Scam Group Investment di Telegram

Asalamualaikum.

Scam Group Investment di Telegram

Ingat satu benda ni dan korang akan selamat. Tak ada benda mudah dalam dunia ni. Dan tak Ada any investment yang boleh bagi pulangan yang banyak dan cepat.

Scam Group Investment di Telegram

Pesanan untuk yang berumur atau yang sedang terdesak untuk kembangkan duit. Scam Group investment di Telegram ni sangat berleluasa. Kalau korang dimasukkan ke dalam mana-mana group Telegram investment, tolonglah jangan percaya apa-apa. 

Semua conversation dalam group tu hanyalah tipu semata-mata.

[Kredit]

Dia ibarat orang yang ada 4 nombor berbeza tapi sembang sesama sendiri cakap duit masuk la apa semua. Padahal tu semua tipu ja. Yang kita ni baru masuk group, baca conversation terus rasa percaya.

Group Investment Telegram Boleh Dipercayai Tak?

Tak, group investment Telegram memang tak boleh dipercayai langsung. Siap ada group yang guna group photo ASNB.

Website ASNB siap buat list nama group Telegram yang salahgunakan nama ASNB untuk scam orang.

Boleh baca senarai nama group Telegram yang gunakan ASNB untuk scam, https://www.asnb.com.my/Scam-individual_EN.php



Apa Yang Korang Patut Buat Kalau Dimasukkan Dalam Group Ni?

Ramai yang akan buat taktau dan leave group. Tapi untuk golongan muda, aku sarankan untuk kita type something macam bagi awareness untuk ahli group lain baca. 

Ni group investment ASB

Yang ni group trading

Terus kena banned 😅

Most of the time, ada ja ahli yang sempat baca mesej korang sebelum admin remove kita dari group tu.

Dan maybe kita dapat selamatkan orang lain yang rasa nak sangat invest untuk dapat pulangan cepat. 

Untuk yang nak invest tapi macam tak ada knowledge sangat, better letak duit di tempat selamat macam ASB & Tabung Haji. 

Sebelum invest, make sure faham betul-betul apa yang kena buat. Bukan setakat baca kat Telegram, then terus bakar duit macam tu ja tunggu hasil.

Love,

XOXO

Artikel Berkaitan: Kesan Dan Keburukan Tiktok Yang Anda Patut Tahu


Post a Comment

0 Comments