Cara Wax Ketiak Sendiri Di Rumah

Assalamualaikum.

Cara Wax Ketiak Sendiri di Rumah

Kalau korang adakah first timer atau newbie yang baru nak wax ketiak sendiri, korang ada di channel yang betul. Kali ni kami akan terangkan cara untuk waxing ketiak sendiri di rumah.

Disebabkan tak semua parents nak mengajar benda macam ni, jom sama-sama kita belajar sendiri berdasarkan experience admin.

Cara Wax Ketiak Sendiri di Rumah

Cara nak waxing ketiak sendiri ni mudah ja. Barang-barang basic pun selalunya dah ada kat rumah.

1. Pertama sekali, kena ada wax. Kalau nak senang, beli ja wax yang siap bancuh seperti WawaWax takpun Norah Wax.

Kalau nak buat homemade wax atau wax sendiri Di rumah pun boleh. Ni resipi dia:



2. Make sure bulu ketiak tu panjang at least dalam 1cm macam tu. Kalau terlalu pendek, mungkin susah sikit. Kalau panjang sangat, maybe boleh trim dulu bagi pendek yang sesuai

3. Sapu wax ikut arah bulu tumbuh. Yang ni admin sendiri pun susah nak faham. Tapi senang cerita, kalau korang nak tarik strip dari atas, make sure sapu arah yang bertentangan.


4. Tunggu sekitar 2-3 minit. Kalau pegang strip tu dah macam keras kering, then maknanya dah sedia untuk ditarik la tu.

5. Sebelum tarikh strip, tarik nafas dalam-dalam then tarik cepat-cepat. Kalau first time wax ketiak, memang normal kalau keluar darah sikit dari akar tu. Tapi kalau dah selalu buat, memang tak keluar darah dah.

6. Boleh sapu baby oil dekat ketiak atau any oil yang boleh bagi sooth macam rosemary oil, jojoba oil etc.

7. Strip tu boleh terus basuh kalau nak senang tanggalkan bulu dari situ. Tak rendam pun boleh, just lalukan bawah air mengalir then memang dah slow-slow boleh hilangkan bulu. Kalau malas basuh, jangan letak merata sebab nanti semut boleh kerumun strip ketiak korang.

Percayalah, lepas korang buat wax ketiak - maybe korang takkan berpatah balik ke shaving. First sebab ketiak memang akan jadi selembut baby. Second sebab buku susah nak tumbuh. 

Bulu ketiak selalunya akan tumbuh around 2-3 minggu but around 6 weeks baru nice kalau wax semula. So memang jimat masa dan tenaga.

Kalau korang nak baca review pasal WawaWax dan NorahWax, boleh baca kat sini.

Review WawaWax: https://www.tinsyaz.com/2022/07/review-wawawax-hair-removal.html

Review NorahWax: tak tulis lagi 

Kelebihan Waxing Ketiak Berbanding Cukur

Waxing sering dianggap lebih baik daripada mencukur ketiak kerana beberapa kelebihan berikut:

1. Bulu lambat tumbuh

Waxing mencabut bulu dari akarnya, jadi pertumbuhan semula bulu lebih lambat berbanding dengan mencukur yang hanya memotong bulu di permukaan kulit.

2. Bulu lebih halus

Setelah waxing, bulu yang tumbuh biasanya lebih halus dan lembut kerana ia tumbuh kembali dari akar, berbanding bulu yang dipotong kasar semasa mencukur.

3. Mengurangkan iritasi kulit

Waxing boleh mengurangkan risiko iritasi kulit seperti luka kecil, bintik merah, atau gatal yang sering berlaku selepas mencukur, terutama jika mencukur dengan teknik yang salah.

4. Mengelakkan bulu tumbuh ke dalam (ingrown hairs)

Waxing yang betul dapat membantu mengurangkan risiko bulu tumbuh ke dalam, yang kadang-kadang berlaku dengan mencukur.

5. Kulit lebih halus

Waxing juga menghilangkan sel kulit mati di permukaan, menjadikan kulit terasa lebih halus selepas rawatan.

Tapi perlu diingat, waxing mungkin lebih menyakitkan dan memerlukan persiapan yang lebih panjang dibandingkan mencukur. 

Kalau untuk yang memang tak tahan sakit, prepare for the worst la. Cuma best bila tengok buku keluar then nampak dia punya akar macam lalang. Satisfying sangat! 

Artikel Berkaitan: Review WawaWax Hair Removal

Post a Comment

0 Comments