mungkin bagitahu dia tapi tak harapkan apa-apa ataupun kita diam sampai ke sudah.

Crush ni lebih kepada secret admire la kalau ikut kamus orang zaman dulu. Perasaan crush pada seseorang ni selalunya hilang dalam jarak waktu. Perasaan tu cuma datang seketika ja, then pofff hilang.

Tapi kalau cinta, kita suka dan mengharapkan dia jugak turut suka pada kita. Dan kita sedaya upaya akan cuba untuk luahkan perasaan bahawa kita suka pada dia. Perasaan cinta ni selalunya lebih lama dan tak hilang ditelan arus waktu.

Itu ja bezanya.

Crush dan Crash

Normal ja untuk tertukar antara crush dan crash. Tapi dia punya maksud memang lari jauh gila. Crush ni cuma perkataan slanga, slang atau bahasa anak muda. Kalau Google Translate maksud crush, ada ja kemungkinan untuk dia translate-kan sebagai hancur.

Crash pulak bermaksud kemalangan. Jadi ingat, jangan tertukar penggunaan antara crush dengan crash. Memang lari banyak maksud yang nak disampaikan tu.

Maksud Crush Dalam Bahasa Inggeris

Banyak sebenarnya dictionary (urban) yang dah start translate crush ni sebagai temporary feeling.
[Kredit]


Urban Dictionary: A person who gives you butterflies and makes your heart beat faster. A person that you can’t describe in a word, but multiple words. A person you can’t get off your mind.

When you have feelings for someone, but your too chicken to open your freakin mouth.

When you like someone more than a friend. Someone you're attracted to, someone whose personality you like a lot. They might like you back, there's always hope :)

Cambridge Dictionary: a strong but temporary feeling of liking someone.

Longman Dictionary: to have a feeling of romantic love for someone, especially someone you do not know well

My POV

Sebagai seorang yang dah hidup 28 tahun, aku boleh cakap yang crush ni better stay sebagai crush jela. Tu pun seandainya crush kita tu dalam kalangan kawan-kawan sendiri atau dalam circle sendiri.

Sebab apa aku cakap macam tu?

Most of the time, crush ni kita nilai based on luaran dan perasaan tu terlalu tiba-tiba. Otak kita pun tak dapat bagi reasoning kenapa kita crush dekat someone. Tapi over time, perasaan crush pada someone tu hilang macam tu ja.

Berbeza dengan cinta, dimana perasaan tu berkembang dan sentiasa bertambah. Jadi sangat penting untuk korang decide either perlu luahkan perasaan pada crush atau stay dalam fasa crush tu ja.

Cinta ialah situasi dimana korang akan nampak the perfectness of someone tu shed away one by one gradually. Masa awal kita kenal someone, kita kenal sebab dia macam gini-gitu-gini serba serbi perfect. 

Tapi bila lama-lama, kita akan nampak versi siapa dia yang sebenar.

That's the most important part kenapa better crush tu stay sebagai crush ja. Unless macam korang betul sure yang perasaan tu akan stay even after nampak dia as real person as who he-she is, then that's okay.

Love,
XOXO


Post a Comment

0 Comments