Resipi Puding Roti Untuk Bayi

Assalamualaikum.

Resipi Puding Roti Untuk Bayi


Harini nak share resipi Puding Roti untuk bayi. Memang senang sangat buat puding roti ni. Setakat ni, sampai Amir dah umur 1 tahun 7 bulan pun still tak pernah reject makan puding ni.

Puding Roti Kismis
Amir masa 1 tahun 2 bulan makan puding roti kismis

Resipi Puding Roti Untuk Bayi

Resipi pun sangat simple, cuma guna bahan-bahan yang ada dekat rumah untuk buat puding roti yang sesuai untuk bayi.

Bahan-bahan:

  • 2 keping Roti putih 
  • 100 ml Susu Dutch Lady atau susu formula
  • Kurma / Pisang / Kismis (optional)

Cara-cara:

  1. Blend 2 keping roti. Boleh koyak-koyak dulu sebelum masuk dalam blender. Kulit roti nak buang pun boleh, tapi kita tak buang pun biar ada rasa pahit sikit.
  2. Tuang susu dalam blender. Kalau guna susu formula, boleh bancuh dulu sebelum tuang.
  3. Masukkan bahan-bahan optional.
  4. Blend semua bahan sampai halus.
  5. Masukkan dalam loyang. Kukus dalam masa 15 - 20 minit.
  6. Masukkan dalam chiller untuk bagi cepat sejuk. Kalau nak lagi cepat, masukkan dalam freezer.
  7. Sedia untuk dimakan!


Untuk susu formula, memang Amir ni lactose intolerant. So, akan bancuh susu Dugro Soy then baru masukkan dalam blender. Kalau masukkan tanpa bancuh dulu, takut nanti tak blend elok (?). 

Then, masa kecik dulu, portion resepi atas ni dah cukup untuk buat Amir makan pagi & petang. 

Puding Roti Pisang
Amir masa 1 tahun 7 bulan, makan puding roti pisang

Tapi bila Amir dah besar sikit, dah adjust resepi supaya Amir boleh makan 2 kali. So sekarang letak 150ml susu dan 3 keping roti.

Selamat mencuba! Semoga anak suka dengan puding roti ni. Kalau anak suka, alhamdulillah mudah sikit kerja nak menyedia sebab resepi ni sangatttt simple.

Love,
XOXO

Artikel Berkaitan: Resepi Spaghetti Carbonara Untuk Bayi 1 Tahun

Post a Comment

0 Comments