Assalamualaikum.
Aku perasan banyak perkara yang ramai terlepas pandang masa beli motor. Tak
kira la samada beli motor di kedai ataupun beli motor online. Sebab itu aku
tulis post tips cara beli motor online untuk elak ditipu supaya ramai yang
tahu beberapa perkara sebelum beli motor.
Sebelum ni, aku kerja di kedai motor sebagai
Digital Marketing
Executive. Kiranya, aku terlibat secara tak langsung dalam penjualan motor
tanpa buat sale ataupun uruskan apa-apa berkaitan sale. Cuma aku perlu promot
ja berkaitan jualan motor termasuk kerja lain sebagai marketer.
Tapi yang aku perasan, ramai orang tak perasan
beberapa perkara masa beli motor. End up, call cakap kedai motor tipu. Persoalannya,
betul ke ditipu atau customer yang ambil mudah?
Tips Cara Beli Motor Online
Aku rasa, mana-mana kedai motor pun applikasikan penjualan yang macam ni. Nak
kata tak beretika tu tidak, tapi lebih kepada customer yang tak tanya lebih
lanjut berkaitan pembelian motor.
Tapi,aku sedia maklum yang kita tak dapat nak totally salahkan
customer jugak sebab salesman patutnya explain. Tak ke?
Ya, ada salesman yang akan explain tapi tak semua. So korang chill ja ikut guideline ni
sebelum beli motor.
Harga
Dari segi harga motor, setiap kedai motor ada harga sendiri. Tapi kalau korang
nak tahu, setiap kedai motor akan survey harga kedai motor lain.
Senang
cerita, setiap kedai motor akan main harga. Perkara ni jadi sebab customer akan compare harga
kedai lain then argue mintak harga rendah.
Kalau korang argue macam ni, confirm takkan berjaya. Percaya la cakap aku. Ataupun teknik ni
boleh berjaya KALAU kedai motor tu setuju untuk bagi pakej yang sama macam
kedai motor yang korang compare. Kiranya korang akan win dan loss dalam masa
yang sama. Tapi ada juga kedai yang memang boleh tawar-menawar. So korang
boleh la cuba nasib.
Selain tu, ramai expect harga motor lebih rendah di kedai motor besar, kan?
Sebenarnya harga memang lebih kurang sama dan tak banyak beza. Unless, korang
compare harga dengan kedai motor yang ada di negeri lain. Kalau korang compare, memang akan
ada perbezaan harga yang sangat jauhhhhhhhhhhh - rugi kalau tak survey dulu.
Cuma the downside is bila kedai jauh, maka nak taknak korang perlu pickup motor di kedai sendiri ataupun perlu guna servis penghantaran motor.
Roadtax & Insurans
Tahukah korang yang sebenarnya harga motor terbahagi kepada 3 iaitu:
1. Harga tak termasuk roadtax & insurans (harga on-the-road / harga motor) [HARGA LEBIH RENDAH]
2. Harga motor + first party insurans [HARGA LEBIH MAHAL]
3. Harga motor + third party insurans [HARGA RENDAH BERBANDING FIRST PARTY]
Sebab tu korang rasa 'woww murahnyaaa' bila di kedai A tapi mahal bila di
kedai B.
Sebab ada kalanya korang dah bandingkan tanpa tanya betul-betul harga
tu termasuk insurans atau tak / insurans jenis apa yang kedai beritahu korang.
Iklan di Facebook
Kalau korang nampak ads ataupun iklan dekat Facebook, banyak betul kedai motor
yang bersaing harga.
Jadi, macam-macam taktik yang digunakan untuk nak
menampakkan harga lebih rendah berbanding kedai lain. Antaranya dengan gunakan
harga yang macam aku state kat atas tadi.
Then dah bila korang tak tanya lebih lanjut pasal harga yang diiklankan tu,
mesti akan rasa tertipu bila pi kedai then dapat harga lain.
Lepastu cakap
kedai tipu sebab iklan harga lain tapi dekat kedai harga lain. Kan? Jadi nak
taknak, make sure korang tanya betul-betul.
Booking Motor Harga Lain, Nak Ambil Nanti Dapat Harga Lain
Ada juga situasi dimana customer booking motor harga lain, tapi bila nak ambil nanti harga lain. Ada jugak kedai motor yang ambil kesempatan macam ni.
Selalunya melibatkan motor yang
high demand macam jenama Yamaha; NVX atau Avantiz. Motor macam ni, tempoh
booking dia kadang-kadang ambil masa berbulan-bulan lamanya.
Katanya harga motor berubah ikut harga semasa (market rate).
Sebagai contoh, NVX pada awalnya RM13,200 semasa korang booking. Tapi
disebabkan booking lama, maka harga semasa jadi RM13,500.
Memang sangat penting untuk korang confirmkan betul-betul samada harga yang korang
booking ni akan berubah ataupun tak.
Bukan apa, kebanyakan masa customer akan
rasa tertipu. So, make sure korang tanya dulu betul-betul masa nak booking tu.
Kalau salesman yang bagus, memang dia akan inform siap-siap pasal perubahan
harga ni. Sebab nak elakkan customer cancel last minute + takmau macam-macam hal jadi. Tapi ada ja salesman yang tak inform sebab
kejarkan sale tanpa fikir after-sale service.
Aku paling kesian bila ada customer yang mengadu dah simpan duit cukup-cukup,
tapi baru tahu pasal perubahan harga bila nak ambil motor.
Jadi, apa yang akan jadi bila motor cancel last minute?
Motor tu akan pass kepada
customer seterusnya yang willing untuk bayar harga baru. For sure akan ada
pembeli walaupun harga berubah; sebab nak tunggu motor sampai tu memang lama.
Booking Motor Terlalu Lama
Selama aku jadi marketer dekat company motor, booking motor paling lama ialah
selama 8 bulan ke 1 tahun lebih. Bukan sebab kilang tak ada motor, tapi sebab
customer yang menunggu tu terlalu ramai.
Sebagai contoh, kilang Yamaha bagi motor NVX untuk sesebuah company sebanyak 150 biji. Katakanlah kalau company ada 30 kedai, jadi 150 motor tu akan bagi
pulak kepada setiap kedai. Then dibahagiakan pulak kepada setiap wakil jualan.
Ada
masa, wakil jualan pun tak dapat nak secure motor tu sebab terlalu ramai
senarai menunggu. Katakanlah kalau wakil jualan ada 60 orang. Bermakna setiap wakil jualan mungkin boleh dapat 2 biji motor hot demand setiap bulan.
Apa yang customer boleh buat?
Kalau korang nak senang, korang cuba cari kedai motor kecik-kecik. Tapi yang
kurang best sebab dia punya harga kadangkala lebih tinggi berbanding dengan
kedai motor yang besar.
Nak lagi senang, tips ni aku selalu bagi dekat customer. Korang boleh try booking ja
motor yang sama dekat 2 kedai, then beli dekat kedai yang sampai lebih cepat. Setakat yang aku tau, kebanyakan kedai boleh bayar booking serendah RM1 - RM50 ja. Cuma kena ingat, make sure kedai tu akan refund 100% kalau cancel.
Kos Penghantaran Motor
Kalau korang beli motor di
Shopee atau di website, pastikan betul-betul
samada ada caj penghantaran ataupun tak. Ada kedai motor yang iklankan percuma
caj penghantaran tapi sebenarnya caj percuma hanya jika korang beli motor loan
kedai.
Untuk penghantaran motor pulak, pastikan korang tanya samada motor hantar
terus ke rumah ataupun kena ambil di mana-mana tempat.
Kalau perlu ambil motor
di mana-mana tempat, tanya dulu samada motor tu ada isi minyak penuh atau tak.
Jangan nanti tak pasal-pasal korang kena tunda motor. Sebab tak semua kedai
akan isi minyak penuh untuk motor.
Jadi, at least korang standby la minyak motor siap-siap.
Untuk penjual motor pula - Jika anda ingin hantar motor di mana-mana negeri di Malaysia, anda boleh gunakan
khidmat Delyva. Semuanya online dan urusan online selesai dalam 5 minit sahaja.
Penghantaran Motor - Jangan Terus Sign Delivery Order
Yang ni satu lagi nak diingatkan in case korang beli secara online. For sure, motor korang akan dihantar oleh courier service atau mana-mana penghantar yang mewakili kedai.
Masa motor dah sampai pada tangan korang, jangan terus sign borang yang diberikan tu. Make sure, korang cek dulu condition motor samada okay atau tak. Mudgard okay tak, capang sebelah motor elok tak, ada calar tak.
Kalau korang terus ja sign tanpa cek dulu, maknanya korang dah akui yang motor diterima dalam keadaan baik.
Jadi, kesalahan total akan berbalik kepada pihak korang sebagai pembeli.
Buku Servis dan Warranty
Korang perlu ingat yang korang BERHAK untuk pegang sendiri buku warranty
motor. Ada ja kedai yang tolong simpankan buku warranty. Baca: supaya motor
korang sentiasa servis di bengkel kedai yang sama tanpa pi ke kedai lain.
Andainya korang pegang sendiri buku warranty, pastikan untuk servis motor di
bengkel authorised dealer. Jangan pulak pi servis dekat bengkel entah
mana-mana.
Pemilihan bengkel ni sangat penting sebab korang perlu pastikan yang bengkel
gunakan semua barangan original dari manufacturer. Sekiranya motor korang dah
diservis guna barang-barang OEM atau barangan tak tulen, tak semena-mena
warranty motor akan terbatal terus.
Handling Fee & Processing Fee
Ada kedai yang kenakan handling fee dan processing fee. Bagi aku, tak jadi
problem pun. Cuma perlu confirmkan betul-betul ja semua fee yang dikenakan.
Jangan nanti korang rasa tertipu sudah. Padahal korang sendiri yang takdak
inisiatif untuk tanya lebih lanjut.
Akhir Kata
Bagi aku, bab beli motor ni lebih baik untuk tanya banyak berbanding iyakan ja
semua benda. Point aku cuma satu, iaitu untuk elakkan korang rasa tertipu.
Padahal semua ni boleh dielakkan kalau korang baca guideline dari orang lain
ataupun tanya lebih lanjut.
Untuk pembelian kat Shopee, semua point ni masih valid untuk ditanya. Banyak
ja truster seller di Shopee yang jual motor online, antaranya korang boleh
klik
DISINI.
Selamat membeli!
4 Comments
eloknya ke kedai.. risau skrg ni banyak scammer
ReplyDeleteBetul, nak lebih selamat memang lebih elok ke kedai terus
Deletekalau beli di shopee n kedai tu plak jauh..mcm mana nk service ye?
ReplyDeletekena pegi jgk kedai tu atau mcm mana?
Kalau beli motor, kedai selalunya (boleh confirmkan dengan kedai) akan bagi sekali dengan buku servis & buku warranty. Jadi boleh servis di mana-mana pengedar sah / pusat servis sah Honda / Yamaha / Modenas etc yang berdekatan.
Delete