Assalamulaikum.
Harini nak share resipi pancake untuk bayi iaitu resepi pancake bayam. Antara resipi mudah yang buat untuk Amir masa umur 1 tahun and dia sukaa sangat! Sebelum ni selalu bagi pancake susu ja, tapi haritu bayam macam banyak sangat. So tercetuslah idea nak masukkan bayam dalam pancake dia.
Rupanya memang wujud ya resipi spinach pancake ni, tapi share kali ni siap campur dengan Cerelac. Takmau campur Cerelac pun boleh, cuma ganti dengan serbuk penaik sikittt.
P/s: Pancake ni warna hijau tau, normal kalau nampak spinach tak hancur. Gambar atas tu pancake susu, sebab haritu buat tak sempat snap gambar terus makan habih dah.
Resepi Pancake Untuk Bayi: Pancake Bayam
Bahan-bahan
4 sudu kecil Cerelac
3 sudu kecil tepung susu formula (atau boleh masukkan susu full cream)
3 sudu kecil tepung gandum (kalau tekstur terlalu lembik, boleh tambah lagi tepung gandum)
Bayam sejemput
1 susu kecil olive oil
Cara-cara:
- Campur Cerelac, tepung susu / susu full cream, tepung gandum. Kacau sebati.
- Kalau tak masukkan susu full cream, boleh tambah air suam. Boleh masukkan sampai barter tak terlalu cair.
- Masukkan barter dalam blender. Masukkan bayam dan blend.
- Tambahkan olive oil dalam barter tadi.
- Sedia untuk dimasak atas kuali
0 Comments