Assalamualaikum.
Sure kalau korang tengah baca ni, mesti tengah confuse apa yang patut buat bila baru tahu yang korang atau wife mengandung. Artikel kali ni, akan kongsikan berkenaan cara buat buku pink mengandung edisi 2024.
Faham sangat perasaan tu, mesti tengah excited. Tapi ingat ya, korang tak perlu rushing-rushing gelabah nak pi hospital untuk cek status mengandung tau.
Kesian dekat pesakit yang betul sakit, tak memasal kena tunggu turn lama hanya sebab kes nak cek mengandung.
Apa Perlu Buat Bila UPT Positif
Kalau cek status mengandung guna UPT atau pregnancy test tu, make sure untuk cek beberapa kali dulu.
Kadang-kadang line yang naik cuma warna pudar. Mungkin tu tanda masih dalam fasa awal. Cek sekali lagi 7 hari selepas tu untuk dapatkan line warna merah terang.
Bila line dah terang, baru korang boleh start rasa excited untuk buka buku pink atau buat scan baby pertama kalinya.
Bila Boleh Start Scan Baby?
Untuk scan baby, korang disarankan untuk scan buat pertama kalinya pada waktu sebulan / 3 minggu - 5 minggu.
Macam mana nak tahu? Boleh cuba agak berdasarkan last period datang.
Bukan apa, kalau excited nak scan awal; bimbang nanti kantung baby pun tak nampak sebab kecik lagi.
Selain tu, pastikan korang jangan kencing sebelum nak scan baby. Hal ini supaya lebih senang untuk nampak lebih jelas bila scan nanti.
Selalunya, akan ada scan susulan yang perlu buat selepas nampak kantung baby buat pertama kali.
Untuk scan kedua, scan ni untuk kenalpasti samada kantung elok atau tak, jenis kandungan normal atau tak, bila tarikh dijangka bayi akan lahir (EDD - estimate due date) etc.
Cara Buat Buku Pink Mengandung 2022
Untuk buka buku pink / buku mengandung, pastikan simpan pregnancy test yang ada tunjuk result positif.
Kalau dah pi scan baby, lebih baik untuk bawa sekali result scan yang tunjuk gambar kantung baby.
Langkah 1: Kenalpasti KKIA terdekat
Kalau nak ke klinik kerajaan, maka sila kenalpasti dekat mana KKIA atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang terdekat.
Korang boleh terus Google:
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak _______
Tempat kosong tu, korang isi nama daerah tempat tinggal. Contoh macam aku, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Yan Kedah.
Tapi ada dua KK (Klinik Kesihatan) berdekatan situ. So aku just call untuk tanya patut pi KK yang mana satu. Sebab setiap KK akan jaga penduduk dari kampung atau taman sekian-sekian ja.
Langkah 2: Bawa Semua Dokumen Berkaitan
Antara dokumen (salinan / fotostat siap-siap) yang perlu dibawa masa pertama
kali nak buat buku pink ialah:
- Kad pengenalan diri
- Kad pengenalan suami
- Sijil nikah
- Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat
- Surat rujukan doktor atau klinik lain – jika ada
Buka Buku Pink Minggu Ke Berapa?
Macam kes aku, nurse cakap macam awal lagi kalau nak buka buku pink. So dia bagi tarikh masa minggu ke 5 untuk start buat buku pink.
Time awal ni sangat-sangat penting. Korang please sangat jaga kandungan ni. Awal ni la baby dalam perut tu sangat fragile. Jadi elakkan untuk buat aktiviti lasak.
Buku pink ni akan tebal dari semasa ke semasa. Sebab kalau kertas tak cukup, memang nurse akan terus tempek kertas ja dalam tu.
Macam aku punya, buku pink siap tumpah sup. Better korang balut la dengan plastik jernih. Nurse takdak la bising, tapi tanya jugak la apa dah jadi dekat buku pink tu. HAHA
Langkah 3: Daftar dan Dapat Buku Pink
Untuk yang bekerja, disarankan untuk terus cuti ja kalau nak buat buku pink. Sebab memang akan makan masa yang sangat lama. Around 2-3 jam macam tu jugak.
Dan boleh juga bawak suami sekali masuk masa appointment pertama. Masa awal ni, suami pun kena ambil darah untuk test HIV.
Langkah 4: Temujanji Buku Pink
Korang mungkin akan dapat appointment setiap sebulan sekali atau 2 minggu sekali.
Aku kena 2 minggu sekali sebab dalam pemantauan asma. (Alhamdulillah tak kena asthma attack masa beranak haritu.)
What to expect setiap kali appointment mengandung?
Kalau korang rasa prosedur nak kawin tu dah susah dan makan masa, maka akan sedar yang appointment pregnant ni lagi laaaaa makan masa. Tapi tetap kita rela asalkan anak sihat bila lahir nanti.
- Cek berat
- Cek tekanan darah
- Cek air kencing
- Cek darah
- Cek kandungan gula dalam darah
- Pengetahuan tambahan berkenaan kandungan / selepas lahir / penjagaan anak
Dan semakin nak dekat due date, semakin kerap tarikh appointment yang akan diberikan.
To be honest, just enjoy ja dengan semua ni. Sebab nanti bila dapat baby, akan struggle dengan baby pulak antaranya bila baby kena kuning, kena checkup baby setiap bulan etc
Bagi aku, benda macam ni semuanya tak boleh nak elak. Kita nak taknak kena buat untuk memudahkan kita dan anak pada masa akan datang.
Apapun tahniah kepada semua bakal mommies kat luar sana! Untuk yang tengah fikir nak hire confinement lady, boleh baca post sini.
2 Comments
Terima kasih atas perkongsian ni, sangat berguna untuk org yg betul2 zero/first time mommies ni
ReplyDeleteHihi saja share pengalaman sebab dulu pun clueless jugak :D
Delete