Contoh Surat Rayuan Masuk Sekolah

Assalamualaikum.
Contoh Surat Rayuan Masuk Sekolah



Harini nak share Contoh Surat Rayuan Masuk Sekolah supaya ibu bapa diluar sana lebih senang nak memohon untuk kemasukan anak ke prasekolah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan,
PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH DI SK DEWA TERTINGGI, KEDAH SESI 2024

NAMA MURID : SITI NURHALIZA BINTI TARUDDIN
MYKID MURID : 130600076838

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Terdahulu saya, selaku bapa kepada pelajar di atas telah menerima keputusan berkenaan kegagalan untuk menempatkan diri bagi sesi persekolahan Tahun 2024 melalui surat atas talian yang di terima dari Guru Besar SK Dewa Tertinggi bertarikh 4 Januari 2024.

3. Oleh yang demikian, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon rayuan agar nama calon di atas dipertimbangkan semula untuk di terima masuk ke prasekolah bagi sesi 2024 atas sebab-sebab seperti berikut ;

i. Untuk makluman pihak tuan, saya amat berminat dan berharap anak saya dapat belajar di sekolah tersebut. Melalui sistem pendidikan, kebolehan dan kredibiliti tenaga pengajar serta jadual waktu persekolahan yang tersusun, saya percaya SKDT mampu memberikan kualiti pendidikan yang terbaik sekaligus melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan dari sudut sahsiah.

ii. Berdasarkan prestasi pembelajaran, anak saya menunjukkan perkembangan yang positif ketika melalui proses pembelajaran tadika bermula ketika usia 4 tahun dan kini berusia 5 tahun. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang mendenggar kata dan berdisiplin.

iii. Selain itu juga, anak saya merupakan seorang pelajar yang aktif ketika di tadika dengan menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak tadika.

4. Berdasarkan bebarapa perkara di atas, saya sentiasa ingin memberi pendidikan yang terbaik kepada anak saya dan merayu agar keputusan ini dipertimbangkan semula agar anak saya diterima masuk sebagai pelajar SKDT bagi sesi 2024.

5. Akhir kata, semoga dengan kahadiran surat rayuan ini sedikit sebanyak mampu memberikan harapan dan peluang kepada Siti Nurhaliza Binti Taruddin untuk memperolehi pendidikan yang terbaik.

Saya menanti sebarang maklum balas yang positif dari pihak tuan agar rayuan ini sentiasa berada di dalam pertimbangan yang sewajarnya.
Sekian Terima Kasih.

Yang Benar, …………………………
(TARUDDIN BIN ABDULLAH)

Post a Comment

0 Comments