Harga Baiki Kereta Viva Leaking Petrol

Assalamualaikum.

Harga Baiki Viva Leaking Minyak Petrol

Harini nak cerita kisah Viva. Tiba-tiba haritu macam dah lama tak start kereta. So kita pun start la, macam susah ja nak start pun. Memang masa tu kita tak expect apa langsung.

Sampai la terdetik yang kereta ni memang dah lama tak isi minyak. Tambah pulak bila meter kereta rosak, jadi lagi susah la nak tau berapa banyak lagi minyak petrol yang berbaki.

Elok ja isi minyak, memang sekali start pusing kunci pun kereta dah start dengan elok. So kita pun macam okayyyyyyyyy takdak minyak rupanya.

Macam Mana Boleh Sedar Kereta Leaking Minyak

Kisah bermula bila tiba-tiba malam tu macam bau minyak kuat sangat. Tiba time pagi, lagi kuat bau minyak.

Sampai jiran pun tanya jugak la bau minyak ni dari mana. Sebab dok ingat kita ja bau minyak petrol ni selama ni.

Viva leaking minyak petrol

Sampai dah beberapa hari, bau minyak dah makin reda and hari hujan. Time tu baru perasan bawah kereta memang nampak kesan minyak. HAHA elok la dah berapa hari dah pun leaking.

Harga Baiki Viva Leaking Minyak Petrol 

Harga Baiki viva leaking minyak petrol

Selepas seminggu, baru la WhatsApp pomen mai tengok kereta. Harga baiki Viva leaking minyak petrol ialah RM103. Perlu diingat, ni harga termasuk caj pomen mai rumah.

Viva leaking minyak petrol

Rupanya hose minyak tu yang dah terkoyak la. Nak expect apa kan, kereta dah around 14 tahun dah.

Korang kalau minyak dah leaking, tolong la jangan drive kereta lagi dah. Bimbang takut terbakar sebab panas.

And rasa macam sure yang tank minyak dah kering kontang 😂

Artikel Berkaitan: Kesan Dan Keburukan Tiktok Yang Anda Perlu Tahu

Post a Comment

0 Comments