Asalamualaikum.
Entri kali ni saja nak tulis pasal 2025 Goals. Actually setiap tahun pun ada goal tersendiri, tapi tak pernah la pulak nak tulis sini sebab rasa macam tak perlu.
Tahun ni berbeza sikit sebab saja nak share and nak revisit nanti bila hujung tahun 2025 untuk tengok sejauh mana effort sendiri untuk nak capai goal tu.
My 2025 Goal
Goal ni actually listed out masa Janda Baik Retreat dengan company. Sebelum ni macam takdak la beriya listkan pun. Dan kalau list sekalipun macam tahun lepas, memang terlalu panjang listnya.
1. Nak Rajin Share Experience di Blog
Kalau perasan, blog ni memang dah lama terbiar. Terbiar, tapi sebenarnya still bukak ja cuma taktau apa yang patut nak tulis situ.
But the thing is, setiap tahun personal goal ialah nak tulis blog. Dan setiap tahun berulang goal yang sama tapi masih tak betul all out.
Disebabkan tu, rasa macam goal ni ialah sesuatu yang tak patut ignore sebab rasa macam ini yang betul nak selama ni sebab perasaan tu tak pernah hilang untuk menulis.
Most of the time, rasa macam tak perlu kutt nak cerita. Tapi pikiaq balik, ni ja antara cara untuk share experience tu supaya orang boleh baca legit review
1.1 Nak experience life
Tahun ni lebih kepada nak 'experience life' dan kongsi life experience di blog. Sebab selalu pi merata tempat tapi selalu lupa dah banyak pi berjalan sejak berkahwin.
Actually, dari kecik memang bukan kaki berjalan sebab mak pun tak suka berjalan. Tapi sejak dah kahwin, husband memang suka berjalan and awalnya aku rasa terpaksa ikut.
Tapi dengan kerja yang 100% remote, memang senang untuk nak sentiasa dalam zone selesa. Jenis selesa yang okay ja duduk rumah sepanjang hari - just keluar untuk beli barang atau berjalan keliling rumah dengan Amir.
Tapi life aku upside down changed 180° bila aku tengok Queen of Tears. Aku rasa macam patut experience life ni and live my life to the fullest.
Takdak alasan lagi untuk nak cakap kerja kerja kerja. Bila pikiaq balik, lepas grad memang life aku full dengan kerja sebab cuti pun sehari ja.
Aku pun tak sure macam mana boleh adapt dengan life macam tu sebelum ni.
So that's why tahun ni goal aku ialah menulis semula di blog.
1.2 Utilised Masa Untuk Creating Instead of Consuming
Yelah, instead of tengok orang lain experience life while aku dengan mindlessly scrolling tengok life orang.. Better aku yang create something pulak.
Perasan mindlessly scrolling ni jadi sebab kita malas nak live that life. Tapi nak rasa life tu dengan tengok orang lain. And that's the reason kita hidup dalam comfort zone.
2. Nak Fit & Healthy
Goal ni pun setiap tahun ada, but tahun ni lebih spesifik iaitu untuk dapat body age 25-26. Body age sekarang ialah 27. Still okay la kan?
So plan tahun ni ialah setiap hari perlu exercise atau yoga. Ataupun jalan luar rumah just for the sake of jalan-jalan kosong. Atau pastikan setiap hari berpeluh yang betul peluh sebab buat kerja rumah.
2.1 No Mindless Scrolling+ Mindless Buying
Aku jugak dalam proses untuk kurangkan scroll social media especially Tiktok. Sebab personally rasa yang Tiktok sangat addictive. The algorithm betul-betul lure diri kita untuk spend banyak masa dengan mindlessly scrolling and beli barang tanpa fikir banyak kali sebab FOMO tengok review orang lain tanpa diminta.
3. Baca To-Be-Read List
Untuk tahun ni, aim nak baca at least 10 buku yang sudah dibeli. TBR listnya banyak, buku pun dah beli banyak tapi still tak baca-baca.
Betul orang cakap, kadang-kadang buku yang memilih tuan untuk dibaca. Dah beli lama pun masih tak terbaca.
Tahun lepas rasanya baca 2 buku fiction, 1 non-fiction. Tahun ni mengharapkan lebih baik lagi.
Yang penting, baca buku ni bukan semata mengejar berapa banyak buku yang dibaca. Kalau kuantiti yang dikejar, rasa wasted sebab macam terpaksa.
Frankly speaking, personally rasa yang buku ialah sesuatu yang boleh buatkan diri sendiri rasa tenang.
Boleh kata the pleasure of reading, tapi taktau nak explain macam mana except once baca buku rasa macam masa berjalan sangat cepat dan rasa lebih relax.
4. Upskilling
Dari segi upskilling, tak figure out lagi skill apa yang nak ditambah. Banyak ja sebenarnya source untuk upskill, tapi tak betul cari masa untuk aplikasikan.
Sebelum ni siap beli macam-macam course, tapi still tak jalan sebab tak betul allocate masa untuk semua tu.
Maybe yang tengah work-on sekarang, ialah tengah improve quality kerja untuk kerja. Macam before this, kerja siap on-time ataupun sebelum dateline. Kalau kena reject, then redo. Tapi kalau approve, kiranya lega.
This time round, nak improve kerja sendiri supaya on-time dan rasa puas hati dengan kerja sendiri. Takmau dah buat kerja asal siap.
5. Public speaking & Articulate Thoughts
Bahagian ni yang paling rasa patut improve untuk tahun ni. The fact that aku selalu rasa yang personally aku sangat bagus Bab execution BUT kekurangannya ialah tak pandai nak bercakap.
Kalau dibandingkan dalam hal lain, maybe boleh letak diri sendiri di rank top 3. Tapi bab bercakap, memang out terus.
Noticed jugak yang I don't even have any:
- confident to showcase my worko
- courage untuk voice out any opinionsh
- thoughts + fresh idea tanpa diminta sebab takut rejection
Dan semua ni memerlukan effort. Effort yang bukan sedikit untuk someone yang buat kerja di belakang tabir dan hanya mengharapkan orang lain nampak skill yang kita ada.
While ada ja orang yang kualiti kerjanya biasa-biasa. Tapi disebabkan pandai cakap, orang nampak macam dia luar biasa. Faham tak?
So I will put the effort cuma caranya still tak sure lagi macam mana.
Wrapped UP!
Jadi setakat ni ja luahan berkenaan goal 2025. Sekarang ialah 1 February 2025, jam 11.53pm. Tenagh tunggu dalam kereta while husband prep untuk esok anak buah punya wedding dan Amir tengah tidur dalam kereta.
Mengharapkan better 2025, inshaAllah.
Artikel Berkaitan: Pengalaman Naik Flight Bawa Anak Kecil
0 Comments