Pengalaman Jadi Ibu Baru, What I Wish I Knew Earlier

Assalamualaikum.

pengalaman jadi ibu baru

Harini memang saja nak kongsi pengalaman jadi ibu baru dan perkara-perkara yang I wish I knew earlier. Sebab awalnya masa jadi parents, rasa clueless betul sebab ada mak tapi mak bukanlah point of reference. Sebabnya? Mak pun dijaga oleh tok dan wan almost 100%, so mak memang totally rely on them tanpa tahu sebab dan sebab buat itu ini.

Pengalaman Jadi Ibu Baru

Bagi aku sangat meletihkan bila jadi ibu baru. So we need to manage our expectation properly. Alhamdulillah dikurniakan suami yang baik dan sangat involved bila melahirkan anak ni. Kiranya suami la yang menjaga everything selain dijaga Kak Rizz confinement lady.

Jadi bila aku jadi first time mom, banyak benda yang mak pun tak boleh share sebab kurang sumber pengetahuan. Perkara yang ditulis ni dibahagikan berdasarkan umur bayi dan akan diupdate dari semasa dan semasa mengikut umur Amir Fayyadh hingga 1 tahun, inshaAllah.

What I Wish I Knew Earlier as First Time Mom

Bayi Umur 0 - 1 Bulan

1. Breastfeeding tak susah tapi tak senang jugak. Jangan dengar cakap-cakap orang yang brestfeeding tu susah. Banyakkan relax dan belajar untuk mengurut breast sebelum bayi keluar lagi. Kita belajar mengurut awal supaya breast dah ready by the time baby keluar, jadinya memang dah ada susu sebab kelenjar tak clog (betui kutt ni explaination dia?) Boleh belajar urutan marmet around 32-35 weeks macam tu sebab susu dah start ada.

tahi baby warna hitam
Tahi baby warna hitam

2. Tahi baby warna hitam pada awalnya. Ya, memang warna hitam dan susah nak cuci. So kalau nak senang, boleh la sapu Vaseline nipis-nipis sebelum pakaikan pampers.

3. Awalnya susu memang sikit. Ya, susu memang sikit gilaaaaa dan dipanggil sebagai colostrum. Around 1 - 2 sudu kecik ja. Dan tekstur susu pada awalnya memang agak jernih dan start jadi warna cream. Beberapa hari lepastu baru la jadi warna putih dan makin cair. Korang jangan risau kalau susu sikit (unless baby dah ada kuning, so perlu risau dan topup susu), sebab perut baby pun kecik ja.

Milk collector macam ni, gambar malas nak snap sebab kena ambil bawah katil [Link Shopee]

4. Breast boleh bocor masa menyusu. Yang ni memang impressed sungguh. Tak pernah tau kata actually masa menyusu sebelah breast, sebelah lagi pun akan bocor keluar susu. No wonder Huey Chin dok cerita kenapa dia bagi breast milk collector. So better korang prepare milk collector supaya susu lebihan tu boleh bagi baby minum. Prepare awal sebab colostrum ni ialah susu yang terbaik dan paling berkualiti above all, so sangat sayang kalau baby tak dapat yang ni.

5. Breast jadi let-down reflex. Situasi dimana susu keluar menitik tak kira masa hatta time kita dengar baby nangis + time tunduk. Masa bulan pertama, memang tak dapat control langsung. Tiba-tiba rasa sejuk sebab baju dah basah. Tapi situasi ni akan start berkurang masa 2 bulan keatas, time tu dah dapat control.

6. Bagi baby minum pakai syringe. Disebabkan masa lahir tu Amir ni kuning, nak taknak memang dia asyik tertidur ja time menyusu. So bila dia dah rasa kenyang sikit, terus lena. Jadi aku dah husband guna semula susu yang collect guna milk collector tadi dan paksa Amir minum pakai syringe.

Function teruk sedut hidung ni. [Link Shopee]

7. Sentiasa cek hidung baby. Umum kita tau yang baby nangis disebabkan 3 faktor utama iaitu lapar, kembung perut takpun pampers lembab. Tapiiiii, bila dah ada anak barulah aku tau yang hidung baby tersumbat pun boleh buat dia nangis tak ingat dunia. Banyak kali jadi, semua 3 penyebab ni complete, last sekali baru cek hidung. Rupanya hidung la penyebab Amir nangis kebanyakan masa. Lepas cuci hidung, baru dia boleh tidoq lena. Boleh try beli sedut hidung yang ada tube tu.

8. Mata baby berair ada tahi mata. Mata bertaik masa awal tu biasa. Kadang-kadang sebab baby menyusu then mata kena himpit kena breast. Tapi make sure sentiasa lap mata baby setiap kali nampak ada taik mata.

9. Confiment lady / pakej pantang sangat membantu. Beberapa hari terawal masa baby lahir tu memang barai gila. Kalau ada duit lebih, invest sikit untuk ambil confinement lady atau orang mengurut. Aku ada tulis post pasal confiement lady. Memang banyak membantu dari segi fizikal dan emosi.

Boleh baca: Review Faiqa Confinement Care - Confinement Lady Kedah


10. Baby sleep confuse. Masa awal baby lahir, memang dia akan ada fasa sleep confuse. Yang ni yang akan buatkan new parents akan rasa letih sangat. Hal ni disebabkan baby confuse antara siang dan malam. Maka, dia tidur time siang tapi berjaga time malam. Alhamdulillah Amir sleep confuse beberapa kali ja. Caranya, kami make sure time siang curtain dibuka semedang supaya cerah, dan bilik gelap sepenuhnya time malam. 

11. Jangan ganggu kalau baby dah mengantuk. Korang perlu cek wake windows baby. Wake windows ni berapa lama ja baby akan berjaga dan patut tidur semula. Disebabkan Amir sleep confuse, ramai yang ingat kita patut kacau dia supaya tak tidur siang. Even time dia menguap gila-gila pun time pukul 4, still kacau supaya dia tak boleh lena siang. At the end, Amir TAK LENA LANGSUNG DARI PUKUL 2 PETANG SAMPAI 10 MALAM. Dan dia jadi lagi fussy. Tak lena siang ≠ akan mudah lena malam.

12. Introduce susu formula yang murah dulu. Ada sehari tu aku migraine. Jadi Jon (suami) pun terus decide untuk beli susu formula just-in-case. Dan yang paling best, dia terus beli susu S26 *facepalm . Sebab akak Speedmart kata susu tu bagus HAHA mau botak kalau nak repurchase. Akhirnya, Amir minum sekali ja susu tu, dan dia reject terus lepastu. Memang rezeki member Jon la; sebab bagi baby dia susu yang extra tadi. Dan sekarang aku fully breastfeed Amir dan kalau nak tambah susu pun, memang akan start yang marhaen dulu.

13. Bagi baby rehat sepenuhnya. Ni antara khilaf yang aku takmau parents lain buat. Baby baru dalam proses nak mengenal dunia tau. So sangat normal kalau dia nampak tak selesa dan sentiasa nak mengempeng. Kami pernah keluarkan Amir sambil pi makan dan letak dia depan TV time pukul 9 malam dan buatkan dia tak dapat tidur. Point dia kat sini, kalau baby tidur then korang pi la makan. Jangan dedahkan dia terlalu cepat dengan cahaya lampu. Kalau baby aktif nak main, then main la dengan dia.

14. Baby seorang yang mengikut rutin. Ingat perkataan ni, baby seorang yang mudah dibentuk dan disiplin ikut rutin yang kita tentukan pada dia. Macam kami sendiri, kami tetapkan rutin mandi-menyusu-tidur. So Amir memang dah tau yang bila dah menyusu, maksudnya lepastu dia patut tidur. Memang nampak la muka dia ternanti-nanti susu bila lepas mandi.

Lampu boleh tukar warna, kontrol pakai WiFi [Link Shopee]

15. Invest dekat lampu. Selama ni aku memang bukan seorang yang bukak lampu siling. Jadi, aku beli lampu yang boleh bertukar warna putih, soft cream, kuning dan boleh connect dengan WiFi untuk on / off. Sejak ada baby, baru aku sedar yang lampu Xiaomi ni memang best investment EVER sebab tak terlalu terang kalau nak buka time tukar pampers. Nak buka lampu pun control pakai phone ja.

Boleh baca: Review Xiaomi MI LED Desk Lamp 1S / Xiaomi Desk Lamp Malaysia


Bayi Umur 1 - 2 Bulan

1. Baby boleh disiplin kalau kita ajar dia. Baby ialah seorang yang mudah untuk dibentuk. Antara proof ialah berjaya create rutin untuk Amir tidur masa umur sebulan sebab time tu ayah dia kena pi KL. Jadi memang sorang-sorang la struggle jaga dia. Jadi untuk memudahkan diri sendiri, aku catat semua rutin dia selama ni. Dari situ perasan yang Amir seorang yang early riser - pukul 7 dah bangun so perlu adjust accordingly. Jadi calculate semua wake windows dia, so decide untuk dia tidur jam 7 - 8 malam. Jam 6.30 petang, terus bawak Amir pi mandi dan dia tau rutin dia selepas tu mandi-menyusu-tidur.

Baby gym untuk main sepak-sepak bagi distracted [Link Shopee]

2. Invest in play gym. Antara the best investment jugak. Bagi ja dia duduk atas play gym dan dia akan main sorang-sorang sambil tendang-tendang mainan keluar bunyi. Bila letak ja dia atas tu, memang free ja kalau nak pi masak kat dapur sebab Amir dah distracted.

First time duduk dalam baby carrier

3. Bagi terbiasa dengan carseat / carrier. Amir start guna carseat masa umur 1 bulan. Awal tu memang dia menangis, tapi memang kena ajar supaya mudah di kemudian hari. So aku pun pegang tangan dia sambil duduk dalam carseat dan dia tenang sampai siap terlena. Nowadays memang senang ja kalau nak bawak berjalan. So far kami dah pi Terengganu, Rawang, Negeri Sembilan back and forth setiap bulan without any issue dia takmau duduk dalam carseat (alhamdulillah).

4. It's okay kalau baby punya preference tak macam orang lain. Sebenarnya ramai tau member yang dapat anak tarikh dekat-dekat. So memang nampak development anak lain-lain. Antaranya, anak orang lain dah dapat tidur sambil buang bedung siap buat tummy time (mak tak bagi buat tummy time zzz). Pernah try buang bedung Amir, tapi memang dia tak dapat tidur langsung sebab tangan asyik bergerak (moro reflex).

5. Kulit terlalu kering. Kulit Amir ni dia macam start merah bila tukar sabun. Lepastu start tukar dia punya minyak urut. Memang masa tu ingat biasa la kutt kulit jadi merah. Tapi rupanya, baru tau kulit dia tak sesuai dengan sabun + minyak baru. Dan masa Amir 6 bulan barulah tau bahawa dia sebenarnya ada mild eczema selepas cek dengan Dr kulit. Tu pun tau sebab time try solid food, muka Amir start naik merah. So kalau korang rasa macam kulit baby kering sangat, better pi cek.

Bayi Umur 2 - 3 Bulan

1. Sucking reflex dah hilang. Time ni Amir dah mula reject botol susu. Aku dah diajar yang kalau baby takmau minum botol susu, kita perlu touch dia punya lelangit so akan automatik isap. Tapi masuk ja 2 bulan, memang dia reject terus botol susu. Rupanya, memang sucking reflex dia dah stop masa tu dan dia boleh control apa yang nak diisap. Jadi ni la point kenapa kami stop botol susu terus.

2. Kalau travel, susu yang dipam boleh guna 2 jam ja. Susu yang guna time travel ni tak sesuai untuk masuk keluarkan dalam fridge - storage box. Sebab susu dah berubah suhu dan dah tak elok. The biggest regret ever. Memang Amir sakit perut gilaaa berak warna hijau. Lepas baca, okay memang tak sesuai guna lama sebab perubahan suhu.

3. Jangan letak milk storage bag dekat pintu fridge. Ni pun sama macam perenggan atas tadi. Sebab kita sentiasa buka tutup pintu fridge dan perubahan suhu selalu berlaku. Kalau nak simpan susu, masukkan terus ke dalam fridge atau invest dengan beli deep freezer. (Sibbaik tak beli freezer, akhirnya sekarang dah tak pam langsung sebab direct feeding ja).

baby ada kahak

4. Bawak pi klinik kalau kahak banyak. Kalau berhari-hari baby batuk ataupun dengar bunyi kahak setiap kali bernafas, better bawak ja pi klinik. Memang kesian sebab baby tak dapat tidur. Kalau bawak pi klinik, doktor akan bagi sedut dulu yang macam asma tu. Memang sampai tertidur la.

5. Invest untuk beli play mat. Aku start beli play mat hanya pada umur Amir 8 bulan. I wish I bought earlier than that. Selama ni, memang aku letak ja Amir atas katil. So akhirnya, Amir memang tak berapa selesa dengan badan dia bila letakkan atas lantai sebab dia tak terbiasa dengan rasa keras dekat bawah badan. Situasi macam ni jadi bila atas katil, pergerakan dia sangat susah sebab kaki dia tenggelam atas tilam yang buatkan kurang support untuk pergerakan bebas.


Beli jenis macam ni, kalau satu koyak still boleh guna lagi. So tak perlu tukar 1 set terus. [Link Shopee]

Tapi apa yang aku perasan selepas letak Amir atas play mat around 3 minggu, baru nampak yang dia start explore diri dia sendiri which is dia dah start pandai nak merangkak walhal baby lain semua dah pandai merangkak lebih awal lagi.  AND FINALLY AMIR DAH PANDAI MERANGKAK pada umur 9 bulan 22 hari (2 hari lepas) YEAYY!! 


Bayi Umur 3 - 4 Bulan

1. Rambut ibu akan start luruh. Jangan terkejut kalau time ni rambut dah start menipis. Gila-gila punya menipis. Aku sampai ke tahap yang memang setiap pagi akan kena kutip rambut luruh dekat atas tilam. Sampai atas lantai pun ada rambut penuh gilaaaa. Tapi akan start jadi okay balik around 2 bulan kemudian.


Bayi Umur 4 - 5 Bulan

1. Teruskan sleep training. Aku ajar Amir sleep training masa dia 2 bulan ya. So belum terlambat untuk ajar dia disiplin. Awalnya memang sama ja macam baby lain, sentiasa nak diangkat apa semua. Tapi kami suami isteri memang dah inform, kami takmau Amir ni diajar untuk sentiasa berdukung (jenuh la akuuuu kalau sentiasa nak kena dukung).

Kalau ada yang belum tahu, baby ni akan terbiasa dengan suatu rutin kalau diulang sebanyak 3x. Jadi kalau 3x berturut-turut korang dukung untuk bagi dia lena, next after tu memang dia expect tu ialah rutin dia dan sentiasa harapkan dukung untuk lena.

Bayi Umur 5 - 6 Bulan

1. Start tidur tanpa bedung. Ramai ja baby lain yang dah start tak pakai bedung. Tapi Amir ni jenis yang cepat terkejut. So kalau tidur tanpa bedung, memang senang sangat nak terjaga since tangan dia asyik bergerak then garu sana-sini. Tapi ada sehari masa time 5 bulan 23 hari, aku saja try remove dia punya bedung sebelum tidur. Memang agak tricky jugak la sebab selalunya sambil menyusu dia akan lena. Tapi kali ni, aku perlu letak Amir tidur time dia masih terjaga. Kiranya ada la siri merengek apa semua dulu sebelum tidur. 

Apa yang aku realised ialah time 5 bulan ni moro reflex dah tak ada. Should be no problem untuk tak pakaikan bedung dah.

Bayi Umur 6 - 7 Bulan

1. Jangan introduce biskut awal sangat. Aku rasa ni GOLD ADVICE yang parents patut tau. Sebenarnya masa first time try makan solid food, kami just bagi makan moi (bubur nasi) ja. Tapi sebagai ibu yang baik dan comel, aku macam kesian tengok Amir makan moi tiap hari. Maka, aku belikan dia biskut NILNA (bukan nama sebenar). Masa awal, Amir reject biskut tu sambil buat muka pelik. Tapi lama kelamaan dia makan and suka. Jadi, kami macam rasa makin mudah bagi biskut sebab dah tak payah masak atau prepare food tiap hari. So kononnya nak selang-seli makan biskut + moi. 

Tapiiiii, Amir terus reject moi tauuu! Dia nak biskut ja, ah sudah! Ikutnya nak ja turutkan, tapi lepas baca few blog post pasal introduce gula terlalu awal - kami decide untuk stop biskut dan paksa Amir makan moi jugak. Alhamdulillah lepastu terus Amir makan moi dengan berselera macam awal. Nasib baik jugak kami berkeras tak turutkan sangat mengamuk takmau makan tu. Kalau tak, memang payah dah la nak bagi makan moi lepasni. Paling penting sebelum beli makanan, cek dulu perkataan GULA.

Bayi Umur 7 - 8 Bulan 

1. Dah boleh tukar tekstur nasi. Kalau masa ni, nasi dah boleh buat kasar sikit dah tak macam sebelum ni. Masa ni la boleh start introduce ayam. Kalau korang nak idea masak makanan bayi, boleh baca dekat sini k nanti slowly akan share resipi yang masak untuk Amir. Harini share pasal resipi pancake bayam.

2. Baby mungkin akan suka goyang kepala. Awalnya aku memang takut la sebab antara tanda anak autism ialah dia suka goyang kepala. Tapi benda ni normal ya.

Bayi Umur 8 - 9 Bulan 

1. Sleep regression. Time ni mungkin mencabar sikit untuk parents sebab tidur baby akan terganggu lagi. Kalau sebelum ni sleep training dah okay tidur lama, time ni mungkin baby akan kerap bangun sebab dia nak training segala benda baru yang dia boleh buat.

2. Baby akan start takut orang. Kalau sebelum ni baby korang mungkin nampak friendly dengan semua orang, time ni mungkin dia akan start takut since dah kenal muka muka yang dah biasa.

3. Separation anxiety. Time ni separation anxiety baby memang mencanak naik sampai nak tinggal sat pun dah susah. Yang ni normal k, so sebelum pi mana-mana explain dulu kat baby cakap nak pi sini sini suruh dia tunggu.

4. Selalu bawak baby keluar ke tempat ramai orang. I wish I knew earlier yang ni. Aku start train Amir bawak pi tempat ramai orang hanya pada umur dia 13 bulan. Time tu aku rasa macam by hook or by crook, aku kena bagi dia biasa dengan tempat yang ramai orang sebab kat rumah kami memang takdak orang pun. Syndrome takut orang ni selalu jadi untuk anak pertama sebab dia takdak sesiapa yang sebaya dia kat dalam rumah.

Amir punya takut orang ni sampai sesiapa ja yang mai walaupun tak kacau dia, memang dia akan nangis teruk gila. Selepas beberapa kali aku bawak di pi pantai, alhamdulillah dia dah tak start takut orang. So better korang start untuk bawak baby socialize awal-awal supaya dia tau dalam dunia ni ada ramai lagi orang selain korang, spouse dan maktok tokwan.

Bayi Umur 9 - 10 Bulan

1. Dah start active semacam. Fuh, memang mencabar betul. Selalunya lepas menyusu terus letak then dia akan pusing kiri kanan then tidur sendiri. Sekarang bila dah pandai duduk sendiri, relax ja dia bangun sendiri duduk then sambung main. So bertabahlah mommies sekalian, susah jugak nak stick pada rutin tidur awal dah kalau keadaan macam ni.

Bayi Umur 10 - 11 Bulan

1. Bayi akan sangat active melompat sana sini. Kalau macam sebelum ni dah rasa mencabar, time ni lagiiii mencabar. 

2. Teruskan main lutcak / peekaboo dengan baby. Game ni nampak biasa tapi ini yang membantu aku untuk tinggal Amir main sendiri kalau time main. Game ni dapat bantu baby tau pasal object permanent dimana kita sentiasa ada walaupun dia tak nampak.

Bayi Umur 11 - 12 Bulan

1 Dah pandai makan pakai tangan. Time ni baru Amir pandai makan sendiri pakai tangan. Memang memudahkan betul sejak pandai makan sendiri ni. Kita dah boleh pi cuci pinggan apa semua sambil-sambil tengok makan. Awal tu risau jugak sebab Amir bukan jenis masukkan apa-apa dalam mulut lepastu dia geli bila pegang makanan. Make sure ajar dia makan slow-slow, jangan paksa dan tunjukkan riak stress ka apa (walaupun memang mencabar tengok dia baling makanan T_T)

Awal tu dia geli jugak, tapi aku buatkan dia slime biji selasih supaya boleh trigger dia punya sensori. Lepas dari tu, memang dah nampak sikit perubahan yang Amir dah boleh pegang nasik.


2. Korang sentiasa la bercakap dengan baby. Time 11-12 bulan, Amir dah pandai bagitau kalau dia dah siap makan, dah siap berak apa semua. Guna ayat-ayat yang simple ja supaya dia faham dan kita pun tak stress untuk faham apa yang dia nak cakap.



Sat tak larat nak tulis, nanti la sambung lagi.. Sekarang umur Amir dah 13 bulan.Okay stay tuned!


Post a Comment

0 Comments