Baju Bayi Yang Selesa Dari Uniqlo

Assalamualaikum.

Baju Bayi Yang Selesa

Harini nak review Baju Bayi Yang Selesa dari Uniqlo. Memang comfy sangat! Selama ni tak pernah tau pun yang Uniqlo ada baby range. Sebab rasa macam takdak sapa pernah hypekan pun. Selalunya memang orang akan hype dengan t-shirt Uniqlo takpun inner Uniqlo yang super comfy.

Disebabkan itu, maka wujudlah blog post ni untuk review berkenaan baby range dari Uniqlo.



Tips Beli Baju Bayi

Untuk first time mommies, mesti rasa quite tricky bila nak beli baju bayi. Faham! Sebab kondisi bayi tu sendiri yang kadang-kadang kita susah nak jangka. Sekejap dia sejuk, sekejap dia panas. 

Jadi penting untuk mommies ada beberapa baju ni untuk bayi:

  • baju lubang-lubang
  • onesie (dengan legging atau tanpa legging)
  • sleepsuit
  • romper

Amir ni memang tak sesuai pakai onesie sebab selalunya bagi lolpakai dengan legging. Tapi bila dia pakai legging, automatik jadi gatal-gatal sebab ketat.

Cara memilih Baju untuk bayi

1. Pilih material yang lembut seperti material cotton

2. Beli baju yang mudah dibuka dan ditutup supaya senang untuk menggantikan pampers. Antaranya seperti romper dan onesie.

3. Pilih baju yang lebih besar dari size bayi, sebab baby ni senang betul nak membesar. Kalau beli true to size, boleh la pakai around 2-3 minggu macam tu ja4.  Beli baju yang sesuai dengan cuaca panas dan sejuk. Bezakan baju siang dan malam. Contohnya masa malam bagi pakai lengan panjang kalau cuaca sejuk.

Baju Bayi Yang Selesa Dan Super Comfy!

Antara baju bayi yang paling selesa ialah dari Uniqlo. Memang baju ni super comfy! Terima kasih Basyir (junior masa Saina) yang bagi baju ni. Dah la banyak terus dia bagi sekali dengan baju budak size 4 tahun.



Terkejut la kita dengan husband sebab memang tak pernah tau yang Uniqlo ada baby range sebab takdak orang hype-kan pun?

Sebenarnya ada 3 baju yang kami dapat as hadiah, tapi tu la yang 2 lagi warna pink. Takkan la nak bagi Amir pakai warna pink kan? So kami decide lagi 2 tu simpan untuk bakal adik Amir nanti jela. Yang itik comel dengan Mickey mouse ja yang nak bagi Amir pakai.

Review Baju Bayi Yang Selesa Dari Uniqlo

Mesti korang rasa tertanya-tanya kan, berbaloi tak beli baju ni. Ataupun better beli baju biasa dekat Shopee ja sebab baby kan cepat besar.

Aku sangat-sangat faham perasaan tu. Sebab husband pun cakap jangan beli terlalu banyak baju sangat untuk baby. Tapi faham tak, comfort tu penting tauuuu! Baby ni dia sejuk pun nangis, panas sangat pun menangis sampai segala benda boleh jadi penyebab nangis.

Conclusion awal, ya sangat berbaloi beli baby range dari Uniqlo. Dan sangat sangat sesuai untuk dijadikan hadiah!

Material dia macam mana?

Material dia to be honest memang sangat comfy. Faham tak, kain dia macam tebal tapi sejuk. Kalau letak perbandingan antara brand ni dengan yang lain, memang nampak la kualiti tu berbeza. So baju ni worth every penny!


Kalau dijadikan hadiah, confirm parents yang akan excited lebih sebab anak kecik-kecik dah dapat pakai baju siap brand Uniqlo. Haha coolioo gilaaa kutt!

Apa Kelainan Baju Bayi Uniqlo

Kalau yang selalu bagi anak pakai romper, korang akan hadap satu problem ni. Aku pun memang selalu encounter masalah ni iaitu tersilap button. Memang kalau tersilap satu button, tudiaaa jenuh la bukak habih semua button. 

Pada awalnya aku macam pelik, kenapa Uniqlo letak button lama (warna cream) dekat baju dia. Then setelah lama belek, baru perasan yang sebenarnya ada 1 ja button cream sikit, yang lain semua button putih.

And button cream tu pulak betul-betul letak dekat tengah antara celah kangkang. Jadi aku conclude yang memang button ni disengajakan letak warna lain supaya mommies tak silap buttonkan. Memang sangat membantu. 

Dengan baju ni, jarang sangat la nak silap button sebab ada button warna cream tu. And aku pun dah tak stress nak buttonkan baju Amir. Korang cuba bayangkan, baby ni kena tukar pampers around 5x sehari. Dah kalau 5x jugak nak tersilap button, memang super stress tau.

Sebab tu la aku rasa mak-mak akan rasa super senang bila pakaikan romper yang macam ni.

Key Takeaways

Korang yang masih tercari-cari hadiah yang sesuai nak bagi untuk newborn, better beli ja baju ni. Serious parents memang happy. Takpun, yang nak beli sendiri untuk anak pun memang sangat berbaloi. Dengan warna dia cantik, then super function, kain lembut. Apa lagi yang tak cukup, semua cukup!

So kalau susah sangat nak melangkah pi Uniqlo, beli ja dari website https://www.uniqlo.com/my/en/baby


Artikel Berkaitan: Pengalaman Jadi Ibu Baru, What I Wish I Knew Earlier


Post a Comment

0 Comments