Assalamualaikum.
Entri kali ni berkenaan Review Sukin Cream Cleanser Malaysia. Is it good? Sebenarnya try brand Sukin ni semata-mata sebab Emma Watson ja. Dulu pernah viral yang Emma Watson pakai brand Sukin.
Jadi aku pun cari la pasal brand Sukin. Yang buatkan lagi semangat nak try bila ada claim Australian No 1 Natural Skincare.
So dari cuba-cuba, akhirnya dekat 2 tahun jugak la aku pakai brand Sukin. Setakat ni pernah try Sukin punya cream cleanser, toner, foaming cleanser, serum.
Kenapa Brand Sukin?
Apa yang buatkan brand Sukin ni interesting semestinya sebab dia Vegan & Cruelty Free. Bila nampak ja skincare yang mention pasal ni, memang akan bertambah eager nak try.
At Sukin, we say NO to ingredients and processes that cause harm to ourselves and the environment we live in. It is our belief that everything we need to make the products you love can be found in nature.
If you’re familiar with Sukin Naturals, you probably know that being a socially responsible brand is very important to us. Part of that commitment is delivering great products that are both vegan and always cruelty-free.
Ingredients dalam Sukin Cream Cleanser
Water (Aqua), Aloe Barbadensis Leaf Juice, Sesamum Indicum (Sesame) Seed Oil, Cetearyl Alcohol, Glycerin, Cetyl Alcohol, Ceteareth-20, Rosa Canina Fruit Oil (Rose Hip), Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Butter, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Triticum Vulgare (Wheat) Germ Oil, Tocopherol (Vitamin E), Equisetum Arvense Extract (Horsetail), Arctium Lappa Root Extract (Burdock), Urtica Dioica (Nettle) Leaf Extract, Citrus Tangerina (Tangerine) Peel Oil, Citrus Nobilis (Mandarin Orange) Peel Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Vanillin, Vanilla Planifolia Fruit Extract, Phenoxyethanol, Benzyl Alcohol, Limonene*, Linalool*. * Natural component of essential oils.
Review Sukin Cream Cleanser Malaysia
Untuk cream cleanser, pencuci muka ni sesuai bagi skin type yang normal to dry. Memang ngam la dengan muka, sebab kadang-kadang dia dry tapi kadang-kadang normal.
Kalau macam confuse nak try product Sukin mana satu, boleh refer dekat botol. Memang ada tulis skin type suggestion.
Tekstur Sukin Cream Cleanser
Tekstur Sukin cream cleanser ni creamy macam normal cream cleanser. Untuk yang tak pernah try, cream cleanser selalunya tak berbuih tau. Dan dia memang creamy.
Dari segi bau, memang cream cleanser ni takdak sebarang bau atau buih. Jadi sangat sesuai dengan sesiapa yang ada kulit sensitif.
Best Tak Sukin Cream Cleanser? Personal POV?
Semestinya best! Sebab tu tak tukar brand lagi dah sejak 2 tahun ni.
Memang nampak perbezaan ketara bila tukar ke brand Sukin. Muka dah tak kering-kerimg macam dulu lagi. Jerawat pun jarang naik dah.
Bila lepas basuh muka, rasa freshhhh ja. Muka tak jadi cekang pun macam pakai sesetengah cleanser. Kiranya lepas ja basuh muka, memang dapat rasa kulit soft sangat.
Dengan harga around RM26 ke RM32, korang boleh dapat try brand skincare yang vegan & cruelty free. Bagi aku, harga dia sangat berpatutan dan dalam range yang rendah berbanding brand lain.
Kemarin aku beli dekat Guardian time promo 11.11, dapat la harga RM26. Hihi.
Korang boleh tengok dekat official Store Shopee Sukin kutt ada sale. Kalau takdak sale, better beli dari shop biasa sebab selalunya price dia lagi rendah compared to Official Store.
So Sukin Cream Cleanser sangat recommended!
Love, XOXO
Artikel Berkaitan: Review Cuura Pure Beauty Oil
2 Comments
Bila tengok list of ingredients Sukin dan banding dgn harga, mmg sgt2 berbaloi. Paling penting, sesuai dgn kulit Tinsyaz. ;)
ReplyDeleteSetujuuuu, agak susah nak cari skincare natural ingredients macam ni
Delete