Assalamualaikum.
Harini nak cerita pengalaman pasang IUCD, yang mana bagi aku sangat sakit. Sebelum ni baca pengalaman orang lain, semuanya cakap macam gigit semut la, takpun ngilu sikit ja. Tapi aku punya pengalaman ni memang totally lain.
Kenapa Nak Pasang IUCD
Ramai jugak yang tanya, kenapa nak pasang IUCD padahal Amir pun dah 1 tahun 9 bulan? Sebenarnya sebelum ni cucuk depo dah almost setahun setengah. Cuma lepas ja Amir stop breastfeeding, period memang terus menerus turun tak berhenti dah 6 bulan.
Period Tak Berhenti Selepas Cucuk Depo
Untuk kes aku, bukan period yang jenis heavy tau. Tapi mai period yang jenis spotting sikittt macam tu ja.
[Kredit]
Kiranya sepanjang 6 bulan ni memang aku dah taktau berapa banyak pantyliner yang dah dihabiskan. Yelah, setiap solat kena tukar baru and kena basuh elok-elok pastu kena sumbat kapas. Serious tak comfortable sangat especially kalau time kita tengah travel pi mana-mana.
Selain itu, hormone aku memang kacau teruk jugak la. Muka yang boleh kata clear nowadays banyak gila jerawat, surut satu tambah dua - memang fed up! And rasa badan sangat letih lepastu macam senang annoyed dengan husband (HAHA hatni taktau la sebab hormone ka apa).
Pengalaman Pasang IUCD Yang Menyakitkan
Aku tulis ni supaya ramai yang bersedia untuk rasa kemungkinan rasa sakit semasa proses pemasangan IUCD. Sebelum ni oang lain cakap, elok ja dah bukak seluk semua elok, then lepastu rasa macam gigit semut ja.
[Kredit]
Tapi mai part aku, memang pengalaman tu totally different terus. Aku buat pemasangan IUCD dekat Klinik Kesihatan (KK) tempat yang sama macam cek time pregnant. Caj IUCD di Klinik Kesihatan cuma RM1.
Masa awal kita jumpa Dr, memang Dr akan tanya pasal history pencegahan kehamilan sebelum ni. Dia akan tanya la period kita mai bila, stop bila. Then start bila jadi. So sangat penting untuk ingat segala detail apa yang terjadi masa bulan sekian dan sekian.
Mula-mula aku assume Dr takkan pasang sebab tak period. Angah cakap memang selalunya pasang time period supaya tak sakit dan lebih senang. Tapi Dr still proceed jugak.
Prosedur Pasang IUCD
Bila Dr dah berpuas hati, maka dia akan minta kita baring atas katil. Time ni, korang baring ja siap dah bukak spender tau! Better masa nak pasang IUCD tu pakai kain supaya senang ja selak kain. Kalau korang pakai seluar, time ni korang akan disuruh untuk bukak seluar dan tutup guna selimut ja.
So aku akan cerita ja prosedur yang aku lalui kat bawah ni. Sorry sebab tak boleh cerita dengan term yang sepatutnya sebab kita pun bukan Dr, hihi.
Prosedur 1:
Dr akan start scan rahim kita macam time kita pregnant dulu. Dia akan cek kedudukan rahim dan tinggi rahim. Masa ni memang dia akan sapu gel macam biasa pastu tekan-tekan scan rahim la.
Prosedur 2:
Masa ni korang akan diminta untuk selak kain. Fuhhh memang rasa macam time nak beranak semula, tapi dia punya segan tu lebih menebal. Time beranak, otak dok pikiaq nak anak selamat ja. Tapi time ni, dok pikiaq segan la pulak.
Lepastu memang akan rasa macam kena seluk masa beranak, cuma kedalaman diseluk tu lebih dalam. Yela, masa beranak at least posisi akan memang dok tungging nak keluar ja so kepala pun memang dah kat bawah.
Yang ni punya rasa seluk lain. Mula-mula dia akan masukkan alat yang macam muncung itik tu untuk pegang cervix supaya sentiasa terbuka semasa prosedur. Lepastu dia akan masukkan alat untuk ukur panjang rahim kita. Panjang rahim aku 7cm, jadi memang depa dah ukur IUCD untuk masuk panjang tu.
Time ni memang rasa sama ngilu macam nak beranak.
Prosedur 3:
IUCD dimasukkan ke dalam. Kita memang dapat rasa macam ada satu benda kecik tengah masuk tau. Memang akan rasa syiukkkkk naik di tojah ke atas lepastu ngilu sikit. Aku rasa prosedur normal dia memang rasa macam tu.
Tapi mai kat aku, macam bapak ahhh lama gila tak siap lagi?
Rasa macam benda tu dah masuk lama, tapi kenapa tak siap?
Dah dengar bunyi gunting, tapi kenapa semua Dr nurse macam struggle ja?
Kat sini ceritanya bermula...
Kronologi Sakit Pasang IUCD
Lepastu dah siap! Aku pun macam fuhh lega. Tiba-tiba Dr cakap:
"Maaf puan, saya tak dapat masukkan IUCD sebab dia macam tersekat tak dapat nak tolak ke atas."
"Saya nak tolak, tapi memang tersekat. Kita pun taktau apa kat dalam tu. Mungkin polyps atau ada ketulan lain"
"Lepastu saya nampak dekat atas tu macam permukaan dia tak cantik, macam ada lekuk macam tu. Mungkin spotting puan sebenarnya datang dari situ."
"Saya akan minta Dr lain pulak yang pasang ya puan."
So sepanjang tu, aku memang terbaring tenang kat situ dengan kain terselaknya. Bapak sejuk kut =.="
[Kredit]
Then datang Dr lain pulak. Bayangkan eh, kena ulang semula prosedur yang sama, masukkan lain mulut itik, tolak smua barang masuk dalam lagi dan tenang.... Tiba-tiba ehhhh semua barang terlorot sendiri, so bazir 1 IUCD.
Selepas tu, semuanya dikeluarkan balik dan dimasukkan 1 lagi IUCD baru untuk kali ke-3. Time ni aku dah macam, okay lagi masih tenang... Tetap rasa macam seluk time pregnant, cuma Dr yang kedua ni lebih gentle dan tak ngilu sangat.
Sampai la satu part tu dia cakap sekarang nak masukkan IUCD ya puan. Memang rasa IUCD masuk lepastu rasa SENAK GILA! SENAK YANG MACAM NAK TERBERAK tapi Dr cakap punggung letak bawah ya puan.
Then dia TEKAN LAGI MASUKKAN, time ni aku dah YA ALLAH, YA ALLAH, ASTAGHFIRULLAH APA SEMUA DAH. Masa ni, aku dah macam meratib sorang-sorang . Memang sakit ni aku tak pernah rasa masa beranak. KO RASA?
[Kredit]
Around 1 minit lebih lepastu, dah stop tak rasa apa. Semua peralatan dah dikeluarkan. Then aku macam leganya dah settle. Then Dr cakap:
"Maaf puan, kami tak dapat masukkan IUCD sebab masa tolak tu puan nampak sakit. Memang masa nak tolak tu rasa terlekat. Sayang sebab sikit lagi nak tolak habis."
"Takpe puan, kita akan rujuk kes puan ke pakar. Jadi pakar yang akan pasangkan IUCD untuk puan."
Dr pun tanya aku sakit macam mana sebenarnya. Actually, dia sakit yang rasa nak terberak tapi takleh berak tau. Sakit yang ngilu, even sekarang tengah tulis ni pun aku dok rasa macam ngilu lagi bila mengenangkan semula.
Aku tengok jam, total masa yang diambil around 1 jam. Lepastu terus aku keluar pi toilet. Ingatkan nak berak, rupanya muntah yang keluar.
Serik Pasang IUCD
Dr dah arrange untuk jumpak pakar, so pakar decide untuk bagi aku stop dulu cucuk depo then try makan ubat. Sebab mungkin period sebelum ni disebabkan cucuk.
In case makan ubat pun still period, baru Dr pakar yang akan pasangkan.
Then aku cakap kat Dr,
"Saya try dulu makan ubat. Tapi in case tak okay jugak, mungkin saya nak buat implanon kat swasta kutt. Saya takmau pasang IUCD dah."
SERIK.
Untuk yang nak pasang IUCD, hope for the best but prepare for the worst okay!
4 Comments
salam awak.. saya baru baca komen awak kat blog saya. terima kasih singgah blog saya.. :)
ReplyDeleteAllah.. memang ngeri pengalaman awak pakai iucd. sejam tu memang terlalu lama. saya ingat diorang akan arrange appointment lain utk cuba pasang lagi, rupanya dalam waktu yg sama tu jugak ye diorang try.. semoga dipermudahkan semua urusan awak... :)
Wassalam, alhamdulillah terima kasih sis. Plot twist, lepas tak berjaya pasang, baru saya dapat tau kakak saya yang pasang IUCD pregnant T_T Kalau tau awal, maybe taknak pasang dah HAHA
DeleteSalam hi sy jumpa blog ni lepas baru je pasang iucd. Apa yang awk cerita SAMA ya sakitnya especially part rasa nak terberak sakitnya tu haha. Sy tak pernah bersalin normal n dua kali czer so sy mmg expect mmg sakit ni. Mmg betul sakitnya mcm nk beranak paksa dulu sbb sy igt ini lah sakitnya masa sy induce anak first y last2 jd emergency czer. Tp alhamdulillah doc dpt masukkan td. Thank you for writing this and making me feel my experience and my pain is valid.
ReplyDeleteWassalam. OMG SIS! PERASAAN NI SANGAT VALID YA! Dah la balik tu siap keluar darah, muntah-muntah lagi. Tahniah sis berjaya pasang IUCD :D Saya siap pi scan takut-takut ada ketumbuhan ka apa, sampai Dr pakar pun pelik kenapa Dr KK bagis statement macam tu T_T
Delete