Assalamualaikum.
Harini nak share pengalaman freelance as side job. Memang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri bila buat kerja freelance. Masuk tahun 2022, dah dekat 4 tahun aku buat kerja freelance.
Tapi buat kerja freelance ni as side job ja. Yelah, sebab still ada kerja hakiki yang pi kerja pagi balik petang setiap hari (time tu).
Kerja Freelance Itu Apa?
Kerja freelance tu bermaksud kerja secara sendiri. Selalunya melibatkan kita buat sesuatu servis. Dan kita dibayar berdasarkan servis yang kita buat instead of dibayar bulanan.
Maksudnya, bila ada job barulah duit masuk. Kalau tak ada job, duit pun tak masuk la.
Contoh Kerja Freelance Di Rumah
Antara kerja freelance di rumah termasuklah:
- Graphic designer
- Digital marketing
- Penulis artikel
- Data entry
- Translator
- Coding
Cuma sekarang macam semakin slow down sejak ada anak + sebab dah kerja fully remote. (Kerja fully remote kadang-kadang memang mental exhausted jugak ya.)
Skop Kerja Freelance
Skop kerja freelance bergantung kepada kerja apa yang korang buat. Kalau freelance graphic designer, for sure korang kena design graphic.
Sebenarnya, freelance ni lebih kepada korang jual servis kepada business owner. Kerja yang modelnya terarah kepada B2B (service business to business).
Jadi, freelance ni should be partnership, dan korang tak perlu anggap client sebagai majikan.
Pengalaman Freelance Part Time
Kelebihan dan Kekurangan Kerja Freelance
Dari Freelance ke Permanent Staff
Cara Kerja Online Freelance - Kerja Freelance Di Rumah
Untuk nak kerja online sebagai freelance, pertama sekali kenalpasti dimana nak cari customer pertama korang?
Aku akan share 3 options yang korang boleh mula:
1. Buat akaun di platform freelance macam Swifty Malaysia, Upworks atau Freelancer then advertise servis disana.
2. Direct approach business owner. Korang DM atau direct contact business owner dan cakap yang korang ada buat service sekian sekian. Pastikan sedia portfolio.
3. Buat personal branding dan biar orang tahu kepakaran yang korang ada. Dengan cara ni, potential client sendiri akan cari korang. Cuma sebelum buat personal branding, make sure dah siap portfolio atau dah ada proven track record.
Cara Jadi Freelancer
1. Skills
Sebelum nak tawarkan sesuatu servis, pastikan ada skills yang nak ditawarkan kepada orang lain. Sebagai contoh, kalau nak buat kerja freelance melibatkan design - maka korang perlu tahu untuk gunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Canva.
In case kalau korang masih belum ada skills, boleh ja untuk tajamkan skills macam ikuti kelas online di Skillshare atau Coursera.
2. Cari Target Audience
Dari segi target audience, korang perlu tahu siapa yang bakal jadi client korang. Kalau dari segi graphic design, target audience atau customer korang semestinya dalam kalangan business owner.
Paling mudah, korang boleh ja terus pos servis yang ditawarkan di platform freelance Swifty Malaysia, Upworks atau Freelancer. Boleh baca pengalaman aku buat freelance di Swifty Malaysia.
Kalau tak pos ke platform freelance pun boleh ja. Tapi pastikan korang ada visibility di social media dan sentiasa war-warkan apa servis yang korang tawarkan.
3. Sediakan Rate Card
Lepas tu, bila nak mulakan kerja freelance; pastikan korang tahu berapa caj yang akan dikenakan untuk servis yang korang buat.
Contohnya, untuk rate card graphic design. Korang boleh masukkan harga design
dari segi:
- jenis visual (digital / printing)
- saiz visual (poster / landscape / square)
- logo
- design letterhead
4. Portfolio
Ni part yang paling penting. Setiap freelancer MESTI ada portfolio.
Macam mana kalau tak ada portfolio?
Sebab selama ni tak pernah dapat sebarang job atau masih belum ada client?
Ada caranya. Antara caranya ialah korang cipta portfolio sendiri berdasarkan personal project.
Sebagai contoh, design ja poster yang merangkumi poster untuk menu makanan, advertising, promo barangan elektrik, skincare products etc.
Dengan cara macam ni, bakal client boleh nampak macam mana design yang akan dihasilkan nanti.
Selain tu, korang boleh ja cipta portfolio dengan beri servis percuma kepada business owner. Tapi kena ingat, pastikan untuk dapatkan feedback atau testimoni dari business owner terhadap servis yang korang dah berikan.
Dengan cara ini, bakal client akan lebih percaya untuk ambil servis dari korang berdasarkan feedback macam ni.
Portfolio SEO
Kalau dari segi portfolio penulisan artikel SEO, boleh ja masukkan artikel yang pernah ditulis.
Nak lagi best, korang masukkan sekali result SERP (Search Engine Ranking Page) yang dapat tunjukkan proven track record bahawa penulisan korang bawa impak kepada website client sebelum ni.
Jadi, pastikan untuk sentiasa simpan semua kerja yang korang buat di satu tempat sebagai portfolio. Portfolio ni boleh ja dibuat dalam PDF atau boleh terus buat website untuk ada digital presence.
5. Reach out
Bila dah ada semua di atas, barulah reach out kepada potential client. Caranya, boleh ja DM setiap bisnes yang ada. Sebagai permulaan, boleh start dengan reach out kepada pemilik bisnes SME.
Macam mana nak reach out?
Mulakan dengan kenalkan diri, beritahu apa servis yang ditawarkan, beri portfolio kerja dan rate card. Selain tu, boleh ja offer servis percuma dulu sebelum teruskan dengan servis berbayar.
6. Bina Hubungan Baik Dengan Client
Selepas dah dapat client, ingat supaya sentiasa ada hubungan baik dengan client tersebut.
Sebab apa? Sebab kadang-kadang, servis korang akan disebarkan dengan word of mouth.
Maksudnya?
Maksudnya, bila seorang client puas hati dengan servis yang diberikan; dia akan sebarkan kepada rakan-rakan lain. Dengan cara ni, ada potensi akan dapat lebih ramai client pada masa akan datang.
Key Takeaway
Secara jujurnya, disiplin sangat penting bagi seorang freelancer. Freelancer
akan bekerja tak kira masa berdasarkan job yang dapat.
Freelancer still ada right
untuk tolak apa-apa job selagi tak dibayar. Aku pun pernah ja tolak job masa
kes kepala air di Yan, Kedah dan masa tengah dalam pantang. Still, client aku
masih dapatkan servis aku selepas tu.
Untuk yang baru nak try buat kerja freelance, all the best! Mantapkan portfolio dan jangan takut untuk mulakan. Belum cuba, belum tahu.
Kalau nak dapatkan lebih detail dari A-Z untuk kerja sebagai freelancer, boleh dapatkan buku ni. Memang padat penerangan yang dia bagi, The Art of Making Money as A Freelancer
Artikel Berkaitan: Cara Buat Duit Online Dari Rumah
0 Comments