Cara Sleep Training Bayi Sejak Kecil

Cara Sleep Training Bayi

Assalamualaikum.

Harini saja nak kongsi cara sleep training bayi sejak kecil. Kami sleep training Amir sejak dia 2 bulan. Walaupun nak kata takdak la setiap malam perfect, tapi sangat penting untuk konsisten.

Cara Sleep Training Bayi Sejak Kecil

Pertama sekali, sangat penting untuk kita dan spouse sama-sama setuju  cara yang nak digunakan bagi sleep training anak.

Macam kami, memang kami setuju untuk:

  • sleep training
  • kurangkan dukung
  • no buaian
  • no walker

Kami memang setuju untuk sleep training sebab husband kerja jauh. So nak taknak nanti sendiri jela sorang-sorang kena jaga anak. Kalau tak dimulakan awal, takut nanti dah jadi habit dan susah untuk nak restart.

Tapi perlu diingat, tak semua bayi ada personaliti yang sama. So korang perlu try and error apa keperluan yang bayi perlukan untuk bantu dia tidur.

Reminder awal sebelum start share: bayi akan anggap rutin dia bila kita lakukan perkara yang sama 3x berturut-turut. Contohnya nak bagi tidur so kita angkat dukung sampai lena selama 3x, next time dia akan expect itulah rutin dia untuk tidur lepasni.

Saya kongsikan beberapa tips yang boleh guna untuk sleep training anak.

1. Pastikan untuk sentiasa cek wake windows

Wake windows ialah jadual waktu tidur anak masa siang. So waktu ni akan berubah-ubah seiring dengan umur anak.

Dalam wake windows ni, korang boleh selitkan rutin termasuk mandi, feeding apa semua dan boleh tetapkan around pukul 7-8 ialah waktu tidur bayi (bagi usia 2 bulan)

2. Guna rutin yang sama setiap hari

Pastikan ada rutin yang sama setiap hari. Contohnya bangun tidur - menyusu - main. Then mandi - menyusu - tidur.

[Kredit]

Bayi sangat suka dengan rutin sebab dia tau what to expect dengan life dia (ceyyyy!). Dan pastikan kita buat semua ni pada masa yang sama setiap hari.

3. Letak Bayi Sebelum Lena Di Pangkuan

Yang ni paling susah nak dibuat. Lama jugak kami trained Amir untuk tak lena masa menyusu. Tapi tu lah, sentiasa jugak lena time menyusu. 

Amir berjaya buat yang ni time dia dah around 4 bulan macam tu.

Kalau terjaga, boleh ikut step ni. Kredit: Instagram @babylanguage



Kalau boleh, make sure bayi tak lena masa menyusu dan letak bayi di atas katil sendiri masa dah mamai dan masih terjaga. 

Yang ni kita buat supaya bayi tak terkejut. Nanti dia terjaga then terkejut sebab tadi tidur masa menyusu, tapi kenapa sekarang susu dah takdak. Akhirnya, bayi tadi rasa kehilangan dan dia akan menangis yaaa.

4. Pasang Lagu / white Noise / Zikir Untuk Bantu Tidur

Amir dulu memang tidur berbedung sampai 5 bulan. Sebelum tidur, kami akan pasangkan samada Zikir / lullaby atau white noise untuk teman dia tidur.

Kadang-kadang bila dah letak atas baby cot, Amir still bergerak. So kami biar ja supaya dia settle sendiri untuk tidur unless kalau dia menangis yang kuat (bukan merengek).

Bila dah start 6 bulan, boleh slow-slow kurangkan pasang lullaby unless kalau bayi memang susah nak relax sangat-sangat.

Yang ni depends sebab kami buat macam ni supaya Amir tak attach untuk nak kena pasang lagu sepanjang masa nak tidur.

5. Teman Tidur Di Sebelah

Semakin lama ada anak, baru make sense apa yang dibaca dalam buku parenting.

Sebenarnya, bayi akan letakkan parents sebagai point bahawa dia berada di  tempat yang selamat. Jadi bila terjaga then takdak kita kat sebelah, dia akan menangis.

Jadi bila Amir dah besar sikit, memang cuma teman dia tidur kat sebelah ataupun kita sekali la kena buat-buat lena supaya dia pun terlena sekali.

Tapi memang mencabar ya bila dia dah start belajar merangkak + masa nak start belajar berjalan. Sebab time nak tidur la segala skill dia nak practice.

6. Kenalpasti Kenapa Bayi Menangis

[Kredit]

Masa awal dulu, asal dia menangis ja mesti nak sumbat susu takpun tukar pampers.

Then bila observe behaviour Amir selama ni, baru faham yang tak semua benda kena sumbat susu ja. 

Jadi korang kena cek perkara ni kat bayi. Kadang-kadang dia bukan nak susu pun, tapi dia nak:

1. Sendawa. Perut kembung so angkat dan tepuk belakang

2. Hidung banyak taik hidung. Boleh sedut hidung dia pakai penyedut.

3. Hingus. Kalau hingus jenis free flow, boleh bagi tidur atas bantal tinggi sikit supaya bayi lebih senang nak bernafas time tidur.

4. Sakit perut. Mungkin bayi sakit perut nak berak tapi tak boleh meneran kuat, so boleh urut-urut perut bayi pakai minyak urut. Kalau Amir, guna TYT + minyak Yuyi sikit

5. Sejuk / panas. Boleh cek environment yang sesuai dan selesa untuk bayi tidur. Sebelum ni kami ingat Amir suka tidur dalam aircond, rupanya dia suka yang sejuk tapi bukan aircond semata. 


7. Bayi 1 Tahun Boleh Tidur Sepanjang Malam Tanpa Gangguan

Baru ni rasa macam kena sleep training Amir lagi sebab dia macam tak tidur sepanjang malam pun.

P/s: Amir tidur malam pukui 9 atau 10 malam dan bangun jam 7 atau 8 pagi

Aku siap bagi Amir menangis lama sampai sedu-sedu sebab ingat dia berjaga sebab habit 😭 last sekali surrender, sumbat susu. Then time 3 pagi, aku pun beli la course untuk masuk group sleep training baby language.

Kalau korang nak masuk course kat Facebook ni, boleh KLIK SINI. And kalau nak tambahan ilmu tidur, boleh beli Kitab Tidur Anak Malaysia.

Dengan hanya tengok 1 video, hati aku rasa lega... Sepanjang malam yang dimaksudkan ialah 5 jam. So normal kalau kes macam Amir ni sebab dia bangun sebab lapar dan sila la bagi minum susu. 

Lepastu aku terus rasa bersalah sebab drag masa minum Amir sampai buat dia menangis lama gila. So selama ni memang okay ja rutin tidur Amir sebenarnya sebab dia jaga 2 atau 3 kali sepanjang 10 jam sebab breastfeeding (maybe susu sikit so tak kenyang).

Dan baru seminggu ni (November 2023), Amir terus reject direct feeding tau. So nak taknak memang kena paksa jugak bagi dia minum susu. Yang paling surprise, elok ja tukar botol straw dia - terus dia nak minum susu LOL. So selama ni mungkin dia reject susu sebab botol straw tu besar sangat so kalau isap akan masuk banyak dalam mulut.

Yang bestnya sejak minum susu formula ni, Amir cuma bangun sekali ja time malam untuk minum susu dan sambung tidur sampai pukul 7-8 pagi. Lega betul rasa. Then makanan dia pun, dah tak bagi ikut sukatan dah. Just bagi ja ikut seberapa selera Amir nak makan. Ni sebab rasa macam kalau bagi ikut sukatan yang orang suggest tu - memang buatkan dia lapar.

Jadi memang terbukti la selama ni memang dia terjaga malam sebab lapar ja.

Konklusi

Harapnya post ni dapat membantu parents kat luar sana untuk sleep training bayi. Serious awalnya memang macam penat lahai nak trained, tapi lama-lama memang rasa nasib baik trained sebab at least kita pun dapat juga tidur nyenyak time malam.

Korang boleh follow rapat Instagram @babylanguage untuk ilmu berkaitan tidur. Kalau ada yang cakap sleep training ni kena biar ja anak menangis sampai lena, tu maknanya dia hanya terdedah dengan 1 tips sleep training ja. Ada banyak tips dan kita perlu apply berdasarkan keadaan bayi.

Bacaan lanjut apa yang perlu buat kalau bayi tak boleh tidur sendiri, KLIK SINI.

Post a Comment

0 Comments