Assalamualaikum.
Lately, rasa macam sangat moody and down. Sebenarnya, perasaan ni datang setiap kali husbaby pi kerja. Perasaan ni bukan macam nakkan ada someone disisi tau. Dia macam lebih kepada overthiking dengan masa lepas. Dan selalunya lebih kepada 'kalau' la macam ni dulu, 'kalau' la itu ini padahal benda macam tu sangatlah bahaya.
Jadi disebabkan itu, antara regret terbesar pada masa tu ialah terlalu ego dan terlalu ada trust issue pada sesiapa. Padahal time tu ada 2 orang yang aku memang nak share berkaitan apa yang aku lalui mengharapkan depa boleh tolong digest and advice. Tapi diri sendiri terlalu EGO untuk nak mengaku then hari-hari berlalu tanpa aku cerita dan minta apa-apa pendapat dari mereka berdua.
Baru-baru ni aku ada text kedua-duanya dan lepas dari tu memang rasa lega-seleganya. Bayangkan, aku sangat rasa bersalah bila orang layan aku dengan baik while aku sendiri tau yang actually both of them boleh dipercayai. Tapi at that time memang tak berani langsung nak cerita apa-apa padahal dalam hati aku time tu memang dah cakap "hang ada beberapa minit ja lagi untuk nak cerita, so better cerita" but aku stop kat situ ja.
Setelah aku duduk dan fikir, aku rasa macam dah tau punca kenapa semua ni tiba-tiba jadi.
Ingat Young and Single Era
Yelah, time muda masa dulu memang takdak masa langsung nak duduk mengelamun then fikir betul ka apa aku buat ni, macam perangai aku ni betul ka macam ni - or akan ada orang terguris tak.
Sebab time tu walaupun ada masalah macam mana sekalipun, aku akan sibukkan diri. Ada masalah lagi? No hal, sibukkan lagi diri dan tambahkan lagi banyak aktiviti.
Masa tu tak pernah terfikir yang ada ja solution lain yang boleh nak dibuat selain sibukkan diri supaya tak fikir apa-apa.
Banyak Masa Terluang
Menjadi seorang ibu, nak kata ada banyak masa terluang sangat tu tak la pun. Tapi masa terluang tu akan ada bila anak dah start tidur. Sementara nak tunggu anak tidur, kita akan duduk kat sebelah then tunggu.
Dalam masa tunggu tu, kadang-kadang fikiran akan mula mengelamun dan ingat benda yang sebelum ni tak pernah nak ingat pun. Atau back then maybe aku ingat, but time tu aku ingatkan diri sendiri yang ambil semua benda ni as lesson. (Sibbaik aku ada baca blog lagi satu, blog tu aku ada tulis pasal segala penyesalan around 7-8 tahun lepas).
Tak Move On
Bila dah kahwin and ada anak, actually banyak benda yang kita buat time single tu dah makin susah nak dibuat tau. Antaranya aktiviti lasak-lasak sikit la, then nak me-time pun hanya bila anak dah tidur.
Memang tak dinafikan, Amir ni antara bless terbesar yang ada dalam hidup aku selain suami yang sangat supportive. Cuma kadang-kadang macam rasa masih tak dapat move on bila tengok gambar-gambar lama pi hiking, camping then buat aktiviti luar.
Dia macam aku rasa tak move untuk tukar ke dunia lain yang fully duduk dekat rumah (sebab 100% kerja WFH sambil jaga anak).
Terlalu Banyak Kerja
By hujung bulan, memang kena kejar deadline kawkaw. Kadang duduk sendiri dok fikir apalah nasibku. Tapi nak buat macam mana, dah aku yang buat execution but the rest is history. Sksksk.
Penyakit Duduk Rumah
Bila sentiasa duduk rumah setiap hari, memang jadi tepu. Secara jujur, kerja WFH 100% ni best tapi sometimes rasa tepu yang setepunya. Time pregnant dulu, kalau tepu memang akan keluar buat kerja di library. Tapi sejak ada anak ni, memang tak dapat la nak buat macam tu dah.
Most of the time, kalau keluar rumah sekalipun, memang keluar untuk:
- Beli barang basah
- Beli makanan
- Beli barang Amir
- Bawak Amir naik kereta
- Buang sampah
- Boring so pusing-pusing naik kereta
Tak Ada Hobi
And kemarin aku perasan satu benda. AKU. DAH. TAK. ADA. HOBI. Like whaaattt?! Padahal benda tu umpama fuel dalam life aku kut? Lately aku cuma pilih untuk bermalasan dengan alasan penat kerja sambil jaga anak. Zzz.
Betul, dah la marathon tengok Korean drama series dah satu hal. Then tidur lambat. Bangun tidur dengan malasnya then harapkan hari tersebut akan jadi lebih baik.
Tapi at the end time malam, masih tidur lambat sebab marathon movie dan rutin tu berulang dan berulang. Sampai akhirnya, aku dah jadi fed-up dengan diri sendiri. Sebab asyik tipu diri sendiri then procrastinate melampau. Pagi kemarin masa bangun tidur, memang aku terus unsubscribe Netflix and harapnya aku tak subscribe dah.
Dan kalaupun aku subscribe after ni, aku akan pastikan yang aku ada self-control untuk ada screen time and masih tidur mengikut rutin yang sepatutnya.
Q4 Tahun 2024
Jadi untuk Q4 2024, aku berusaha untukt terima hakikat yang I'M A WOMAN and A MOTHER. Life aku mungkin dah tak sama macam masa single dulu, tapi I can make it the best era!
I'll Be Kind
Kadang-kadang rasa macam malas la nak jadi baik. Tapi bila aku kenangkan 2 orang tadi, terus rasa macam aku perlu jadi baik sebab aku suka orang baik macam tu. And I want to be like them too. They are super matured and tak sure how they can be so matured?
Put Myself First
Walaupun put myself first, aku akan sentiasa pastikan orang sekeliling pun okay dan tak jadi ignorant and selfish. Contohnya bila dengan Amir yang kadang-kadang sangat menguji kesabaran.
Tapi aku perasan yang bila aku sayang diri sendiri dulu, automatik Amir pun macam automatik okay? Macam tak terlalu cranky? Or sebab bila letak diri sendiri dulu, so cup aku akan penuh. Then aku pun masih ada lebihan untuk penuhkan cup Amir? Yugedit?
Be That Woman
From now, aku akan pakai cantik-cantik and wangi even dalam rumah sekalipun. Kalau pi dekat sekalipun, pakai ja cantik-cantik. Then exercise, makan makanan sihat, baca buku, dengar dan baca yang baik-baik.
Bulan ni dan seterusnya akan diisi life dengan semua yang baik-baik. Lately
perasan yang kalau aku fokus pada kekurangan sendiri, memang sangat nampak
yang diri sendiri sangat mangsa dan mengasihankan. Macam semuanya tak berpihak
kepada aku sejak dari lahir (tudiaaaaaaa!)
Tapi once aku isi fikiran dengan it's okay nobody perfect, you learned and move on - then automatik aku rasa macam life aku quite smooth and ada good vibe macam tu.
So yeah , inshaAllah nanti update lagi!
Artikel Berkaitan: Pengalaman Childhood Trauma
0 Comments