Assalamualaikum
Aku tertarik untuk tulis entri belajar lain, kerja lain; kerja lari
bidang ni bersebab. Sebab aku antara yang mengalaminya. Belajar logistic tapi
end up kerja dalam digital marketing.
Is it worth it? I would say yes. If only if korang ambil inisiatif awal untuk
digest apa yang sebenarnya tengah jadi dalam life korang. Life selepas belajar ialah life yang totally different sebab dah tak ada enjoy macam zaman dulu dah - just fikir pi kelas, join koku etc.
Frankly speaking, masa belajar ialah masa yang sangattt best bagi aku. Sebab time tu, kita tak perlu fikir nak cari duit bayar pinjaman apa-apa then komitmen pun tak
banyak.
Sebelum aku bercerita panjang, disclaimer bahawa aku antara yang memang buat bisnes dropship sejak belajar
lagi, so selok-belok bekerja tu dah ada walaupun tak pernah kerja secara formal sebelum grad degree.
Realiti Bila Dah Habis Belajar
Realiti bila dah habis belajar ialah sangat messy. Korang mungkin tergolong
dalam 3 golongan ni:
- Belum grad tapi dah dapat kerja
- Sudah grad tapi belum dapat kerja
- Dah lama grad tapi masih tak bekerja
Aku tergolong dalam golongan yang pertama. Tapi disebabakan beberapa sebab, akhirnya memilih untuk tolak offer
tu dan balik ke Kedah. Bermula dari situ, maka time ni la nampak perjalanan life yang sangat messy.
Belajar Lain, Kerja Lain
Apa yang perlu tahu, kerja luar bidang is not as bad as you think. Mungkin sedikit sebanyak akan pernah
rasa yang selama ni sia-sia ja belajar.
Tapi cuba tanya soalan ni kepada diri sendiri: is it applicable in your life? I
would say yes, in term of problem solvings, communication skills, discipline
etc.
You can switch how you view things before the negative thoughts consume you inside out. Kalau nak tengok dari sudut yang knowledge selama belajar ni tak pernah
pakai, memang la akan rasa macam menyesal. But again, it's all in your mind and how you view things.
Cuma sebelum nak kerja dari luar bidang, apa yang membuatkan korang terpaksa
kerja luar bidang?
Dalam kes aku, ia melibatkan aku memang taknak relocate to other places yang
jauh dari family. So nak taknak, memang sangat sikit choice yang ada.
Soal Kerja Luar Bidang
Apa yang korang perlu tahu berkenaan belajar lain, kerja lain; kerja luar
bidang?
1. Pilih Kerja Pertama Selepas Habis Belajar
Aku faham the fact that bila nak bekerja ni kita tak boleh terlalu memilih. Tapi
tahukah anda, sebenarnya kerja pertama jugak boleh menentukan arah tuju kerja-kerja yang
seterusnya?
Sebagai contoh, kerja pertama aku ialah dalam digital marketing. Dan kerja
seterusnya pun masih digital marketing. Dan seterusnya seterusnya dan seterusnya lagi pun masih dalam digital marketing (tapi memang time ni aku realize yang aku minat kerja ni HAHA so no hal la).
Jadi sebagai graduan yang ada cert dalam bidang logistics, memang takdak maknanya boleh nak tunjuk direct skill yang merujuk kepada bidang tersebut disebabkan selama ni memang kerja lari bidang. Cuma kalau IV, boleh relatekan skills yang ada macam communcation skills and so on.
Maknanya, korang perlu bersedia secara mental bahawa mungkin akan terus buat kerja dalam bidang yang sama beberapa tahun seterusnya disebabkan start dengan kerja tu.
Dan seandainya ditanya pada aku yang memang dah ada pengalaman kerja, antara 3 situasi ni:
- Kerja jauh tapi dalam bidang yang sama macam belajar
- Kerja dekat tapi lari bidang + low value skills
- Kerja dekat tapi lari bidang + gaji rendah + high value skills
- Kerja jauh tapi lari bidang + high value skills
Aku mungkin akan pilih nombor 1 seandainya willing untuk relocate tinggal family. Sebabnya, korang hussle ja beberapa bulan atau tahun. By the time dah lama sikit dan ada pengalaman, boleh lompat masuk company yang lebih baik dan dekat.
Atau mungkin pilih nombor 3 dan 4 dimana aku perlu sacrifice untuk kerja jauh / gaji sikit buat sementara. But once dah ada pengalaman, maka aku boleh relocate ke tempat yang lebih dekat.
P/s: actually aku pernah berada di situasi nombor 3 selama 2 tahun dan situasi nombor 4 selama 2 tahun sebelum kerja fully remote. Tapi disebabkan kerja lari bidang ni la, aku discover yang minat aku ialah dalam digital marketing sebenarnya.
2. Jangan Terlalu Memilih Kerja
Pernah dengar kan frasa jangan terlalu memilih kerja? Jangan terlalu memilih kerja ni pun terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
- Jangan pilih kerja yang nak buat. Buat ja apa-apa kerja yang ada (dah explain dekat point nombor 1 tadi)
- Jangan pilih kerja walaupun dapat gaji tak bermaruah. Erti kata lain, terima ja gaji berapa sekalipun.
Pesan aku, kalau masih tak dapat any offer kerja, maka better accept ja untuk kerja dengan gaji yang sikit dulu. Yes, memang tak fair kalau nak dibandingkan dengan penat lelah korang belajar selama ni. Seandainya dah IV kat MNC, GLC tapi semua kena reject dan tak ada pilihan - terima ja kerja dengan gaji tak bermaruah DENGAN SYARAT KERJA DALAM BIDANG YANG BERKAITAN.
Tahukah anda, sijil grad dari university tu hanya sah dalam tempoh around 2 tahun? (Yang ni memang refer sendiri dengan senior yang dah jadi senior exec dekat MNC company).
Maksudnya apa?
Maknanya
kalau dalam masa 2 tahun tak dapat kerja yang berkaitan dengan bidang yang belajar, slowly boleh katakan
yang korang dah boleh stop berharap untuk kerja dalam bidang tu unless memang dah tertulis yang rezeki akan dapat kerja jugak.
Sebab sijil tu dah tak laku sebagaimana lakunya ia masa baru grad. Kalau dah sampai 2 tahun tak dapat secure kerja, korang tak lagi digelar fresh grad tapi dipanggil sebagai penggangur. Sebab ramai lagi fresh grad kat luar sana yang baru grad.
Macam mana kalau dapat kerja tapi gaji sikit?
Terima ja dulu kerja walaupun dengna gaji yang sikit. Macam cakap tadi, grab ja dulu peluang kerja tu dan dapatkan skills dan pengalaman. Slowly, skills tu boleh diasah dan korang akan jadi someone yang dah ada pengalaman kerja.
Along the time, korang boleh demand gaji yang berbaloi setimpal dengan kerja samada di tempat kerja lama atau di tempat baru. Masa tu baru boleh nak demand gaji sebab dah ada skills dan pengalaman. So you have something to offer to majikan, bukan setakat flex ada cert semata-mata but you got proven track record.
3. Kerja Ja Apa-apa Dulu
Kebanyakan penganggur akan cakap betapa
susahnya nak dapat kerja. Aku faham the fact that memang susah nak dapat kerja yang pertama sebab pernah rasa. Sebab tu munculnya advice macam ni. Tapi kalau dah 2-3 tahun masih menganggur, macam sesuatu sangat.
Maksud sesuatu sangat ialah:
Ada lebih kurang 100 job applications. 90 candidates semua ada special masing-masing macam ada pengalaman kerja, pointer tinggi, involve koku activities while kita sorang ja yang BIASA. So what for nak dipanggil interview? Ada lebih ramai
lagi yang layak dan kita pulak dah 2-3 tahun masih menganggur.
Andainya korang masih tak dapat any kerja yang berkaitan, maka kerja ja apa-apa dulu (macam cashier, kedai makan). Ada sebab kenapa disarankan kerja ja apa-apa dulu. Sebabnya, korang perlu dapatkan duit untuk bayar komitmen bulanan dan masa pun terisi.
Dalam situasi ni, korang dah boleh fikir samada masih logik untuk apply kerja yang berkaitan apa yang belajar ataupun dah boleh slowly fikir kerja lain bidang. Cara nak tentukan ialah based on berapa lama dah jadi penggangur.
Dalam keadaan ni, memang kena lakukan sesuatu. Adakah korang akan sentiasa play victim dan cakap sekarang memang tak ada
peluang pekerjaan? Tapi apa effort yang korang dah buat?
Cuma nak cakap, sekarang bukan masanya nak pilih-pilih kerja. Cert tu dah tak laku. Nak taknak, kena fikir alternatif untuk kerja bidang lain walaupun hanya kerja biasa macam kerja kat kedai makan atau kat petrol pump.
Cari Kerja Yang Melibatkan Skills
Sambil-sambil kerja untuk dapatkan duit untuk survive, korang boleh try untuk teroka bidang baru dengan cara:
-
Belajar online course yang berkaitan skills (design, coding, digital
marketing, data science)
-
Buat gig job (bila dah ada skills, korang boleh slowly kerja
freelance)
- Cipta portfolio dari gig job
-
Cari kerja dalam bidang baru yang perlukan skills
-
Bina portfolio khas untuk mohon kerja
- Cipta online presence (buat repo dengan rakan-rakan dari bidang baru)
Percaya la cakap aku, perkara berkaitan skills ni majikan tak tengok dari segi
apa cert korang ataupun grad dari uni mana.
Perkara yang melibatkan skills ni hanya akan dinilai berdasarkan portfolio such as projek-projek lepas, macam hasil dari kerja freelance yang korang pernah buat dan result yang
dapat (kalau libatkan data).
Jadi, jangan takut untuk cuba kerja freelance. Mungkin korang boleh tergolong macam aku yang rezeki kerja dengan marketing consultant walaupun pada mulanya apply sebagai
freelancer.
4. Kerja Gig Job Tanpa Skills (Foodpanda, Grabfood)
Aku faham, sekarang memang ramai yang pilih untuk kerja rider. Katanya kerja rider pun boleh beli kereta sebab gaji masyukk around 8k tiap bulan. Plus senang pulak tu, tak payah
pening kepala fikir data dan report bagai.
Betul, aku faham part kerja tak payah pening kepala tu. Tapi apa yang perlu korang faham ialah kerja rider ni sesuai untuk short term sahaja.
Sampai bila badan korang masih fit nak lenjan sampai dapat gaji 8k setiap
bulan?
Kena ingat; semakin mudah sesuatu kerja, semakin mudah untuk korang diganti. Dalam erti kata
lain, korang boleh digantikan pada bila-bila masa sahaja once korang resign. Kata mudah, company tak akan kautim untuk naikkan salary dan dia accept ja resign letter korang.
Sebab tu cakap, kerja ni hanya untuk short term buat bekal untuk bayar komitmen. Untuk long term, mungkin tak sesuai.
Sebabnya cuba imagine, sekarang memang gaji rider lebih tinggi berbanding
gaji kerja lain. Tapi semakin lama, gaji kerja lain akan bertambah seiring
dengan skills dan pengalaman. Masa tu, korang boleh lompat-lompat company sambil demand gaji.
Tapi macam mana dengan gaji rider? By the time korang realised realiti ni, mungkin masa
tu dah umur around 40. Fikirkan betapa struggle untuk cari kerja bermula umur
40 dimana pengalaman kerja yang ada sebelum ni ialah sebagai rider.
Topik ni memang sensitif, ramai yang dah ulas.
5. Susah Nak Dapat Kerja, So Sambung Ja Master
Disebabkan susah sangat nak dapat kerja, so sambung ja master dengan harapan cert master buatkan korang lebih stand out berbanding candidate lain.
Trend ni memang dah lama dab ramai yang dah buat confession pasal sambung master.
Dulu-dulu memang orang cakap, dah ramai orang yang ada degree. Jadi kalau nak
fight untuk kerja, korang perlu ada master.
Tapi sekarang dah tak relevan sebenarnya.
Masa sekarang, skills lagi penting berbanding education cert melainkan korang:
- Nak jadi lecturer
- Tangga gaji dibezakan melalui taraf pendidikan (ada beza tau starting gaji diploma, degree, master kalau dekat MNC).
Selain dari 2 reasons tu, korang faham pesan ni:
Jangan sambung master just for the sake of ilmu semata. Kalau memang betul
duit tak jadi isu utama, then sambung. Kalau tak, make sure ada proper plan
kenapa sambung. Jangan nanti sampai orang lain dah senior time kerja; you
sambung belajar still tak ada any income.
Aku faham, memang takut untuk bekerja bila dah grad. Messy dan penuh dengan ketidakpastian. Dan sangat dilema bila susah
dapat kerja. Tapi jangan sampai tak move on then buat keputusan untuk sambung
belajar lagi hanya sebab nak lari dari kenyataan.
Kalau korang rasa guna degree susah dapat kerja, nanti bila ada master memang
lagi susah sebenarnya. Melainkan kalau master membuatkan korang lebih layak berbanding orang lain seperti dalam education field.
Kalau kerja biasa, personally rasa degree dan master tak mainkan peranan apa. Sebab yang penting sekarang ialah skills dan apa yang korang mampu sumbang untuk company. Majikan akan impress macam 'woww korang belajar sampai master' tapi dia akan cek pulak apa pengalaman kerja sebelum ni serta apa yang mampu korang bagi value kepada company.
Dan kena ingat, ada jugak majikan yang takut nak ambil grad masters. Sebabnya, majika tahu rate untuk gaji masters lain berbanding gaji degree dan diploma. Unless kalau korang memang okay dan setuju walaupun master tapi gaji still sama macam taraf diploma.
Key Takeaways
Semoga dipermudahkan urusan korang yang sedang cari kerja. Semoga dapat buat pilihan dengan tepat. Fasa permulaan cari kerja ni memang messy, tapi ia akan berlalu. Jangan lose hope, awal-awal grad ni memang susah sikit untuk sesetengahnya.
Kalau macam nak advance sikit, boleh slowly cari pengalaman buat side job yang perlukan skills masa berlajar. Elok ja korang grad, memang dah ada portfolio cantik punya sebagai backup. All the best!
Love, XOXO
2 Comments
Byk perkara kena dipertimbangkan apabila dah dpt degree. Actually lebih baik kalau dpt buat plan time tgh belajar. Kalau dpt pandangan drpd seniors yg sdh start kerja lg better, then continue to review the plan sbb keadaan sentiasa berubah.
ReplyDeleteBetul tu, sangat setuju! Banyak yang nak kena pertimbangkan bila libatkan soal masa depan ni.
Delete