Kesan dan Keburukan Tiktok Yang Anda Patut Tahu

Assalamualaikum.

kesan dan keburukan Tiktok

Ada beberapa hari lepas, aku terjaga dari tidur dan rasa tersangat-sangat nak pos pasal topik ni. So dalam pukul 3 pagi, aku draf sambil tulis tangan tentang apa yang patut ditulis. Dalam pos kali ni, akan diulas serba sedikit berkenaan Kesan dan Keburukan Tiktok Yang Anda Patut Tahu.

Pengenalan terlebih dahulu, pos ni ditulis di atas kapasiti dan kredibiliti (ceyyy!) aku sebagai seorang digital marketer berpengalaman yang memang analyze data lebih dari 5 tahun dan telah exposed di dalam dunia digital sejak tahun 2001. 

So around 22 tahun dah bermula dari zaman sebelum kedatangan Facebook dimulakan dengan MSN, Yahooligans, Matmice, Tagged, MySpace, Blogdrive, Friendster (ni semua dah dikira OG dah sekarang HAHA).

Kesan dan Keburukan Tiktok Yang Anda Patut Tahu

Tak dinafikan yang Tiktok ni ada banyak kebaikan lain seperti bisnes SME boleh berkembang dan bagi exposure lebih cepat kepada dunia luar. Aku tak nafikan tentang kebaikan Tiktok. Even diri sendiri pun pernah jadi heavy user Tiktok before realised apa yang apps ni mampu buat.

Disclaimer, aku memang tak against Tiktok pun sebenarnya. In fact, artikel ni ditulis cuma sebagai awareness kepada semua pengguna di luar sana yang mungkin tak berapa aware berkenaan apps ni. Jadi sedikit sebanyak aku akan put reference for those yang nak baca lebih lanjut berkenaan findings yang akan diulas.

1. Masa Dibazirkan Tanpa Sedar

Yang ni ramai yang makin sedar betapa cepatnya masa berlalu bila gunakan Tiktok. Kalau masa zaman dulu, kita rasa macam Facebook tu dah sangat addictive la. Tapi pada masa sekarang, apps yang paling addictive ialah Tiktok.

[Kredit]

Memang kalau ikutnya video dia paling minimum 15 saat ke 3 minit. Tapi sedar tak sedar masa dah habis dekat 2 jam sebab scroll Tiktok. 

Kalau kita tengok 2-3 video, maksimum masa dihabiskan mungkin 9 minit - tapi macam mana kalau kita mindlessly consume semua video yang lalu di FYP kita? Sebabnya, hampir semua video yang lalu dekat FYP (For Your Page) kita semuanya dapat menarik minat kita untuk tonton sampai habis. 

THIS! Ramai yang tak perasan macam mana Tiktok ni sebenarnya berfungsi. Sebenarnya, semua video yang lalu di FYP kita ditentukan dengan algorithm / algoritma.

Apa itu algorithm?

Algorithm dalam istilah sosial media dan senang difahami ialah sistem yang dah diwujudkan untuk tunjuk sequence content / video kepada pengguna.

Sebagai contoh:
1. Aira minat kucing. Dalam algorithm ni dah susun video Kucing1, Kucing2, Kucing3, Kucing4 yang akan naik ke FYP Aira. 
2. Nabilah minat memasak. Dalam algorithm ni dah susun video Masakan1, Masakan2, Masakan3, Masakan4 yang akan naik ke FYP Nabilah.

Cara algorithm ni berfungsi.

Disebabkan masa daftar tu kita boleh pilih apa minat kita, jadi Tiktok akan suggest video-video yang kita mungkin minat. Contoh, kita ambil situasi di antara Aira dan Nabilah. Terang-terangan Aira minat kucing, jadi segala mak nenek video pasal kucing akan tarik minat Aira untuk tengok sampai habis. 

Then, algorithm Tiktok detect yang 70% orang minat kucing ni akan tengok video Masakan1 sampai habis. Masa ni, Tiktok akan munculkan video Masakan1 untuk Aira. Seandainya Aira tengok video tu minimum 3 saat, maka video Masakan2, Masakan3, Masakan 4 akan mula naik di FYP Aira. So algorithm detect yang Aira akan tengok video berkenaan kucing, masakan dan akan mula suggest macam-macam lagi content yang berkaitan.

[Kredit]

Seandainya algorithm naikkan video Kereta1 di FYP Aira, tapi dia tak tengok sampai habis - maka algorithm akan detect yang Aira tak minat kereta. Jadi video Kereta2 akan dipaparkan tapi Aira still tak tengok video tu habis. Dari situ, algorithm akan berhenti dari suggest video kereta kepada Aira sebab dia tak minat.

Sebab tu video FYP setiap orang memang takkan sama sebab algorithm dah belajar content yang macam mana yang sesuai dan telah cater berdasarkan minat setiap orang. 

So kalau ada orang cakap Tiktok ni banyak video gelek-gelek, maknanya dia ni yang jenis melayan video gelek tu. That's why FYP dia penuh dengan orang menari gelek. Sebab once dia tengok 1 video lebih dari 3 saat, akan ada lagi 10 video yang berkaitan akan lalu di FYP dia.

Cara Beat Algorithm Tiktok

Mudah sebenarnya untuk beat algorithm Tiktok. Antaranya ialah terus scroll once tak minat dengan video tu. Tiktok mungkin akan suggest around 3 video lagi. Tapi kalau semua video yang berkaitan pun korang scroll, maka takkan ada lagi video yang seangkatan dengannya akan lalu di FYP korang.

Sebab ni la penting untuk ada self awareness bila gunakan Tiktok.Kalau kita aware dengan how addictive it is, memang kita akan control masa penggunaan tu. Tapi WHAT IF Tiktok ni digunakan oleh kanan-kanak tanpa pantauan orang dewasa?

Cara penyelesaian: korang boleh limitkan masa penggunaan Tiktok. Contohnya nak scroll around 15 minit ja. Sebab once kita mindlessly consume Tiktok, takdanya nak scroll sat sat sebab semua video pun nampak menarik.

Baca lanjut: How Algorithm Work - Search Engine Land

2. Susah Untuk Fokus / Cepat Bosan

Tahukah anda, video-video pendek boleh buatkan makin susah untuk fokus dan cepat bosan? Video pendek ni tak tertakluk hanya kepada Tiktok, tapi termasuk semua video pendek macam Instagram reels dan YouTube Shorts.

[Kredit]

Yang ni aku realised masa pernah jadi one of Tiktok heavy user around tahun 2020 macam tu. Memang dapat rasa yang sangat susah nak fokus. Rasa macam pegang ja phone, terus masuk Tiktok then consume content lepastu rasa boring then ulang cycle yang sama dengan consume lebih banyak content.

Tapi once pegang ja buku, terus rasa mengantuk sebab rasa boring semacam. Pada masa tu, nampak jugak beberapa orang tweet semakin susah nak fokus untuk membaca bila terlalu banyak consume short video di Tiktok. 

Rupanya, recent study dari China’s Zhejiang University memang found out yang short video macam tu boleh buatkan kita susah untuk fokus dan cepat bosan terutamanya bila buat task yang memerlukan fokus. 

Beza antara personaliti yang praktis instant gratification dan delay gratification [Kredit]

Antara penyebabnya ialah aktiviti yang memerlukan fokus seperti membaca dan main puzzle biasanya akan bagi delay gratification (keseronokan yang tertunda) yang kita akan dapat hanya bila dah siap membaca atau bila berjaya selesaikan puzzle. 

Berbeza dengan short video yang kita consume content terus menerus, kita dapat keseronokan secara cepat (instant gratification) yang akan membuatkan brain kita release hormon dopamine (happy hormon) dengan mudah. 

Disebabkan sudah terbiasa dengan keseronokan yang cepat, aktiviti yang biasa akan jadi bosan sebab happy hormon tak release macam sebelum-sebelum ni.

Cara Penyelesaian: tetapkan masa untuk berapa lama consume content. Jangan mindlessly consume any video yang lalu di FYP terutama content yang laju-laju.

Baca Lanjut: What is TikTok doing to our attention spans? - Yahoo News UK

3. Medium Penyebaran Fitnah

Kuasa Tiktok dalam penyebaran berita viral ni memang tak dapat dinafikan lagi. Dia punya laju viral tu memang mindblown gila. Contoh kalau start viral pagi tu ada 30k views, tunggu ja petang tuptup dah 90k views. Kawkaw punya spread content tu kalau masuk FYP.

Nak masuk FYP sebenarnya bergantung kepada berapa ramai orang yang engage dengan content korang seperti komen, share, save dan favourite - and boom boleh terus masuk FYP.

Tapi jadi keburukan bila content yang disebarkan tu sebenarnya fitnah. Sebabnya memang susah nak bezakan fitnah dengan cerita betul kalau di Tiktok.

[Kredit]


Sebab tu la permainan naratif di Tiktok sangat power. Sesiapa yang buat video dan pandai main naratif memang akan boleh membuatkan ramai orang terjebak dengan permainan persepsi dan buatkan orang percaya dengan perkara yang tak betul pun.

Kenapa?

Macam diterangkan tadi, aku bagi situasi macam mana algorithm berfungsi dalam penyebaran video permainan naratif yang mungkin lalu di FYP dan korang tengok kesemua video tu.

Video 1: Ceramah agama yang berunsurkan fitnah
Video 2: Aminah bercerita semula berkenaan fitnah tapi dari sudut pandangan peribadi
Video 3: Ali bercerita kesan kepada bangsa dan agama
Video 4: Derita Mingguan bercerita fitnah yang tersebar
Video 5: Zubaidah masukkan short video statement parti J tentang perkauman
Video 6: Tira cerita pasal macam mana kita diperbodohkan

Dan tidak semena-mena, korang yang tengok kesemua video ni akan rasa make sense la ceramah fitnah ni. 

For sure, korang rasa semua ni betul sebab semua video yang lalu di FYP pun bercakap pasal benda yang sama dan tak ada seorang pun yang deny perkara tu. Kenapa tak ada orang deny? Sebenarnya ada, tapi video tu tak lalu di FYP sebabnya mungkin dianggap tak berkaitan.

Frankly speaking aku percaya, ramai ja yang terjebak dengan cycle ni. Instead of cari kesahihan, korang akan start komen dan share kepada lebih ramai orang. Dan disebabkan komen dan share tanpa selidik dulu tadi, semakin ramai yang akan dapat reach video tu disebabkan algorithm tahu yang video ni boleh pergi lebih jauh sebab ramai yang interact.

Sebab ni la permainan naratif ni sangat bahaya - sebab orang lain meletakkan projection dan kepercayaan mereka kepada believe system kita. Dan disebabkan semua rasa make sense, maka kita pun percaya. Penerangan lanjut pasal believe system ni boleh baca dari buku  The 4 Agreements - Don Miguel. 

Cara Penyelesaian: Cari at least 4 sumber lain di Google instead of percaya semua video yang lalu di FYP Tiktok

4. Social Media Memang Diciptakan Untuk Buat Duit

Nampak macam hm, tapi after all social media memang diciptakan untuk profit. And the product is YOU!

Korang sangat comel kalau rasa:
  • Semua ads / video yang lalu ni lalu secara tiba-tiba (targeting / retargeting)
  • Random notification diciptakan untuk buat korang aware bila kawan komen (entice to apps back)
  • Hashtag ni untuk buatkan rasa in trend #rayasedondon (interest targeting)
  • Original video ni diletakkan as credit untuk originality (engagement and redirection)
  • Exit button kena tekan banyak kali sebab system error (decrease bounce rate)

NO and NO! Semua diatas ni memang purpose sebenar diciptakan macam tu dan bukan untuk saja-saja. Tambah-tambah yang exit button kena tekan banyak kali sebab system error. 

Korang perasan tak, kalau nak exit Tiktok ja, mesti kena klik button 2 kali cepat-cepat?

Kalau kita klik sekali dan tengok video yang Tiktok suggest dalam masa 3 saat, maka kita perlu klik lagi untuk exit dan video lain pulak yang naik. Cycle tu berterusan sampailah kita berjaya klik button exit 2 kali berturut-turut tanpa tengok video yang ditayangkan tu.

Dalam data analytics, istilah ni dipanggil sebagai bounce rate (istilah website, not sure kalau apps guna istilah apa). Bounce rate bermaksud berapa lama seorang tu boleh berada di website kita sebelum exit. Dan setiap marketer sedaya upaya akan turunkan bounce rate untuk pastikan lebih ramai orang berada di platform kita dan kekal berada di apps.

[Kredit]

Sebab semakin lama orang berada di platform social media, makin banyak data yang boleh dapat dari segi minat, apa yang dia mungkin nak beli selepas ni, dan banyak lagi tindakan lain yang boleh diambil macam akan terbeli barang masa live contohnya. Sebab the product is YOU.

Cara Penyelesaian: Off notifications Tiktok HAHA

Konklusi

Selepas ni korang try tengok semula Tiktok dan cuba relatekan kembali dengan apa yang aku cerita ni. Sekali lagi aku ingatkan yang aku bercerita sebab nak ramai orang aware yang Tiktok ni ada dia punya cons dan ramai ja yang tak sedar.

Tapi once kita sedar, kita akan sentiasa berjaga-jaga supaya tak over limit dan not consume things mindlessly on Tiktok (and social media yang lain jugak).

Aku percaya yang Tiktok ni banyak membantu SME and other content creator out there sebab this is the apps dimana orang biasa yang tak ada rupa pun boleh ada followers sampai cecah million. 

And this is the apps yang orang berani untuk expose siapa diri dia yang sebenarnya instead of nak acah perfect serba-serbi macam kalau kat Instagram.

Cuma kena sentiasa beringat.

Love, XOXO

Post a Comment

1 Comments

  1. mantap. info yang santai tapi agak teknikal dan berisi, seeloknya guna tiktok untuk sebar kebaikan baru datang manfaatnya

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)