Tempat Untuk Jual Barang Terpakai Online

Assalamualaikum.

Tempat Jual Barang Terpakai Online

Entri kali ni nak share pasal kat mana kita boleh jual barang terpakai secara online.

Frankly speaking dah guna apps ni sejak 7 tahun lepas. Dah dah dapat jual banyak jugak la barang dekat apps ni. Sebelum ni, memang sentiasa bagi free ja barang dekat sesiapa sebab takmau simpan.

Disebabkan apps ni, aku dapat jugak la 'income' hasil jual barangan terpakai.

Tempat Untuk Jual Barang Terpakai Online

Korang boleh jual barang terpakai secara online di apps Carousell. Kadang-kadang, barang yang baru pun ada jual di Carousell. Sayalah tu salah seorang yang jual barang baru.

Most of the time, walaupun barang tu baru tapi harganya jauhhhhhhh lagi murah berbanding di platform lain. Cumanya kena pandai cari in case ada yang jual fake punya.

Antara sebab jual barang baru dengan harga murah:

  • FOMO beli masa sale lepastu tak guna
  • Terlalu banyak barang nak guna sampai tak sempat guna
  • Tak matching colour
  • Tak suka material etc
  • Tak kena taste

Pengalaman Guna Apps Carousell 

Overall pengalaman guna apps Carousell ni, semuanya positif. Pernah jadi pembeli dan juga penjual.

Pengalaman guna apps Carousell 


Kalau korang macam takut kena scam di apps Carousell, boleh ja terus tekan Buy button.


Dekat situ, duit hanya akan release kepada penjual bila ada cukup bukti bahawa pembeli dah terima barang dengan baik.

Barang Yang Boleh Dijual di Apps Carousell 


Macam-macam barang yang boleh dijual di Carousell. Antaranya:

1. Barangan terpakai
Pakaian & aksesori (baju, kasut, beg tangan, jam tangan)
Peralatan rumah (perabot, peralatan dapur, barangan hiasan)
Peralatan elektronik (telefon pintar, tablet, laptop, kamera)

2. Barangan baru
Produk handmade (kraf, sabun buatan sendiri, lilin)
Produk kecantikan & penjagaan diri (kosmetik, produk penjagaan kulit)
Barangan bayi & kanak-kanak

3. Barangan koleksi
Mainan koleksi (figur, patung, kad permainan)
Barangan antik
Koleksi jenama mewah (beg, kasut, jam tangan)

4. Peralatan sukan
Basikal, peralatan mendaki
Pakaian & kasut sukan

5. Automotif
Kereta & motosikal (bahagian & aksesori)
Alat ganti kenderaan

6. Perkhidmatan
Khidmat fotografi
Khidmat pembaikan & penyelenggaraan
Khidmat reka bentuk grafik & multimedia

7. Barangan hobi
Alat muzik
Peralatan berkebun
Buku, komik & majalah

Key Takeaways


Jadi, kalau ada ja barang yang tak berkenan / tersilap beli etc, jual ja di Carousell. At least dapat la jugak duit.

Tak semestinya barang kita dah tak guna tu tak berguna untuk orang lain. Your trash is someone's treasure.

Post a Comment

0 Comments